Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, August 30, 2012

TERIMA KASIH....SAYANG

Selamat pagi buat semua, terima kasih di ucapkan pada my abe kerana memahami betapa susahnya isterinya bila mesin basuh rosak, dan telah menggantikan yg baru. Sebenarnya mesin basuh lama akk tu meragam masa bulan puasa lagi, kekadang tak lekat air, masuk air terus keluar, pas tu spin pun kekadang kering elok je kekadang tu basah lenjun. Kesian juga mesin basuh tu dah uzur sangat, berkhidmat untuk akk lebih kurang 16 tahun lalu. Sebelum raya tu my abe dh nak beli baru, tapi akk tak setuju kerana byk juga nak habiskan duit utk keperluan raya.

Selepas balik dari kampung kain baju menggunung terbawa ke hari jumaat bertambah2 lah gunung ganang kain baju kami yg famili besar ini.Hari jumaat tu my abe ada urusan penting. Semoga impian my abe tu tercapai untuk ke dua2 destinasi berbeza walaupun jauh beribu batu  dalam masa yg hampir sama . Sebenarnya akk nak mesin basuh tu sebelum my abe berangkat kesana.

Pagi sabtu ( 25.8.12 ) yg tenang dan kain yg bertambah2, my abe keluar sorang diri, rupanya nak suprisekan akk. Terima kasih banyak2 . Sebagai kenagan dan tanda penghargaan buat suami tersayang akk tepek gambar disini.




Akk masih setia dengan jenama toshiba. Alhamdulillah syukur tak terkata . Jangan ada yg meluat  atau muntah ijo ya, , sekadar berkongsi kegembiraan  saje

Tuesday, August 28, 2012

AIDIL FITRI 2012



Assalamualaikum buat semua....kami balik kampung pada mlm jumaat lepas solat tarawih lebih kurang pukul 10.30pm,alhamdulillah  perjalanan lancar cuma selepas benta ada sekatan JPJ kat situ banyak kereta tapi bergerak. Akk bawa banyak bekalan makanan . Kami sampai di Gua Musang sekitar kul 4 pagi, kebanyakan kedai kehabisan makanan, dan tengah tunggu nasi masak, anak2 oder mee goreng, yg oder maggie sup sampai kesudah tak sampai2. Akk minum je. Kami solat subuh di masjid Gua Musang dan meneruskan perjalanan lebih kurang kul 6.30 lebih. Kami menggunakan jalan Gua musang - jelawang- dabong- jeli - tanah merah lebih kurang 2jam setengah.Alhamdulillah sepanjang perjalanan raya kali ini tiada satu pun kemalangan .

Nak juga tayang gambar raya yg tak seberapa ini untuk kenang2an. Tahun ini giliran akk beraya di rumah Abe, lepas sembahyang raya baru blk rumah bonda akk kejap.



 famili besarku

 Sebahagian dari famili my abe, 2 famili belum sampai lagi masa ni
 Baby adda, amani n fatini, sepupu sebelah my abe
Gambar cilok dari FB Alla, satu2nya gambar raya masa kat rumah bonda, kami adik beradik tak sempat posing, akk n lina pg beraya di rumah MIL masing, bila dh ptg2 mood bergambar pun kelaut. Anak2ku bersama Ucu mereka

 Amani dan maisarah
 Adda bersama Nabilla
 Bersama sepupu sepapat sebelah akk
 Dak Maisarah, yg kini berada di hospital mutiara penang, cepat sembuh ya
Masa balik hari tu lalu ikut CH, sejuk2 pun mkn eskrem

Perjalanan balik ke KL pun lancar cuma banyak rehat je, sbb mengantuk dan penat


Thursday, August 16, 2012

ECARD RAYA





Assalamualikum buat semua pengunjung Embunkaseh Rosaliza, di kesempatan ini akk ingin mengucapkan selamat hari raya buat semua, mohon ampun dan maaf andai ada yg terluka, terguris rasa semasa di alam maya ini.


Kad dari Izan & Malek

Dari Azmi n Alla

p/s Selamat balik kampung buat semua hati2 di jalan raya..ingatlah org yg tersayang

BISKUT BATU @ ROCKY COOKIE

Assalamualaikum dan salam ceria buat semua..rasanya dah ramai yg balik kampung, Tak tau nak coret apa kali ni, kain baju pun belum habis kemas lagi.

