Monday, October 29, 2012

KEK KASTARD PANDAN

Assalamualaikum dan tak terlewat juga akk nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua. Tahun ini akk beraya di KL dan di rumah sendirian dgn anak2. Tak sempatlah merasa jem yang panjang dan lama tu di tengah jalan heheh.

Kek kastard pandan ni akk buat makan2 masa besday Amani lagi 6.10.12. Sedap makan sejuk2


KEK KASTARD PANDAN

KEK KASTARD PANDAN - SWEET 4EVER@myresipi

Bahan-bahan ( 1 biji kek )

  • 1 biji kek span pandan / kek span keladi
  • bahan (A)
  • gula kastor -180gram
  • air daun pandan - 500ML
  • serbuk agar-agar segera - 15ML /1 sudu makan
  • bahan (B)
  • santan pekat - 400ML
  • tepong hoen kwee hijau - 85gram
  • pewarna hijau - 5ML/1 sudu teh
  • secubit garam
  • UNTUK HIASAN - 1 cawan kelapa kering

Cara-cara


  1.  kek span di hiris kepada 2 bahagian. ketepikan
  2. untuk membuat kastad, campurkan kesemua bahan (A) dalam periuk. masak atas api sederhana hingga mendidih. kacau hingga gula hancur.
  3. satukan bahan (B) dalam mangkuk dan gaul rata. masukkan aduanan ini kedalam aduan (A).
  4. kacau atas api sederhana hingga adunan pekat dan mendidih.
  5. sediakan acuan bulat atau petak, guna jenis loose tin atau apa jer bentuk kek span kita..
  6. letakkan satu lapisan kek span dalam acuan. tuangkan 1/3 aduan kastad keatas kek hingga menutupi lubang di sekelilingnya

  7.  letakkan lapisan kedua kek span dan tuang lagi kastad.

  8.  hentakkan acuan 3 kali di atas meja yang agar kastad padat dibahagian bawahnya, biarkan kek sejuk baru dimasukkan dalam peti sejuk
  9. keluarkan kek yang telah sejuk dari acuan . salut dengan kelapa kering atau hias mengikut citarasa anda..

KEK SPAN PANDAN - SWEET 4EVER MY RESIPI

Bahan-bahan ( 1 biji kek )

  • tepong super fine - 150 gram - AKK guna tepung ros
  • gula kastor - 150 gram
  • telor - 5 biji telor A
  • ovalette - 15ML - bersamaan 1 sudu besar
  • air daun pandan - 80ML
  • minyak / mentega cair -80ML - akk guna minyak
  • pes pandan - 5ML/ 1sudu teh - akk tak letak
  • serbuk penaik - 5ML/1 sudu teh
  • sedikit pewarna hijau [x]

Cara-cara


  1.  satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi nie terletak kepada kalajuan pengadun)

  2.  perlahankan kelajuan dan masukkan air daun pandan, pes pandan dan sedikit pewarna hijau...pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
  3. tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.

  4.  sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8icni, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah celcius

  5.  bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kempis...(betul ker ayat ku...hihihihi)
  6. kek dimasak mengunakan api bawah dan atas  

Kali ini ok lak muka dia mulus sikit dan ada sikit lesung batu heehe. Kalo nak tgk kek yg dulu mcm muka bulan boleh klik SINI

Sedap kek ni makan sejuk2, nyaman je kastard tu.

Terpaksa menunggu dengan penuh kesabaran, 2 minggu lagi

Wednesday, October 24, 2012

POPCORN - HOMEMADE

Assalamualaikum buat semua, harap2 semuanya sihat2 sejahtera hendaknya. Pasti ramai dah yg balik kekampung halaman untuk menyambut Aidil Adha bersama famili tersayang di kampung halaman. Tahun ini akk beraya di KL sahaje. 

Hari ini jemaah haji akan berangkat ke padang arafah ( pukul 6pm waktu Malaysia bersamaan pukul 1pm waktu Mekah. Esok merupakan hari wukuf, semoga suamiku dan ibu mertuaku seta jemaah haji semua dilindungi Allah sentiasa.

Oraitttt...berbalik pada N3 petang nan senja ini ( 6.50pm ) adalah dah lama sangat akk buat saje nak ngetest, maklum la baru pertama kali jumpa jagung kering, alhamdulillah menjadi juga la, walaupun ada juga yg tak mengembang..mcm kat pasar malam tu..

