Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, February 29, 2012

WORDLESS WEDNESDAY

Buat yang merindui Amani










nama : Amani
lokasi : depan rumah dan bawah penyidai kain heheher
tarikh : 28.2.12 pagi masa sidai kain

Tuesday, February 28, 2012

PULUT SERIKAYA

Selamat pagi selasa buat semua, semoga sihat ceria di samping tugasan dan keluarga tersayang. Menu bf beberapa hari yg lepas, suka sangat dengan pulut serikaya resipi Yatie ni, mekasih ya yatie.


PULUT SERIKAYA
resepi : yatie memories
kongsi bersama : embunrosaliza.blogspot.com


Bahan-bahan

* Bahan lapisan bawah
* 2 cawan beras pulut
* 1 1/2 cawan santan cair( biasanya santan ikut paras pulut dan lebihkan santan sikit je)
* 1/2 sk garam
* 1 sb minyak

Cara Untuk Lapisan Bawah

  1. Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
  2. Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min.
  3. Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2 sekejap je pon boleh. Alas loyang dngn plastik.
  4. Satukan semua bahan2 didlm loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
  5. Kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min.
  6. Keluarkan loyang dari kukusan, ratakan permukaan pulut tadi dan tekan2 pulut biar padat. Siap untuk dilapis dgn lapisan atas.
  7. Sementara menunggu lapisan bawah masak, bolehlah siapkan bahan2 utk lapisan atas.
* Bahan lapisan atas
* 1 cawan tepung gandum
* 1 sudu besar tepung jagung
* 1 sudu besar tepung beras
* 3/4 cwn gula merah/brown sugar/gula melaka
* 1/2 cwn gula pasir
* 2 biji telur
* 2 cwn santan pekat
* 1 cwn air (utk di masak bersama gula merah dan gula pasir) - akk tambah daun pandan
* 1/2 sk garam
* sedikit coklat emulco(warna gelap sikit) - akk tak letak

Cara Untuk Lapisan Atas
  1. Masak gula merah dan gula pasir bersama 1 cwn air dan tapiskan....sejukkan sebentar.
  2. Satukan tpng gandum, tpng beras dan tepung jagung ke dlm mangkuk besar.
  3. Masukkan santan yg telah dilarutkan bersama garam.
  4. Di ikuti dgn air gula yg telah sejuk.
  5. Masukkan telur dan gaul sebati...nak mudah blend semua bahan.
  6. Masak di atas api sederhana sebentar dan sentiasa di gaul.( biar berwap saja)Sekali lagi dgn kukus yg sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje...letakkan loyang yg berisi pulut tadi tu....kedlm kukusan dan dgn perlahan tuangkan lapisan atas. Kukus la selama 20 minit saja.
  7. PERINGATAN...kuih ini hendaklah betul2 sejuk barulah mudah dipotong dan cantik dihidangkan...jadi SELAMAT MENCUBA!!
  8. Potong menggunakan pisau plastik/pisau kek supaya kuih cantik dn licin.



tengok org tak berseni potong ` herot petok ' gitu heheh, tak kisah lah janji sedap bangett,

Monday, February 27, 2012

SARDIN MASAK KICAP PEDAS

Assalamualaikum dan selamat pagi isnin buat semua, rasa macam sekejap je ari2 yang berlalu, tak terasa dah pun di penghujung bulan febuari dah. Ok bercerita tentang menu n3 hari ini ya, sebenarnya agak lama juga lah lauk ni di buat, masa kak nor buat tayangan amal rumah dia lagi akk buatnya, mekasih kak nor. Hari tu masa ada email tentang sardin ni anak2 semua tak  nak makan sardin, tapi la ni dah ok kembali.


Lauk hasil dari pancingan eh  skodeng dari rumah kak nor secubit garam. Kat rumah ni memang ramai pengemar tegar sardin. Selalunya akk masak sardin kicap Hana tu.  Kali ini mencuba style kaknor pulak. Kata juri " macam mana mama buat sos dia sedap la" ,  Minta izin ya saya C n p resipi ya kak nor untuk rujukan masa depan. 




SARDIN MASAK KICAP PEDAS
resipi : K.Nor@SecubitGaram
kongsi bersama : embunrosaliza.blogspot.com

Bahan:
1 tin kecil sardin ~ k.nor guna brand Pertima - guna tin besar 
2 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
3 ulas bawang merah ~ dimayang
1 sudu besar cili mesin
5 - 7 sudu besar kicap manis
5 biji cili api ~ diketuk
1/2 cawan air
1/2 labu bawang besar ~ dipotong bulat
1 biji limau kasturi
sedikit garam
minyak


Cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi.
Masukkan cili mesin dan tumis lagi hingga garing.
Masukkan pula kicap dan sos dalam tin sardin.
Masak sekejap dan masukkan air dan garam. Masak lagi hingga mendidih.
Masukkan ikan sardin dan cili api, biarkan merenih.
Masukkan hirisan bawang besar, kacau seketika dan padamkan api.
Perahkan limau kasturi ke dalam masakan dan kacau rata.
Angkat dan hidangkan.