Buat pertama kali mencuba resipi kak1 ni, saya copy n paste dari myresipi, sedap biskut ni ranggup sangat n anak2 suka, 

BISKUT BATU @ ROCKY COOKIE
Resipi : Myresipi @ kak Wan citarasawan
kongsi bersama : embunrosaliza.blogspot.com

Bahan-bahan ( 100 biji )

Bahan A
100ml putih telur - rosaliza guna 2 biji putih telor AA
1/8 sudu teh cream of tartar
100gm gula kaster
Bahan B
10gm tepung jagung
100gm kacang tanah - di panggang
80gm hirisan badam - di panggang
60gm coklat chips
1 sudu teh cappucino emulco / mocca / coffee- Rosaliza letak esen vanilla
Cara-cara

1. Pukul bahan A menggunakan kelajuan tinggi hingga kental dan bertanduk.
2. Masukkan bahan B, kaup balik hingga rata.
3. Sudukan setengah sudu kecil ke atas loyang yang telah di gris terlebih dahulu.
4. Panaskan oven dan bakar pada suhu 140C selama 30-40 minit, gunakan turbo fan untuk 10 minit terakhir supaya putih telur masak sepenuhnya. Tekan dengan jari, jika atasnya masih lembut, bakar lagi sehingga atasnya keras apabila di tekan.- Rosaliza bakar suhu 140C selama 20minit, ( nota utk sendiri bakar 30 minit dh hangus n pahit sikit..)
5. Apabila biskut sejuk, terus simpan di dalam bekas kedap udara

sebelum bakar , loyang terakhir

Wednesday, August 15, 2012

TAPAI SIRA @ SIRA TAPAI

N3 ke 2 hari ini, tapai sira menjadi kesukaan my abe, kalo dia jumpa tapai mesti dia beli . Kali ini jumpa tapai ubi kuning memang sedap bila di sira mcm ni, kami berdua je mkn.

TAPAI SIRA
resipi : embunrosaliza.blogspot.com

Bahan2
Tapai ubi - ubi kuning lagi sedap
1 keping nisan
2 helai daun pandan
1 cawan santan
secubit garam

Cara2
1. Didihkan santan bersama bahan2 diatas kecuali tapai.
2. Apabila santan mendidih, masukkan tapai
3. Kecilkan api , tutup periuk,  tunggu sehingga santan pekat
4. Siap...sedap di makan setelah sejuk
Tapai ubi ni berharga rm 2.00, satu bekas kecil. Memang sedap bila di sira begini. Rasanya ramai yg tak pernah mkn

TAT NENAS GEBU BEST DAN ACUAN TAT NENAS

Assalamualaikum, rasanya ramai dah ada mood mengukis ni, seronok je bau wangi semerbak je setiap rumah...itu yg membuat hati rajin sikit, lebih2 lagi bila banyak lagu raya berkumandang di corong radio , seolah2 mcm terapi je...tetiba angin rajin menderu2 kekeke.

Semalam  tgk Mas duniaku tayang tat nenas gebu ni, akk pun nak tayang jugasemlm buat bersaing dgn mas, tapi x sempat pulak, pic belum tranfer lagi. Pagi ni baru sempat buat N3 Memang sedap dan terbaeekk resipi KAK ANYMZ ni, gebus sangat. Bila di kenang2 masa buat tat ni lucu pulak ada, ceritanya:~ di sebabkan keterujaan nak buat tat nenas ni, awal2 puasa lagi akk dh beli nenas buat jem, memang sedap n terbaekk juga jem nenas kak nim ni. Tapi bukan itu kisahnya, masa beli barang nak buat kuih raya, akk pun beli la acuan yg besar sikit, konon2nya cepat sikit buat, rupa2nya berat dan teramat susah nak tekan keluar, akk pun tak pasti samada isi terlalu banyak atau pun kenapa n mengapa, oleh sebab itu akk pun cari acuan yg kecil tu, nasib baik masih elok tersimpan, bila guna acuan tu memang elok sangat kejadiannya dan keluar pun elok je 2 biji dpt sekali tekan. 