Aneka popCorn Buatan SendiriResipi : Aludra @ Myresipi
Kongsi bersama : embunrosaliza

Bahan-bahan ( Ikut suka.. ) 

 1 sudu besar mentega 
2 sudu besar minyak masak 
jagung kering secukupnya garam secukup rasa 

Tambah Karamel [Optional] 
1 sudu mentega/margerin 
3 -5 sudu besar gula pasir (ikut suka/byk mana pop corn yg ada) 

Tambah Coklat [Optional] 
60 - 80 gram coklat bar (ikut suka/byk mana pop corn yang ada) 

Cara-cara 
1. Panaskan mentega dan minyak dalam periuk.  Api tu pulak, mula2 guna api kuat untuk panas kan minyak&butter dalam 2 minit lepas turun kan api sedikit.
2.  Masukkan jagung menutupi dasar periuk. Tuang jagung rata dan sama paras dgn minyak & butter yg dah cair tadi. Tutup periuk tadi. 
3. Tunggu beberapa minit, anda akan dengar bunyi "pop".."pop" dgn rancak. Bila bunyi dah berhenti, cepat2 keluarkan pop corn. Pop Corn boleh dapat penuh satu periuk.. 
4. Taburkan garam secukupnye..(kalau nak buat karamel tak payah tabur garam)  .. 
5. Untuk Karamel [Optional] 
6. Cairkan mentega dengan gula hingga cair dan bertukar warna coklat. Matikan api dan masukkan popcorn dan gaul sekata cepat2. Hati2 sebab karamel tu panas boleh melecur kalau kena tangan yea. Untuk 
7. Coklat [Optional] 
8. Cairkan coklat guna double boiler. Tutup api dan gaulkan dgn pop corn yg dah disalut karamel. So ni jadi caramel popcorn bersalut coklat.

Anak2 mcm tak caye je akk yg buat ni hehe

Thursday, October 18, 2012

AYAM PERAP MASAK KICAP

Assalamualaikum buat semua dan salam sejahtera. Memang sangat sedap ayam perap masak kicap ni. Anak2 pun suka sangat, sedap giler kata mereka heheh. Ta Mas yg telah menyebarkan virus ni pada kami2.




Ayam Perap Masak Kicap
Copy N Paste : Mas Duniaku
Bahan :
 1 famili 
1 ekor ayam (1kilo) - potong kecil
6 ulas bawang putih *- ditumbuk halus
1/2 ibu jari halia * - ditumbuk halus
1 sudu besar cili giling - lebihkan jika suka lebih pedas
1 sudu besar serbuk rempah kari *
1 sudu kecil serbuk kunyit *
1/2 cawan kicap manis *  - lebihkan jika suka, ikut selera
1 - 2 sudu besar air asam *
garam dan gula secukup rasa

Bahan B :
1 biji bawang besar - hiris bulat
2 biji kentang  - potong baji dan goreng - akk tak letak
2 biji tomato - belah 4
1 biji cili merah dan 1 biji cili hijau  - dipotong serong
1 biji lada benggala merah (jika suka) - potong kecil
sedikit daun sop,daun bawang - dihiris


Cara :
Bersihkan ayam dan toskan. Masukkan ke dalam sebuah mangkuk dan campurkan ayam dengan bahan2 yang bertanda * . Gaul rata2 hingga sebati.
Perapkan dan simpan dalam peti ais untuk beberapa jam atau semalaman.
Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali @ periuk dan masukkan perapan ayam dan gaul hingga rata.
Tutup kuali @ periuk dan masak lauk ayam hingga pekat atas api sederhana.
Buka penutup kuali @ periuk dan kacau lagi rata2 dan tambah sedikit air jika inginkan berkuah.
Tambah sedikit garam dan gula jika perlu secukup rasa. Akhir sekali masukkan Bahan B dan gaul sebati dan masak hingga lembut atas api kecil.
Siap untuk dihidangkan. Tabur sedikit bawang goreng,dan tambahan hirisan daun sop dan daun bawang jika suka.

Dah 2 kali masak ayam kicap mcm ni, anak2 cukup suka, kali kedua akk buat berkuah sikit, sedap aroma kari tu.
Kenapa lah makin malas nak mengN3 sejak akhir2 ini. 

Tuesday, October 16, 2012

SUP EKOR ALA KEDAI TOMYAM

Assalamualaikum buat semua dan selamat pagi selasa. Pagi ni tayangan amal sup tomyam ala kedai tomyam yg dah berjaman akk buat. Sebenarnya ekor lembu ni segar gari lembu, kisahnya, masa jamuan raya KRT tempat akk ni dapat sekor lembu, tapi ekor diaorang tak nak masak la pula, maka, my abe pun bawa balik . Akk ni sebenarnya tak pernah masak sup ekor, maka cari lah kat laman web yg paling akk suka iaitu Myresipi, dan bekenan pulak dengan resipi ini. Memng sedap, tak caya cuba lah, tak semestinya ekor, tulang rusuk pun ok masak mcm ni.