Sedap di makan bersama nasi panas dan telur dadar.

Saturday, February 25, 2012

SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN BUAT KAMI

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengujung Embun Kaseh Rosaliza, terima kasih atas kunjungan kalian. Hari ini 25.2.2012, merupakan hari ulang tahun perkahwinan kami yang ke 16, dengan doa dan harapan semoga perkahwinan ini berkekalan ke akhir hayat dan semoga Allah sentiasa melindungi diri kami dunia dan akhirat dan di beri kesihatan yang baik...amin



terima kasih en Google

Friday, February 24, 2012

PEMILIHAN ATLIT HOKI 12 TH MSSWP

Pagi tadi sempat juga akk ke stadium hoki  jalan duta untuk tengok ulang lagi sekali tengok jerrr bukan main atau jadi pengadil ya heheh. Sebenarnya pagi tadi 24.2.12merupakan pemilihan atlit untuk pasukan hoki 12 tahun lelaki dan perempuan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia Wilayah Persekutuan ( MSSWP) tahun 2012.


SK Bukit Bandaraya telah menghantar 11 orang wakil 6 lelaki dan 5 perempuan untuk pemilihan. 7 orang dari sekolah ini  terpilih . Alhamdulillah Eqa salah seorang yang terpilih. Masa pemilihan tu semua pemain yg terpilih dari zon2 di KL ni, agak ramai juga, untuk pasukan hoki 18 orang. Suka sangat2 bila Eqa tersenarai juga.


Pasukan ini akan mengadakan perlawanan antara negeri2 di Malaysia, dan tahun ini bertempat di stadium KPM.





lepas ni dia n the gang akk ke kem untuk mengikuti latihan dan program yang di kendalikan oleh msswp, harap2 eqa  dan kawan2nya boleh terima keadaan di asrama atau kem nanti. Harap2 tahun ini KL akan menjadi juara lagi.


P/s petang esok akan ke stadium KPM lagi ada perlawanan persahabatan dengan Singapore. Emmm akk ni kalo ada lawan mesti nak tgk je 

Thursday, February 23, 2012

NASI MENTEGA

Assalammualaikum buat semua, masa buat nasi ni sebenarnya adik akk Egie, datang rumah 3.2.12 lagi, akk xplan pun nak masak nasi ni, hari tu menu  lauk ayam gulai n ayam masak merah, rasanya sesuai lah kut dengan nasi ni, lagi pula nasi ini teramatlah mudah.


NASI MENTEGA @ BUTTER RICE
Resipi : Ikanpatin@myresipi
Kongsi bersama : embunrosaliza.blogspot.com

Bahan-bahan ( 6 orang )

4 cawan beras
1 1/2 inci buttercup (ketebalannya)
2 biji bawang merah dimayang halus - akk tambah 3 ulas bawang putih
sehelai daun pandan
2 kiub ayam
1/2 cawan kismis
Cara-cara

1. Basuh Beras. Toskan. Cairkan mentega dalam periuk nasi. Goreng bawang hingga terbit bau.
2. Masukkan beras. Kacau rata. Masukkan Air secukupnya.
3. Akhir sekali masukkan daun pandan, kiub ayam dan kismis. Kacau sehingga sebati.
4. Sedap dimakan dengan ayam goreng, coleslaw kentang putar.

Nasi tak berlauk, biasanya kalo buat untuk makan malam tak dapat nak ambil gambar, lagi pula cahaya tak cukup, gambar blurrr. Nasi masak terus ambil gambar nasi jeerr

Wednesday, February 22, 2012

BUAH ULAT BULU - WORDLESS WEDNESDAY

Kesinambungan cinta dari N3 lepas


 buah yang masak ranum, cantik sangat
 buah putik lagi, kalernya agak gelap sikit

 hari tu tak bawa kamera, makanya akk potng sebahagian dari pkk n amik gambar kat rumah
selepas bedah siasat, isinya ada ulas2 kecil, tapi tak tergamak lak nak rasa hari tu, kalo kecil2 dulu rasanya pernah ku makan tanpa segan silu heheh