Tat Nenas Gebu 
Resepi: Kak Nor Aznim@anymz-mykitchen.blogspot.com 
By: HaSue@sue-hasue.blogspot.com 
kongsi bersama : embunrosaliza.blogspot.com
Bahan2 pastri: 

4 oz / 115g mentega 
4oz / 115 minyak sapi 
1 biji telur-gred B 
1 lb / 450g tepung gandum 
sedikit garam - tak perlu letak jika guna salted butter 
air sejuk - jika perlu 

Inti nenas secukupnya-boleh didapati di kedai bakeri atau boleh buat sendiri.. 

Cara2: 
  1. Pecahkan telur di dalam bekas adunan,masukkan mentega dan minyak sapi
  2. Gaul hingga sebati dengan hanya menggunakan whisk
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit..uli sehingga menjadi doh lembut.
  4. Guna acuan seperti gambar di bawah atau di SINI
  5. Tekan adunan dan bentukkan tart mengikut kesesuaian anda.
    Jika letak inti yang banyak maka dapatlah tat yang tebal.
    Bakar pada suhu 170C-180C selama 20-25 min (mengikut ketebalan pastri dan jenis oven)-hasue bakar selama 15 minit pada suhu 175c 
Nota kak Anymz:Akak tidak menggunakan air sejuk tapi setelah adunan menjadi doh letakkan sebentar di dalam peti ais. 

Resepi Inti Nenas cara kak Anim: 

Bahan2: 
10 biji nenas-di sagat dan toskan airnya 
3 kampit gula 
sedikit pewarna kuning 

cara membuatnya: 

Kacau nenas dan gula 
Bila hampir kering masukkan pewarna kuning. 
Kacau hingga kering dgn api yang perlahan

 
Sedap tat nena ni tak dapat nak digambarkan dengan kata2, bila mkn  tu memang kena sangat dengan jem yg sedap dan kulit tat tu yg gebu..lepas satu...satu masuk mulut, tak tertahan nak mkn hehhe...haaaaa sapa2 yg teringin nak buat tat gulung ini adalah resipi terbaik, banyak dapat
begini lah acuan tat nenas, yg besar tu susah sikit bukan sikit susah banyak, bagi akk la, takkan tak cukup kederat.Mungkin salah teknik, ini nak kena berguru dengan tokeh tat nenas ni Kak Anymz hehe. yg kecil tu senang dan elok je kejadiannya.

p/s acara peking kain baju pulak.....jom balik kampung

Tuesday, August 14, 2012

KUIH LAYANG2 KULIT POPIAH

Selamat petang buat semua, rajin sikit tahun ni buat 3 paket kulit popia ni, ada ramai yg membantu utk meyiapkan kuih atau kerepek ini, kalo buat sorang2 mau muntau ijau kuning rasanya. Memang sedap sangat krup krap krup krap...sekejap je balang testing kosong hehe. Terima kasih buat kak fida@myresipi yg mengenalkan akk dgn kuih simple mcm ni.

KUIH LAYANG2 KULIT POPIAH
RESIPI : Kak Fida @myresipi
Kongsi bersama : embunrosaliza.blogspot.com

Bahan-bahan ( Banyak tk terkira )

Secukup kulit popiah
Minyak untuk menggoreng
Secukup gula kastor
Sedikit tepung gandum dicampur sedikit air utk dijadikan pelekat
Cara-cara

1. Ambil sekeping kulit popiah dan gulung hingga kehujungnya. Ambil sedikit pelekat dan sapu hujungnya supaya tidak terbuka semula. Jangan gulung terlalu ketat kerana ia akan menyebabkan kuihnya keras.
2. Bagi memudahkan menggulung kulit popiah, ambil lidi satay,letak diatas kulit popiah dan gulung. Tarik keluar lidi setelah digulung. Buat sehingga kulit popiah habis digulung.
3. Setelah itu gunting2 dlm bentuk serong kulit popiah yg sudah digulung.
4. Goreng terendam dlm minyak sederhana panas hingga kuning keemasan. Sejukkan sedikit kemudian golekkan di atas gula kastor. Simpan di dlm bekas kedap udara.
Simple tapi sedap

Monday, August 13, 2012

TAT NONA

Assalamualikum buat semua, mood rajin nak update sekuk raya, lama simpan kang berkulat lakk sekuk ni. Tat nona ni akk mula buat waktu dok rumah sewa bujang2an awal 90an lagi lama tu, boleh di katakan setiap tahun wajib buat tat nona ni. Adik2 akk pun semua suka kan adik2 ku sayang.