SUP EKOR ALA KEDAI TOMYAM
Resipi : Yatichedet@Myresipi
Kongsi bersama : Embunrosaliza.blogspot.com

Bahan-bahan ( 5 ORANG ) 

 1 kg ekor 
5 btg serai di ketuk 
2 labu bawang besar belah emapt 
6 ulas bawang putih diketuk 
10 biji cili api hijau dan merah diketuk 
3 inci halia diketuk seikat kecil daun ketumbar 
3 biji limau nipis( lebih pun tak pe ikut masam) 
1 biji tomato saiz besar 
5 helai daun limau purut 
nampla (sos ikan) jika suka 

Cara-cara 
 1. Rebus lebihkurang 4 jam ekor , sebiji bawang besar potong 4, halia 3 inci tadi sehingga lembut 
2. Sediakan bahan-bahan sebelum menumis. 
3. Tumis bawang putih hingga wangi, api kena kuat sikit agar macam kedai gak, masukkan serai, bawang besar yang dipotong 4, kacau sebentar
4. Masukkan pula tomato yang dipotong 4 gak, daun limau, cili api dan tumis sebentar. masukkan rebusan ekor tadi ikut banyak mana nak dihidang 
5. Didihkan sebentar dan rasa garam atau nampla(sos ikan) dan tambah sedikit gula atau kalau suka leh tambah aji 
6. Sebelum dihidang perahkan limau nipis dan daun ketumbar dalam mangkuk hidang. Curah sup itu dan boleh dihidang panas2

Sedap makan panas2. Hurmm kalo kedai tomyam 2 ketul pun dah RM8.00.


Wednesday, October 10, 2012

BUNGA MATAHARI @ KUACI - WW

Mardi CH 5.5.12

 Sangat cantik bunga matahari
 hurmmmm habis kelopak bunga di cabut dan di tarik2, agak2nya nak tunjuk pada anak2 ini lah KUACI.
Kesian bunga yg tak bersalah

Tuesday, October 9, 2012

PULUT PAGI

Assalamualaikum buat semua harap2 semuanya sihat sejahtera lah hendaknya. Hurmmm nampaknya asyik bersawang je laman sesawang embunrosaliza ni, semakin digin  pulak untuk meletakkan N3. Harap2 lepas ni akan merajinkan diri untuk berblog seperti dulu dengan semangat waja heheh. Terima kasih buat semua yang masih lagi sudi berkunjung ke EmbunKasehRosaliza, jadi semagat tu ada lagi bila tgk ramai juga visitor walaupun n3 tiada. 

Pulut pagi yg sangat sinonim dengan rakyat jelata klate, kalo pagi2 mesti ada je org jual pulut ni di kedai2 nasi berlauk atau nasi kerabu. Setiap kali balik kampung akk mesti nak beli dan nak makan pulut pagi ni, yg bestnya bila cicah dengan kelapa yg masin2 sikit..hurmmm nikmatnya



RESIPI PULUT PAGI 
resipi: http://embunrosaliza.blogspot.com 
Bahan- bahan


1 kilo beras pulut - direndam 3 jam
4 keping nisan 
2 helai daun pandan
11/2 cawan air
Kelapa parut + garam


Cara - Cara
1. Didihkan air dalam periuk kukus, kemudian kukus pulut sehingga masak.
2. Angkat pulut, masukkan kedalam bekas atau besen.
3. Kacau pulut tadi bersama nisan cair sehingga rata.
4. Kukus semula pulut , supaya nisan tu meresap atau mesra dengan pulut. Dalam 10 minit. 


Untuk Nisan Cair 
~ Masak nisan bersama daun pandan dengan 11/2 cawan air hingga menjadi 1 cawan. 



Kali ini ini akk masak setengah kilo je, untuk menghabiskan beras pulut pemberian bonda
Amani pun sama suka makan pulut, seronok bila semua anak beranak suka makan pulut, buat mesti habis punya.

Saturday, October 6, 2012

SELAMAT HARI LAHIR PUTERI SYAZA AMANI

6.10.12 hari lahir puteri tercinta yg ke 2 tahun, walaupun tiada abahnya disisi, namun ada juga kek yg simple2 dan makan ala kadar sahaje, panggil kawan2 kakak2nya. Mama doakan agar Amani sihat2 selalu dan asma tu akan hilang sepenuhnya lepas amani 2 tahun . Semoga Amani sayang membesar menjadi anak yg soleh berjaya dunia dan akhirat, menghormati orang tua, dan tau membezakan sesuatu yg baik dan yang jahat. Walaupun abah tidak bersama kita namun mama yakin abah pasti mengigati besday adik amani, kerana hari ini juga abah akan bertolak dari Madinah ke  Kota Mekah.

Amaniku Sayang, lahirmu menceriakan kami :~



 yukkkk kita gulung lidah, maisarah, zhariff, syifa, Dhira jommm kita tgk sapa yg takleh gulung heheh
jangan tak caye dok menari tu hehehe

Selamat hari lahir sayang

Wednesday, October 3, 2012

WW - 27.9.12

Kompleks Haji Kelana Jaya




Selamat menunaikan ibadat Haji buat Suamiku dan Ibu Mertuaku, semoga mendapat haji yg mabrur
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...