Friday, May 25, 2012

PULUT INTI

Salam Jumaat yg penuh ceria dan merupakan hari akhir persekolah, dan esok bermulalah cuti persekolahan, hurmmmm bestnya. Hari ini sambutan hari guru di sekolah anak2, yg sekolah Kebangsaan sibuk dengan hadiah , yang sekolah menengah pulak perempuan saje yg nak bagi hadiah kat cikgunya, yg lelaki malas nak bawa, bawa badan je. Kalo masa akk sekolah dulu suka je nak bagi hadiah kat cikgu kesayangan .....dah pencen agaknya cikgu2 akk dulu


Esokk cuti dua minggu ,mesti ramai yang mengambil kesempatan balik kampung ataupun cuti2 Malaysia. Sudah pastinya banyak undangan perkahwinan cuti2 sebegini. Walaupun dimana saje anda berada semoga sentiasa di lindungi allah sentiasa.


Okkk, Oraittt berbalik pada menu N3 hari ini, sebenarnya buat masa besday addawiyah hari tu lagi 13.5.12, anak2 cukup suka dengan menu pulut, mama n abahnya pun sama naik juga mmg peminat tegar pulut. Lagi pulut senang je nak membuatnya. Kalo nak cepat n tambah semangat lagi, rendam dulu pulut pas tu sediakan intinya dulu, nak tak nak, malas atau rajin kena juga buat, kalo tak membazir je pulut yg terendam tu:~
PULUT INTI
Resipi : embunrosaliza.blogspot.com


 Bahan- bahan
Inti kelapa secukupnya


1 kg beras pulut { di rendam seketika }
350ml santan pekat *
3 sudu besar gula*
1 sudu teh garam*
Bahan2 bertanda * di masak sketika, sekadar menghancurkankan gula n garam.


Cara - cara

Didalam pengukus, didihkan air kemudian kukus pulut selama 20 minit. Selepas itu angkat dan digaulkan dengan santan tadi, kemudian kukus semula selama 15 minit atau sehingga masak. 


buat sekilo pun pasti habis, anak2 suka mkn ulang2.


Petang ni lepas solat jumaat 2 anakku Amirul Irfan n Ariff Isqandar akan ke Taiping selama 3H2M kerana mengikuti lawatan sekolah untuk pasukkan Hoki. Semoga selamat sampai ke destinasi dan di lindungi Allah sentiasa, selamat pergi dan kembali

Wednesday, May 23, 2012

WORDLESS WEDNESDAY

Bunga2an ~










semua pic ni di snap oleh sulungku

Monday, May 21, 2012

PULUT PAUH @ PULUT MANGGA SIMPLE

Salam ceria buat semua, dan selamat menjalani puasa sunat pada yg berpuasa, besar pahalanya. Pulut pauh simple ni akk buat lamaaa sudah, sampai tak ingat dh, tapi masih di bulan mei jugalah. Sebenar lama dah teringin mencuba n merasa pulut pauh ni. Hari tu masa balik kelantan , kedai makan tu ada pulak jual pulut pauh ni, maka akk pun oder lah sepinggan RM5.00, rasanya mmg tak berbaloi dengan pauh yg agak masam n kuah yg cair atau ceroi dan  manis tahap gaban ( manis letting ) tak tahan tekak den, dengan kata lain tak menepati citarasa langsung.


Kebetulan ada mangga yg sangat manis akk pun masak pulut  nasi dengan rice cooker dan guna air sahaje. Lepas tu baru google cari resipi pulut pauh ni. Kebanyakkan resipi masak pulut guna santan atau pun di kukus kemudian gaul dengan santan n gula. Frust pulak rasa......Pas tu akk buat kuah pulak, alhamdulillah, sedap n sangat nikmat bila makan, semua anak2 suka :~




PULUT PAUH @ PULUT MANGGA SIMPLE
Resipi : embunrosaliza.blogspot.com


Bahan - bahan
1kg pulut - masak macam biasa


Kuah
2 cawan santan pekat
3 cawan air
2 sudu besar penuh tepung beras
gula - anggaran 3 sudu besar
garam - secukup rasa


Cara2
1. Satukan kesemua bahan di atas dan masak diatas api yg sederhana sehingga kuah agak pekat dan mendidih.