TAT NONA
Resipi Asal : Kak Ani Sungkai

Kongsi bersama : embunrosaliza

Bahan2
1 cawan tepung kastard
1 cawan buttercup
1/2 cawan gula halus
Esen vanilla
1 biji telur
11/2 @ 2 cawan tepung gandum - rosaliza guna 11/2 cawan gandum
1/2 cawan tepung jagung ( resipi asal tak ada ni, saje nak rapuhkan sikit tat ni )
Kuning telur sebagai hiasan 
Jem nenas secukupnya

Cara - cara

1. Ayak tepung kastard bersama tepung gandum.
2. Pukul butter bersama gula hingga gebu, kemudian masukkan  telur dan esen vanilla.
3. Masukkan tepung...uli hingga menjadi doh...sekiranya doh lembik tambahlan tepung gandum.
4. Ambil sedikit doh..isikan jem nenas kemudian bentukkan bujur sedikit...lepas tu gunting mengitu kretiviti  masing2.....
5. Sapukan kuning telur... panaskan oven
6.  bakar sehingga masak lebih kurang 20 minit
buat 3 aduanan untuk 3 buah rumah, bab2 menggunting tu memang tak kreatif la.

COKLAT CHIP

Assalamualaikum buat semua, tak lama lagi adil fitri menjelma tiba, ramai rakan blogger sudah menayangkan beranika bislut raya yg cantik2, suka tengok dengan ketekunan dan kerajinan. Kat rumah akk selalunya buat biskut yg anak2 suka saje, biskut yg sennag nak buat heheh, maklum lah tak berapa nak rajin pun hehe.

COKLAT CHIP ( resipi Asal )
Resipi asal : kak Anida ( biras )
Resipi : embunrosaliza
Bahan - bahan

* 450g choclate chips - Rosaliza guna 200g @ 2 cawan
* 1 cawan badam kisar - Rosaliza guna badam cincang
* 2 sudu teh baking powder
* 11/2 ketul butter
* 1 cawan gula putih - rosaliza guna 3/4 cawan
* 1 cawan gula perang 
* 5 cawan tepung superfine 
* 2 sudu teh serbuk koko
* 2 biji kuning telur

* 1 sudu teh garam

Cara - Cara

1~ Butter di pukul bersama gula putih dan gula perang, kemudian masukkan vanilla dan telur...gaul sebati
2~ Gaulkan  tepung, coklat chips, baking powder, serbuk badam,koko dan garam hingga sebati. Campurkan adunan ini dengan butter yang telah di pukul tadi .....bentukkan ikut suka hati


3~ Bakarlah sehingga masak... lebih kurang  15 minit)




sedap biskut ni ranggup, akk ada buat sejenis lagi coklat cips yg guna tepung gandum campur dengan tepung jagung, pun sedap juga ranggup, n3 lain kali. Ingat nak jenjalan ngabiskan masa kat midvalley jap ni, jommm sapa nak ikut

Saturday, August 11, 2012

PAU GEBU - WATER ROUX

Assalamualaikum buat semua. Hari tuuuu ( lamanya bunyi tapi dlm bln ramadhan lagi 31.7.12 ) Akk ni kalo nak buat inti kelapa mesti buat sebiji terus, pas tu simpan, pas tu banyak la menu guna inti kelapa hehe. Ini pun ada lebihan inti kelapa, masa buat ketayap hari tu,  dari pada membazir begitu saje, baik guna buat pau ni, lagi pula memang dah lama sangat tak mengePau hehe. Terima kasih buat ROS Jintanmanis.com yg berkongsi resipi pau ini.

Kaler nampak cam kekuning2an sikit, sebenarnya memang putih melepak.
Pau Gebu ( water roux)
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Kongsi bersama : embunrosaliza
Bahan-bahanya
500 gram tepung pau ( low protein flour) - Rosaliza guna tepung gandum je
3 sudu besar shortening ( lemak sayuran)
220ml air suam+1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
2 sudu kecil baking powder
4 sudu besar water roux
2 1/2 sudu kecil yis
resepi water roux
25 gram tepung gandum
125 ml air

cara-cara untuk membuat water roux
-masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan  menggunakan api perlahan, setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan.
untuk inti kelapa
3/4 cawan kelapa parut ( ros guna kelapa inti tu)
3 sudu besar gula merah
satu ikat daun pandan
sedikit air suam

