Wednesday, December 5, 2012

SURO KLATE @ASYURA KELANTAN

Pernah makan atau tengok tak suro klate. Suro klate sangat berbeza dengan bubur asyura di Malaysia. Kalo tak silap bubur asyura sebelah utara manis ala2 , manakala bubur asyura di sebelah selatan pulak sedikit pedas dan ada ciri2 bubur lambuk ( ini yg akk pernah mkn la )

Hurmm suro klate ni mengambil masa yg sangat lama untuk siap dan sangat memerlukan kesabaran. Paling cepat pun suro ni akan siap selepas 10jam dikacau. Secara jujurnya suro yg akk tayang ini mengambil masa 13jam untuk siap ( jika menggunakan dapur gas ), kalo dapur kayu dlm 10 jam dah siap.

Hanya setahun sekali dapat merasa pengalaman bergotong royong membuat suro ni. Paling best masa akk  kecil2 dulu , kalo ada gotong royong di surau2 kami kanak2 riang pasti ada seorang sebiji ( sebelah ) tempurung kelapa kemudian dikikis2 buang saki baki sabut tu sehingga licin berkilat tempurung tu. Pasti setiap kanak2 mempunyai tempurung. Bila suro masak suro tu diagih2kan pada kanak2, alangkan indahnya saat2 itu. Hurmmm zaman sekarang mangkuk polisterin je bekasnya, sungguh tak mesra alam kan.

 Warna warni...masa akk kecil2 dulu tak ada kaler2 mcm ni. Sebenarnya yg kaler maler tu telur dadar yg di warnakan dan dihiris halus....sangat berseni mcm bunga rampai. Yang putih2 tu sambal kelapa, kelapa yg di parut halus kemudian digoreng bla..bla..bla..dlm tu akk tak tau apa lg, rasa kelapa tu sedap ( TQ Kak Shakira Chef yg buat suro ni )
Sebelum dimakeupkan. Untuk pengetahuan semua akk mmg tak reti nak buat ni, cuma bahan2 beras, kcg hijau kcg merah, santan nisan, gula, bawang yg di goreng, lengkuas, serai, minyak muda, awah suro,dan yang penting daging yg dicarik2 halus, lain2 akk tak ingat dah. Ada sesetengah tempat di campur sekali dengan jagung, ubi dan mcm2 lagi dlm suro tu. Suro klate boleh dipotong2, dan tak perlu dimkn dgn sudu okey

Yang dah potong lupa lak nak amikl gambar. Andai ada salah dan silap harap maaf ya. Apa yg dipaparkan disini mengikut pengalaman akk sendiri, mungkin lain negeri dan lain tempat,  lain pulak rupa paras suro ni, walaupun sesama klate, daerah lain, lain pulak caranya

11 comments:

Tak pernah makan lagi suro kelate. Tapi nampak menariklah. Macam sedap je :)
 
@Miza Yusof
Suro klate ni sangat sedap miza, dia ada rempah2 sikit, kalo rempah tu byk perut akan terasa panas. Kami tekak klate ni mmg suka sangat dgn suro ni, lagi pula mmg susah nak buat tu yg bertambah sedap dan nikmat mkan hehe
 
uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!! windu nk makan bubur asyura!!! kat ganu pun suro/sure dia macam nih jugak. tun suka mkn masa dia panas2 n lembik2 lagi. bila keras n sejuk dh kurang sedap.
 
@tun_telani
Assalam tun mmg rindu sangat ngan suro ni, ohhh baru akk tau ganu pun mcm ni juga, kalo kat pahang pun kwn akk kata lebih kurang gini juga.

Hurmmm akk pun suka yg panas2 n lembik lagi ( yg belum sering betul ) mmg bestkan, colek2 mkn hehe
 
Sggah ngn enpon je ni.Adus lama xmkn suro.Kalau kt penang asyura ala-ala serawa pekat sket.Ada belen lg ke?Jgn lupakan kmi kang kempunan
 
@lina_pg

Rasanya lebih kurang kut ngan yg utara, akk pernah rasa yg penang kat umah U heheh. Sedap juga dan simple je membuatnya. Akk ada tgk yg belah utara dia guna tepung beras kemudian kacau2 hingga agak pekat, rasa lemak manis.

Insyallah ada la seketui sorang tu, nnt kukus la balik baru rasa dia sedap dan tak berair
 
Salam Rosa.tak pernah makan gak....pasti sedap nih!
 
Pernah makan....sedap.
 
Nak sediakan bahan masakannya memang kena gotong-royongkan Rosa...
 
sedapnya makan yg lembik dan panas2...adoiiii mmng terliur tengok..
Betul tu kak..nostalgia makan dalam tempurung klapa mmng tak dapat dilupakan...terbayang2 di mata..
 
Kita pun tak pernah makan suro kelantan...tapi nampak menarik...n kalau tenhok cara nak buat tu..mak aiii..lama jugak di masak ye...kira mcm kacau dodol la kan...
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...