Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, September 27, 2012

SELAMAT BERANGKAT KE TANAH SUCI BUAT SUAMIKU DAN MIL



Assalamualaikum buat semua,insyallah 27.9.12 my Abe n MIL akan melaporkan diri di Tabung Haji Kelana Jaya.Insyallah petang nanti kami pun berkampung di sana juga. Di kesempatan ini akk mohon doa dari sahabat handai maya agar mendoakan my Abe n MIL serta seluruh umat islam yg berpeluang mengerjakan ibadah haji tahun ini.

Buat suami ku dan MIlku, kami semua mendoakan semoga Allah sentiasa melindungi perjalanan dimana saje berada , memudahkan segala urusan samada di Tanah Air mahupun di Tanah Suci Mekah nanti. . Semoga di beri kesihatan yg sangat baik untuk mengerjakan ibadah . Dijauhi dari segala masalah. Semoga mendapat haji yg mabrur.Selamat pergi dan kembali ke semula

Hurmmm walaupun rasa sedih juga di tinggalkan  selama 46 bersama anak2,doa dan harapan akk  semoga Allah melindungi dan menjauhikan kami anak beranak dari segala kesulitan dan masalah, juga semoga anak2 di beri kesihatan yg baik . Ada hikmah yg terlindung di sebalik ini....mudah2an.

-
p/s terima kasih buat seorang sahabat yg akan membantu semasa ketiadaan my abe nanti, moga persahatan ini berkekalan selamanya

Wednesday, September 26, 2012

WW


p/s stok untuk 46 hari, ingatkan 1 kotak  tu 24 tin je , rupa2nya 48 tin,  beli pula 2 kotak..cukup la untuk tahun ni hehe

Friday, September 21, 2012

SELAMAT HARI LAHIR SAYANGKU

Assalamualikum buat semua, hari ini merupakan hari lahir my Abe. Dinda mendoakan agar kanda di panjangkan umur, dimurahkan rezeki, di lindungi Allah sentiasa walaupun dimana saje berada, di beri kesihatan yg baik, juga berjaya hidup dunia dan akhirat. Selamat Hari Lahir, dan tahun ini dapat hadiah yg paling besar, semoga mendapat Haji yg Mambrur, selamat berangkat ke tanah Suci Mekah. N3 lain kali pulak.
p/s masa raya umah makcik ( maknanya ni bukan umah akk lah ya )

Dah lama tak n3, blogger.com pun tak bertukaRRR

Monday, September 10, 2012

RAYA BERSAMA KAK ERNA @ ACIK ERNA

Alhamdulillah hari ahad 8.9.12, akk dan famili berkesempatan beraya bersama Kak Erna di N9, seronok sangat dapat jumpa akk kita yg sangat baik ini. Akk pun mcm tak caya je, my abe nak ke sana, kerana mlm tu dia kena kerja malam,blk kul 7 pagi.  Blk tido kejap je, kul 10am dh bangun jumpa kwn2 UMnya, pas tu terus ada ke jamuan raya dan tahlil lepas zohor, ( akk tak ikut yg ni ) pas tu kami kerumah makcik pulak. Lepas rumah makcik baru nak berangkat ke rumah kak erna, hari tu jalan bukanmain jemmm lagi, dari Kl hingga ke plus highway kereta merayap je. Terlebih dahulu nak ucapkan ribu raban terima kasih buat my Abe.

Terima kasih buat Kak Erna dan famili yang sangat mesra rasa mcm dah lama sangat kenal ngan akk n famili, seronok borak2 dengan abang akk yg kelakar tu tak terasa baru je kenal. Sebgai kenang2an saya tepek gambar kat rumah akk ya :~


 Amani dan acik Erna, memula tu malu2 pas tu ok je, sentiasa peace....
Dah siap2 nak balik, anak2 pula menikmati bubur jagung durian yg sangat sedap. Dan yg paling best akk dapat merasa gulai tempoyak daun kayu hasil air tangan kak erna, dan siap tapau lagi..mekasih kak, ada masa kita jumpa lagi

Saturday, September 8, 2012

AMANI

Assalamualaikum buat semua, Amani yg baru nak baik dari muntah2, tapi ada juga sesekali muntah lagi, entah kenapa. Masa hari ahad lepas sangat teruk minum air terus keluar balik, masa tu dia tak demam pun . Esok tu baru badan dia panas2 sikit, doktor kata dia muntah sebab demam..entah lah. Alhamdulillah semua ok je.  Risau juga akk sebab la ni ramai budak kecil kena cirit birit dan demam yg teruk kena tahan kat spital. Hari ni baru dia ada selera nak makan, badan yg keding makin cekeding

Gambar ni masa dia sihat2 lagi. Takde kerja buat tepek gambar2 dia kat sini.





Hari ini banyak jemputan rumah terbuka, kat kawasan rumah akk ada 3 rumah, rumah makcik di kiara view , putra jaya dan rumah mak3hero ni, insyallah kak kalo sempat nak sangat saya jumpa akk
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...