1. campurkan semua bahan di dalam kuali dan gaul sebati, angkat dan sejukkan.

variasi inti bagi pau
sri kaya pandan
kacang merah
krim coklat
( Ros gunakan semua bahan yang berwarna putih, bagi mendapatkan pau yang putih apabila di kukus nanti, jangan gunakan marjerin ataupun minyak masak bagi menggantikan shortening. )

Cara-caranya
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli sehingga tidak melekat pada tangan,( nak guna BM pun boleh) pastikan doh elastik ye, kemudian perap dalam 40 minit atau sehingga satu jam, tumbuk-tumbukkan doh keluarkan angin.

2.  Bahagi doh pada beberapa bebola kecil dan masukkan 2 sudu kecil inti kelapa dan tutup kemas, ulang langkah tadi hingga doh habis.
3. Lapik pau dengan baking sheet atau daun pisang, dan biarkan pau naik dua kali ganda lebih kurang 1 jam, Panaskan pengukus, dan pastikan air betul-betul mendidih, kukus pau dengan api sederhana, tak perlu api terlalu besar selama lebih kurang 7 hingga 8 minit sahaja, bergantung pada saiz pau.
-ros buat pau kecik-kecik je, biar senang nak masuk mulut dan paling penting pastikan air kukusan tidak jatuh pada permukaan pau, bagi mengelakkan pau berkedut apabila selesai dikukus nanti. Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.


Boh inti kelapa banyak2. Masa sahur tu panaskan blk,
Sedap...

Friday, August 10, 2012

KEK BATIK @ KEK BATIK COKLAT PALING SENANG DAN SEDAP

Assalamualaikum buat semua..hurmm serronok anak2 bila dah buat pengumuman sekolah mula bercuti pada hari khamis 16.8.2012 lagi, tapi kami balik , insyallah malam khamis kami akan balik kampung . 

Bila teringat masa buat kek batik ni, banyak la komen dari anak2, kata mereka kenapa buat kerk kecik sangat mana cukup nak mkan, buat la banyak2 sikit. huhu ada ke mcm tu, akk ikut resipi ni je, memang kecil je jadinya, pas tu lapis puntak banyak, mungkin ada biskut merie yg saiz kecil, akk punya memang saiz yg besar2 tu. Apa2 pun memang sedap dan senang nak buat kek ni

Kek batik coklat best ni resipi bakewithmilla@Myr, memang best sangat resipi ni, akk selalu pg intai rumah Hasue yang sangat rajin buat kek batik resipi Milla ni. 

KEK BATIK COKLAT BEST
C n P : Hasue
resipi : Myresipi @milla
Kongsi bersama ; embunrosaliza

Bahan-bahan ( 1 kg )

* 200gm millo
* 250gm butter
* 3 sudu makan serbuk koko
* 1 tin kecil susu pekat manis
* biskut meri secukupnya

Cara-cara
  1. Sediakan Loyang yg dialas plastik bersih(tujuannya supaya kek tidak melekat dan senang diangkat dr loyang tanpa mencacatkannya)
  2. Cairkan butter dalam kuali atas api yang kecil sekali...
  3. Setelah cair masukkan susu,milo sedikit demi sedikit gaul sehingga milonya hancur
  4. Seterusnya masukkan serbuk koko.... gaul tanpa henti sehingga halus dan xberketul lg....
  5. Setelah pekat,boleh lah mula menyusun biskut marie di dalam loyang sehingga menutupi permukaan dasar dan ceduk adunan coklat kemudian ratakan l
  6. Susun lagi biskut marie dan lapiskan dengan adunan coklat.
  7. Ulangi langkah 4 dan 5 sehingga adunan habis
  8. Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk semalaman.... potong dan siap untuk dihidangkan...

Kalo nak tengok kek batik yang cantik indah tersusun boleh ke rumah Hasue ya, memang cantik je kek batik dia, hurmmm akk punya memang kelam kabut sikit.