2. Sesuaikan rasa, kuah ni hendahlah sedikit lemak manis.  Siap





Sedap dimakan dengan mangga yg manis, anak2 akk makan pulut dengan kuah sahaje. Dan yang penting my Abe kata memang sedap.....

Saturday, May 19, 2012

MANDI MANDA DI KALUMPANG RESORT

Selamat petang buat semua, semenjak my abe kerja normal ni selalu ada saje aktiviti hujung minggu, minggu lepas balik kampung minggu ni ke Kalumpang resort dan minggu depan ke Cameron pulak. Sebenarnya kami ke Kalumpang ni pada hujung bulan hari tu, yg masa tu KL sibuk dengan `Bersih', kami jauh2 pergi tinggalkan KL heheh.


Pertama kali datang ke sini perjalanan lebih kurang sejam lebih sikit dengan jarak lebih kurang 80km. Seawal jam 7.30 pagi kami berkumpul n berkonvoi bersama. Ada 7 keluarga semuanya. Best jalan ramai2 macam ni. Sebahagian dari kami berkhemah di sana bersama desiran air dan angin malam. Dan kami balik tidur di rumah, lagi pula khemah pun takdok huhu.


 ketua pasukan sibuk pasang khemah
 acara bbq tak pernah ketinggalan bila kami berkelah. 
 syiokkkk je anak2 ni main air ala-ala itik dapat air gitu hehe
 Si sulungku tak kira tempat, asalkan ada air mesti nak mancing, minat sangat ngan pancing, kat tempat air laju bedezuppp pun mancing juga heheh
 ada tali utk main2, di pasang oleh ketua pasukan
 Amani yg tak reti sejuk, berendam je, takmo naik langsung
 Walaupun air ni laju tapi ada satu bapak2 yg jaga kat bawah, mana lah tau, malang tidak berbau

   cantik titi gantung.


Sebenarnya ini pekelahan kali kedua kami.

Friday, May 18, 2012

PULUT SERIKAYA

Selamat malam buat semua, memalam baru nak menyapu sawang rumah maya. Pulut serikaya resipi Yatie ni selalu akk buat, kadang2 tu tak ambil gambar langsung. Akk anak beranak mmg suka pulut seri kaya ni, dan nak membuatnya pun senang saje. Sekali lagi minta izin ya Yatie akk nak tepek resepi kat sini untuk rujukan masa depan :~ 




PULUT SERIKAYA
resepi : yatie memories
kongsi bersama : embunrosaliza.blogspot.com


Bahan-bahan

* Bahan lapisan bawah
* 2 cawan beras pulut
* 1 1/2 cawan santan cair( biasanya santan ikut paras pulut dan lebihkan santan sikit je)
* 1/2 sk garam
* 1 sb minyak

Cara Untuk Lapisan Bawah

  1. Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
  2. Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min.
  3. Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2 sekejap je pon boleh. Alas loyang dngn plastik.
  4. Satukan semua bahan2 didlm loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
  5. Kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min.
  6. Keluarkan loyang dari kukusan, ratakan permukaan pulut tadi dan tekan2 pulut biar padat. Siap untuk dilapis dgn lapisan atas.
  7. Sementara menunggu lapisan bawah masak, bolehlah siapkan bahan2 utk lapisan atas.
* Bahan lapisan atas
* 1 cawan tepung gandum
* 1 sudu besar tepung jagung
* 1 sudu besar tepung beras
* 3/4 cwn gula merah/brown sugar/gula melaka
* 1/2 cwn gula pasir
* 2 biji telur
* 2 cwn santan pekat
* 1 cwn air (utk di masak bersama gula merah dan gula pasir) - akk tambah daun pandan
* 1/2 sk garam
* sedikit coklat emulco(warna gelap sikit) - akk tak letak