Tuesday, February 21, 2012

KEK PISANG / APAM 2 IN 1

N3 ekspress ni, saje takut ada yg muntah je tgk hoki je.Karang kang org ingat blog sukan n hoki je kat sini heheh.  Kek pisang resipi dari Hasue yang simple ini dah lama buat, ada je stok pisang kat rumah mesti nak buat kek pisang, tak kisah resipi sapa pun janji kek pisang, kali ini resipi Hasue lagi yg akk buat, sebabnya simple n sedap. Jom layan gambar yg tak basi dan ada penyeri lagiii  :~
 laju je tangan amani, letak je terus di kerjakan
 hasilnya
 dan lagi...., sekarang ni selalu berebut dgn dia je nak snap pic pun. Tapi kalo nak amik gambar dia dapat belakang je lah, atau gambar2 yg blur n tak senonoh huhu
kek ni simple n senang sangat nak buat, 


 Resipi akan di letakkan kemudian ok



HARI WILAYAH 9 A SIDE HOCKEY TOURNAMENTS -U 18

Assalamualaikum dan salam sejahtera.....emmmm sebelum di terus n3 ini, sila2 lah cari minyak angin ke minyak mestika atau apa2 minyak panas, takut termuntah je. Seminggu dua ni tak ada citer lain semuanya hoki, hoki n hoki. 


Hari sabtu lepas 18.2 .12, selepas saje perlawanan hoki zon bangsar, anak akk masuk pulak hoki untuk hari wilayah, tetapi main bawah 18 tahun, alhamdulillah pasukan Bandaraya girls mendapat tempat ke dua. Sebagai kenagan dan semangat buat eqa :~


 team bandaraya berdiri di belakang sekolah menengah, dan yg duduk 5 org ni sekolah rendah



Alhamdulillah dapat juga tempat , terima kasih Mr Gurdip kerana memilih Syaza utk team ini.

Friday, February 17, 2012

HOKI AKHIR ZON BANGSAR 2012 - SKBB

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Hari ini berakhirlah sudah episod perlawanan hoki peringkat zon Bangsar. Alhamdulillah SK Bukit Bandaraya menjadi Juara lagi, untuk pasukan lelaki 4 tahun berturut, dan perempuan 3 tahun berturut2, alhamdulillah, rasa berbaloi bagi sokongan dan dorongan pada anak2. Dari hari isnin hingga jumaat akk, my abe n amani berkubang berkampung di stadium hoki KPM, bersama ibubapa lain. Bagi akk yg tak bekerja ni tak jadi masalah, tapi memang tabik springgggg toing3x pada yg sanggup ambil cuti semata2 nak bagi sokongan pada pasukkan SKBB. Buat Aqil n Eqa ( Syaza ) tahniah dari abah n mama, teruskan semangat juang di tahun mendatang, jangan mudah lupa diri,. Buat cikgu n coach , terima kasih kerana memilih Aqil n Eqa.  Sebagai kenang2an gambar ini akk kongsi di sini :~


piala2 yg berjaya di raih, pemain terbaik lelaki dan perempuan, penjaring terbanyak lelaki n perempuan dari SKBB.










 pemain terbaik lelaki, gol terbanyak perempuan 12 gol , gol terbanyak lelaki 8 gol , pemain terbaik perempuan.
 Aqil n Eqa

tumpang posing duakaki heheh

Tuesday, February 14, 2012

HOKI PERINGKAT ZON BANGSAR 2012

Assalamualikum baut semua, semalam 13.2.2012 bermulalah perlawanan hoki peringkat zon bangsar. Semalam pasukan lelaki bermula . Alhamdulillah Aqil terpilih juga untuk pasukkan tahun ini, walaupun hanya pemain simpanan, harapan mama agar Aqil dapat mempertingkatkan lagi pemainan hoki di tahun akan datang, ok lah Aqil baru darjah 2 tahun ni. Gamar hoki lelaki pun ambil tak banyak semalam dan gambar aqil pun tak ada. Insyallah esok ada lagi perlawanan.


Hari ini 14.2.12 perlawanan hoki perempuan, alhamdulillah berkat kesabaran cikgu berdua dan jurulatih serta kerajinan semua menjalani latihan membuahkan hasil . Syukur sangat2 penat lelah berpanas di stadium berhasil, walaupun baru di peringkat permulaan, semoga berjaya keperingkat negeri pula.




cantik merah putih


Kiran tahun 3


Syaza Afiqah tahun 5


lelaki pun  merah putih .


Esok ada lawan perlawan, pagi2 lagi akk ke stadium KPM, bagi sokongan 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...