Thursday, August 9, 2012

IKAN KELI BERLADO - resipi kak Anymz

Selamat petang buat semua, petang baru dapat letak N3, pagi ni rajin sikit buat sekuk raya. Semalam pun buat juga tat nenas gebu best tu, pagi ni terasa sakit sangat lengan kiri ni, bila di ingat2kan rupa2nya buat terap tat, guna acuan besar dia tak mahu keluar pulak huhu, sudahnya akk guna acuan yg kecil je, elok je keluar tat tu. Ehh cerita pasal tat pulak,

Ok balik pada N3 hari ni, ikan keli berlado kak Anymz  - my kitchen , ni memang sedap sambal lado tu, anak2 memang cukup suka kalo berlado mcm ni. Akk ni kalo beli ikan keli yg dah di siangkan, tapi balik rumah akk mesti potong sama kepala dia, tah kenapa suka sangat potong paler ikan keli ni heheh.

Ikan Goreng Berlado
Resepi:anymz @ mykitchen
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Kongsi bersama : embunrosaliza.blogspot.com

Bahan2

5 ekor ikan sembilang-yg sudah siap di siang-hasue masak ikan tenggiri - rosaliza guna ikan keli
8 biji cili merah
25 biji cili padi-tak makan pedas kurangkan lerrr - rosaliza  letak sikit jer
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 keping asam gelugur-hasue ganti jus asam jawa 1 sudu besar
minyak utk menggoreng secukupnya
Garam secukup rasa
sedikit gula- segenggam
sedikit serbuk kunyit
5-6 biji limau kasturi

Cara

Ikan sembilang di bersihkan..Cuci dengan limau kasturi dan sedikit garam.Toskan
Ikan kemudian di gaul dengan garam dan serbuk kunyit;ketepikan
Panaskan minyak di dalam
Goreng ikan hingga garing.Ketepikan
Cili merah,cili padi,bawang besar dan bawang putih di kisar menggunakan pengisar kering.
Tambah air lebih kurang sesudu di dlm mangkuk sambal tu
Keluarkan lebihan minyak gorengan ikan tadi dan tinggalkan secukupnya utk menumis cili
Dengan lebihan minyak tadi tumis cili yang di kisar sehingga naik bau.
Masukkan garam,gula dan asam keping
Tumis cili hingga garing.kecilkan api
Susun ikan di dalam pinggan dan curahkan sambal tadi di atas ikan..


sedap ikan berlado mcm ni, memang laju je mkn, tangsambal tu memang besttt sangat, mekasih kak Anim

Wednesday, August 8, 2012

BUBUR LAMBUK MASJID JAMEK KG BARU

N3 ke 2 hari ini, ingatkan nak membisu 1000 bahasa, tapi x boleh la pulak, nak cerita juga sikit. Bubur lambuk masjid jamek kampung baru yg palingggg best setakat ini yg akk rasa, ya lah rasa sikit2 je, nak mkn banyak2 tak larat dh. Pada sapa2 yg teringin nak makan bubur lambuk ni, boleh lah ke masjid jamek kampung baru selepas solat asar, boleh la beratur kat situ, walaupun panjang barisannya, tapi berbaloi denganrasa yg sangat sedap. Bagi jemaah tak payah beratur terus ambil je.

Amani pun makan bubur ini, memang terrrrbaekkk. Ok cerita sikit tang rasa tu, lemak berkrim,langsung tak terasa keberasan, pas tu ada banyak daging dan udang kering...tak boleh nak di gambarkan dengan kata2 lagi kesedapan ini...hahhah ada yg tergoda tak, apa kata pas solat asar kat sini, ambil lah sebungkus , memang banyak sebungkus pun

tengokkkk, nampak sedap dan rasanya pun sangat sedap

PUDING ROTI KARAMEL

Assalamualaikum, hari ke 19 kita berpuasa. Sejak puasa ni baru sekali je membuat puding roti karamel ni, anak2 kurang sikit makan puding masa berbuka, atau pun makan lepas solat terawih, agaknya malas nak ambil dlm peti ais kut , kalo hari biasa laju je makannya. Akk buat ni utk menghabiskan roti je, biasa lah roti, kalo mkn dengan kaya gitu je mmg tak jalan hehe, tapi roti beli gak sokmo, standby la takut sedar lewat ke apa hehe, alhamdulillah setakat hari ni belum terbabas sahur lagi, mudah2an terjaga la untuk sahur hari2 seterusnya . Roti ada 5 keping, akk bubuh kesemuanya, ok juga lah .