Cara Untuk Lapisan Atas
  1. Masak gula merah dan gula pasir bersama 1 cwn air dan tapiskan....sejukkan sebentar.
  2. Satukan tpng gandum, tpng beras dan tepung jagung ke dlm mangkuk besar.
  3. Masukkan santan yg telah dilarutkan bersama garam.
  4. Di ikuti dgn air gula yg telah sejuk.
  5. Masukkan telur dan gaul sebati...nak mudah blend semua bahan.
  6. Masak di atas api sederhana sebentar dan sentiasa di gaul.( biar berwap saja)Sekali lagi dgn kukus yg sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje...letakkan loyang yg berisi pulut tadi tu....kedlm kukusan dan dgn perlahan tuangkan lapisan atas. Kukus la selama 20 minit saja.
  7. PERINGATAN...kuih ini hendaklah betul2 sejuk barulah mudah dipotong dan cantik dihidangkan...jadi SELAMAT MENCUBA!!
  8. Potong menggunakan pisau plastik/pisau kek supaya kuih cantik dn licin
Sapa2 nak buat untuk sarapan pagi esok boleh lah godek2 sekarang...

Thursday, May 17, 2012

BALIK KAMPUNG - 21.4 -22.4.12

Selamat pagi buat semua, nampak gayanya  tiada n3 masakan di blog Embunrosaliza  ni, dah bertukar ke blog orang2an saje heheh. Akk ni kalo balik kampung suka sangat tengok halaman bonda akk yg sentiasa cantik dan penuh dengan pelbagai pokok. Jom tgk pokok n orang2an :~








Akk n famili mmg suka sangat balik kampung, balik je kampung tapi jarang lekat kat rumah berjalan sana sini melawat kawasan heheh,....tak sabar tunggu cuti sekolah, terasa kampung halaman tu menggamit2 ku pulang, oh kenapakah desa tercinta ku mengamit2 ku pulang ya ??????

Sunday, May 13, 2012

SELAMAT HARI LAHIR NUR SYAZA ADAWIYAH - 13.5.12

Selamat pagi buat semua, hari ini merupakan hari lahir puteri ku Nur Syaza Adawiyah yang ke 7 tahun. Mama doakan agar baby membesar menjadi anak yang berjaya dunia dan akhirat.






Di kesempatan ini juga akk ingin mengucapkan SELAMAT HARI IBU buat semua ibu2 sekelian tak kira dimana saje berada, semoga terus menjadi IBU yang terbaik buat anak2 semua. Tak di lupakan juga Selamat hari ibu buat Bonda tersayang Rubiah Deraman dan MIL ku Che Eshah Abdul Rahman.

Saturday, May 12, 2012

TALAM NANGKA

Akhirnya talam nangka yang membuat hati akk ni tak senang duduk, masa ni guna setting baru , akk draf dulu n copy n paste dulu resipi, cadangnya nak draf dulu, tetiba je jadi macam terpublish pulak....huhu tak keruan juwa ragaku, mana taknya nangka pun belum belah lagi . Dan ini lah hasil talam nangka itu.


Assalamualikum buat semua dan salam 1 malaysia. Terkebetulan ada banyak stok nangka kat rumah ni, dan dah tak larat nak makan, lebih2 lagi mmg lama sangat dah berkenan ngan talam nangka yatie memories ni. 




minta izin ye yatie akk C n P untuk rujukan masa depan ya
TALAM NANGKA
Resipi : YATIE
kongsi bersama : embunrosaliza.blogspot.com