 PUDING ROTI KARAMER
resepi asal : http://embunrosaliza.blogspot.com 


Bahan2nya

~ 3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
~ 4 keping roti gardenia - akk letak 5 keping
~ 3 biji telur - di pukul manja dan di tapis
~ 2 cawan air suam @ 1 cawan susu cair + 1 cawan air
~ 1 @ 3/4 @ 1/2 cawan susu pekat manis
~esen vanilla

Cara- cara

Dengan menggunakan loyang, sediakan gula hangus........kemudian ketepikan. Panaskan pengukus..... Carik2kan roti kemudian blender  bersama air suam dan susu. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Kemudian masukkan adunan tadi kedalam loyang  gula hangus dan kukus sehingga masak..



****Gula Hangus****
sediakan loyang dan masukkan 3 sudu besar gula, nyalakan api yang sederhana, kacau gula sentiasa agar gula tidak hangit , tunggu sehingga gula cair sepenuhnya dan berwarna kekuning2an. Kemudian, terus angkat loyang dari atas dapur, ketepi. Gula hangus ini akan mengeras, tetapi akan cair semula bila kita mengukus nnt.
Selamat menjalani ibadah puasa buat semua. Mood ngukis belum kunjung tiba lagi , berterbangan di bawa angin lalu. 

Tuesday, August 7, 2012

ROTI PURI

Rasa sekejap sangat puasa tahun ini, hari ni dh pun masuk hari ke 18 umat islam berpuasa. Kesibukan jelas terasa heheh tah apa yg di sibukkan tu tak tau lah pulak.

Roti puri memang sentiasa menjadi kesukaan anak2 kat rumah ni, akk buat masa buka puasa, buat banyak juga, tapi semua habis. Selalunya kalo ada lebihan sambal ikan bilis, roti puri lah akk akan buat.


ROTI PURI
resipi asal : yatiezaini@myresipi
kongsi bersama: linapg & embunrosaliza

Bahan-bahan ( 12 biji )


2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil yis mauripan
1/2 sudu kecil garam *
3 sudu makan minyak masak *
2 sudu makan gula * (blh kurangkn jika x suka manis)
175ml air panas *
40-50ml air
Minyak utk mengoreng
Cara-cara

1. satukan bahan bertanda (*) n panaskan .. kacau sehingga gula hancur n tutup api .


2. satukan tepung dan yis .. gaulkan


3. no.1 dimasukkn kedlm no.2 , dan digaul dgn mgunakn garfu sehingga bercampur sahaja


4. dgn mgunakn tangan, gaul adunan sehingga menjadi seperti serbok roti / ~ breadcrumb ~

5. tambahkn air sedikit2 dan adun sehingga x melekat kat tgn n mjadi doh

6. perap doh 30min .. pastu blhler dibahagikn doh pd 12 bhgian bulat yg kecil

7. canai doh nipis cam karipap / duit 50 sen

8. siap utk digoreng .....goreng sebijik sebijik ok ...

9. TIPS utk mgoreng : gunakan api yg kecil / sederhana .. org ckp kena pandai main api .. hehe .. kalau guna api yg besar blh mybbkn roti ni x mgelembong / naik kembong
masa mengoreng hdklan disimbah2 kn minyak ke atas roti ni ... bila dah mengelembOOOnng baru lah diterbalikkan ... SELAMAT MENCUBA

Alhamdulillah Aqil (8tahun ) dan Adda ( 7 tahun ) berpuasa dengan jayanya sehingga hari ini, walaupun selalu bercerita pasal
 kawan2 yg tak berpuasa masa kat sekolah , minum air dan makan  depan dia.

Saturday, August 4, 2012

NASI KERABU

Assalamualikum buat semua, dah pun masuk hari ke  15 kita berpuasa, tak lama lagi hari raya menjelma tiba. Seronok dengar lagu raya dah pun berkumandang. Dah ramai yg sibuk membuat biskut raya pulak.

Nasi kerabu antara menu wajib di rumah kami di bulan puasa, nasi ini akk masak pada puasa ke 2 hari tu lagi, tak nyempat nak update. Sebagai rujukan akk letak resipi Yani @ Myr, tq ya yani semua resipi yani best.

NASI KERABU PERANTAU  
Resipi asal : Yani @ Myresipi

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

@@ Nasi @@

4 cwn beras
1 sudu kecil garam - akk tak letak
4 1/2 cawan air - macam masak nasi biasa.. nak lembik/keras kena tambah/kurangkan air
2-3 titik pewarna kuning - akk letak kaler biru
2-3 helai daun limau purut(optional) - tak letak
1 btg serai-diketuk(optional)- saya tak letak sebab tak suka. - akk pun
@@ Sambal Tumis @@

5-10 biji lada kering
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1cm halia
1cm kunyit/ 1 sk serbuk kunyit - tak letak
200ml/ 1/2 tin santan pekat
2 btg serai
2 keping asam gelugur
2 sudu besar budu / 3 sudu besar sos ikan
garam dan gula melaka

@@ Sambal ikan @@

1 ekor ikan kembung- saiz besar
1 cawan kelapa kering/ kelapa parut - kelapa yang digoreng hingga kuning
2 ulas bawang putih
1/3 biji bawang besar (4-5 biji bawang merah)
1 batang serai
1cm halia

@@ Kerabu @@

kubis
timun
taugeh
daun kesum

@@ Bahan lain- optional @@

solok lada
telur asin
bawang jeruk
ayam goreng kunyit
sambal belacan

Cara-cara

## Sediakan sambal tumis ##

blend lada kering, bawang, kunyit dan halia sehingga lumat.
Panaskan minyak(kena banyak siket), tumis semua bahan blend tadi sehingga pecah minyak

## Masak nasi ##

Cucikan beras dan masukkan semua bahan utk masak nasi yang lain. Masaklah seperti masak nasi biasa
.
## Cara sedia sambal kelapa ikan ##
Bersih ikan dan bakar ( Embun rebus jer ). Sementara tu bolehlah goreng kelapa
Goreng kelapa tanpa minyak dengan api kecil sehingga jadi perang. Kalau kelapa parut ni kasar, bolehlah ditumbuk sekejap ketika kelapa masih panas-panas.
Asingkan isi ikan dengan tulang. Tumbuk isi ikan untuk kelihatan halus.
Tumbuk pula bawang dan serai, sehingga lumat. Kalau guna food processor masukkan bawang dan isi ikan sekali gus ke dalam food processor .
Campur sekali ikan dan bawang, goreng tanpa minyak sehingga agak garing.
Campurkan ikan dengan kelapa goreng tadi. Masukkan garam dan gula. Gaul hingga sebati. ( cara embun bila kelapa kuning masukkan bahan tumbuk tadi dan digaul dlm kuali yg api masih terpasang hingga kering air bawang ).

@@ Kerabu @@

Hiris semua sayur dan gaul ratakan.
Bila nak makan tu, ambik sikit semua bahan dan letak ke dalam nasi. Boleh juga dimakan dengan bahan lain tu.. lagi sedap
Hiris semua sayur dan gaul ratakan.
Bila nak makan tu, ambik sikit semua bahan dan letak ke dalam nasi. 

RESIPI SOLOK LADA
 Resipi : embunrosaliza.blogspot

 Lada solok 10 biji - dibelah tengah dan keluarkan biji
1 cawan kelapa - digoreng hingga kekuningan
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
sedikit halia
1 batang serai - dihiris nipis
10 biji lada hitam
1 biji telor
Sedikit garam n nisan/gula melaka
2 ekor ikan kembung @ apa2 ikan - direbus ngan sedikit garam, dan ambil isinya.
1/2 cawan santan sederhana pekat

*********************************************
CARA - CARA
1. Tumbuk lada hitam,serai,halia ,bawang,dan nisan, kemudian masukkan ikan, tumbuk seketika hingga bergaul mersa. Masukkan garam. 

2. Keluarkan bahan2 tumbuk tadi dan masukkan kedalam mangkuk besar.  Selepas itu masukkan kelapa yang telah di goreng tadi kedalam bekas(  kalo rajin kelapa ni di tumbuk sedikit untuk menghaluskannya ). Gaul mesrakan bahan2 tersebut.

3. Pecahkan sebiji telor dan gaul rata. Kemudian bolehlah disumbatkan kedalam lada tadi. Buatlah sehingga habis

4. Susunkan didalam periuk, kemudian masukkan secawan santan. Tutup periuk dan masaklah dengan api yang perlahan sehingga kering. ( dalam 10 minit )

nota* boleh guna sebarang cili berkaler hijau, tapi kalo guna lada solok lagi best.
Nasi kerabu kali ini lengkap,  siap dengan bawang jeruk lagi...hurmmmm dap dap nya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...