Bahan-Bahan
Lapisan bawah 

  • 1 cawan nangka- di cincang
  • 1 cawan tepung beras
  • 3 s/b tepung jagung
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 3 cawan santan cair
  • 2 helai daun pandan
  • sedikit garam
Cara menyediakan lapisan bawah.
  1. Panaskan kukusan, lapiskan plastik dan sapukan minyak pada loyang 8 inci bulat/ 4 segi..
  2. Satukan tpng beras, tpng jagung, gula, garam dan santan cair dan kacau rata...tapiskan.
  3. Masak adunan sebentar sehingga nampak naik wap, masukkan sekali daun pandan supaya wangi....
  4. Masukkan nangka yg di cincang...kacau lagi hingga nangka dan adunan sebati.( keluarkan daun pandan tadi, barulah tuang adunan ke dlm loyang)
  5. Tuangkan adunan kedalam loyang, ratakan dan kukus selama 20 minit.
Lapisan Atas - 
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 4 s/b tpng jagung
  • 3 cawan santan pekat
  • 1 s/k garam
  • 2 s/b gula pasir
  • 2 helai daun pandan
  • pewarna oren (terpulang pada selera masing2)
Cara menyediakan lapisan atas
  1. Gaulkan semua bahan utk lapisan atas dan tapiskan.
  2. Masakkan sebentar adunan ni diatas api yg sederhana perlahan...masukkan sekali daun pandan... sentiasa kacau supaya adunan ni tidak berketul2.(adunan berwap saja...)
  3. Bila adunan lapisan bawah telah masak, cakarkan sikit dgn garfu dan tuangkan adunan oren atas permukaan nangka tadi...(keluarkan dulu daun pandan tadi..)
  4. Kukus lagi selama 20 minit.
  5. Kuih hendaklah benar2 sejuk barulah di potong dan hidangkan.


p/s mohon maaf ter post lak n3 ni, sebenarnya nak save n draf je, baru je berangan nak buat, sebiji nangka tu belum di buka lagi huhuhu (18.4)


Saturday, May 5, 2012

SELAMAT HARI LAHIR NUR SYAZA ATHIRAH

Assalamualikum dan selamat pagi buat semua. 5.5.99 , 13 tahun yang lalu lahirlah seorang insan kedunia ini dengar tangisan di subuh nan dingin di rumah MIL, tak sangka pula terlahir di rumah pula. Biasanya ikut cakap2 orang tua anak ke3 susah utk melahirkan. Makanya akk tangguh2kan diri untuk ke spital. Sebenarnya tanda keluar dari pukul 9pm lagi, tapi sakit belum lagi. Sakit2 terus nak keluar je huhu. Alhamdulillah selamat juga melahirkan anak ke 3 ini yang di beri nama NUR SYAZA ATHIRAH. Kisah lepas bersalin tu ada di ceritakan ni N3 besday dia yg lepas :~


Selamat hari lahir Kak Yang


Dan sekejap lagi akk n famili akan ke situ lagi, ada famili day dengan adik beradik akk :~ Linapg, ayunalisa, alla , dan ezy Azira. Semoga perjalanan kami di lindungi Allah dan selamat sampai ke destinasi yg di tujui 

Tuesday, May 1, 2012

FRASER`S HILL - 11.4.2012 ( 2 )

Layan gambar je :~





 tempat wajib ambil gambar di menara jam ni. 
 Ucu bersama anak buahnya, nampak gayanya lagi tinggi anak buah dari ucu heheh
 kerusi kat sini semua cantik2 n ada nama freser`s hill lagi
Masa balik mesti jumpa mercu tanda ni. Masa ni hujan punya lah lebat. Sekitar 4.30pm akk turun, sepanjang jalan tu hujan lebat dah lah jalan bengkang bengkok takut juga. Sampai kat sini kami guna jalan ke Raub lepas tu masuk Karak Highway. Walaupun jauh nak di bandingkan dengan jal;an Kuala Kubu. Rasanya 3 jam melalui jalan ni. Kalo ikut Kuala Kubu 2 jam saje



FRASER HILL - 11.4.2012 ( 1 )

Selamat  bercuti buat semua sempena hari pekeja hari ini.  Pada 11.4.12 akk n famili sekali lagi ke bukit fraser, tahun lepas kami juga ke sini iaitu 23.1.11. Nampaknya ada juga perubahan yang sangat ketara. Laluan untuk naik dan turun dah jadi sehala dan guna jalan lain, kalotahun lepas masih lagi untuk naik 30 minit dan turun 30 minit, sekarang ni bila2 masa nak naik n turun pun boleh.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...