Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, December 31, 2012

ROTI SOSEJ ROLL

Yessss dapat juga letak n3 ke 3 pagi 31.12 ini. Kali ini roti sosej roll beroat, bukan apa nak abiskan oat, buat mcm ni ok je makan, nak kurangkan kolestrol tapi goreng pulak huhu, mcm mana badan nak slim melim huhu.

Roti yg senang dibuat, cepat dimasak sedap dimakan, kejap je licin. Selalu sangat buat roti sosej ni, ini pun dah lama buat, rasanya bulan oct hari tu lagi. Jom tgk resepi yg akk ambil dari rumah dinda kesayangan akk ni LINAPG


ROTI SOSEJ ROLL
Sumber : linapg

 Bahan-Bahan:
1. 10 batang sausage (gn Ramly beef frankfuter)
2.  10 keping roti ( canai supaya roti mampat/padat ) - gelek2
3. 1 biji telur
4. Minyak
5. Embunrosaliza tambah oat )

Cara-Cara :
1.  Gulung sausage dgn roti, bahagian hujung roti sapu telur supaya tak terbuka masa menggoreng 2. 2. Ulang sampai roti habis.
3. Panaskan minyak, celup roti ke dalam telur, golek2  dalam oat dan goreng dgn api sederhana hingga keperangan.     4. 4. Angkat dan toskan.
5. Sedap di makan dgn sos cili SeLaMaT MeNcUbA

n3 ke 3 pun selamt di publish...rehat seketika, byk kerja menanti , insyallah ada lagi n3 lepas ni kalo sempat

KEK COKLAT KUKUS LEMBAB CHEF ZUBAIDAH DAN BUTTER CREAM

N3 ke 2 pagi 31.12 kek coklat yg akk buat masa besday Amani hari tu 6.10.Tak sempat nak ambil gambar kek yg dah di potong, tak semua tamu sempat merasa kek ni, hanya anak2 kecil je dapat, sangat sedap bila di gandingkan dgn topping coklat dan butter cream tu.Sebenarnya kek ni akk dah banyak kali buat tapi tah di mana resepinya di buku ada lah resipinya. Memang sedap sanagt kek ni.
Akk C n P dari blog LINAPG, sekali ngan kaler  wall dia ikut  heheh..



RESEPI KEK COKLAT KUKUS LEMBAB CHEF ZUBAIDAH
Sumber : Hasue & Ayunalisa
sharing : lina pg

Bahan-bahan:( lina pg gn sukatan cawan arcopal)
  • 100g Serbuk Koko*(1 cawan)
  • 200g Gula pasir*(1 cawan)
  • 1 tin Susu sejat*
  • 200g Minyak Masak Sayuran*(1 cawan)
  • 250g Susu Pekat*(1 cawan)
  • 4 biji Telur gred A - pukul sehingga berbuih
  • 150g Tepung Gandum (1 1/2 cawan)
  • 1 st Soda Bikarbonat
  • 1st Baking Powder

Cara-cara
  1.  Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dengan api perlahan sehingga licin dan gula cair sepenuhnya.Tak payah sampai menggelegak/mendidih.
  2.  Satukan dengan telur yang dipukul tadi dengan hand whisk. Gaulkan bahan2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati sambil terus dikacau dengan hand whisk.
  3.  Masukkan ke dalam loyang.Bakar hingga masak.Suhu bergantung pada jenis oven-kek ini juga boleh dikukus
  4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing atau ganache.
Note:
i) Versi bako - Lina pg bako suhu 160'C selama 1jam
ii) Versi Kukus - Kukus api sederhana 1 1/2jam




RESEPI BUTTER CREAM
sharing: lina pg

Bahan-bahan ( sebiji kek )

  • 250 gm butter/shortening (kalau nak icing putih & lebih tahan panas, guna shortening. tapi, kalau nak lebih sedap, baik guna butterlah) Lina pg guna shortening
  • 125 gm marvello/supertact/krimwell (benda2 ni cari kat kedai bahan kek....takde marvello, guna supertact, takde supertact, guna krimwell) Lina pg gn krim well
  • 125 gm gula aising (kena ayak dulu supaya tak berketul2) Lina pg gn 1 cawan gula icing

Cara-cara

  1. Pukul butter + marvello hingga putih Ayak gula aising, masukkan ke dlm butter, pukul lg hingga kembang dan putih. Suaikan warna utk hiasan kek.
  2. TIPS : pukul dengan kelajuan minima. makan masalah sket, tapi, insyaallah, icingnya nanti lebih cantik & mudah dilepa.

Mendeco versi keras tangan mcm tu lah hasilnya. Toping coklat tu akk hanya cairkan coklat masakan campur butter sikit dan sedikit susu segar/ cair, masak cara double boil. Gabungan cream n coklat sangat sedap

p/s n3 ke 2 dh selesai..

BUTTER PRAWN @ UDANG MENTEGA

Assalamualaikum dan selamat pagi isnin 31.12. yg merupakan hari terakhir untuk tahun 2012 dan ini adalah N3 pertama untuk hari ini. Hajat hati nak letak byk sikit N3 tertunggak tahun ini. Hurmmm nampaknya bersemangat waja dan gigih  rasa ni, harap2 dapatlah dilaksanakan, insyallah.

Butter prawn ni sangat sedap walaupun hasilnya tak menjadi sangat, tapi rasa dah menjadi sikit, masa memula kawen dulu adalah akk buat sekali mmg tak jadi langsung juraian itu, mcm telur hancur je. Rasanya kalo buat lagi lepas ni insyallah menjadi mcm K.NOR kut. Terima kasih kak nor yg berkongsi ilmu, semoga Allah memberkati segalanya. Kalo nak tgk butter prawn yg sanagt cantik bolel la ki rumah kak nor ya



BUTTER PRAWN
resipi asal : Nita
sumber : K.Nor@SecubitGaram
kongsi bersama : embunrosaliza

Bahan2:
12 ekor udang saiz besar
2 sudu besar butter
3 biji kuning telur
sedikit daun kari
sedikit cili padi
serbuk kunyit & garam 
minyak utk menggoreng

Cara2:
Lumur serbuk kunyit & garam kat udang. Goreng sehingga masak.Bila udang hampir masak tu, masukkan daun kari & cili padi. Gaul seketika sebelum diangkat. Bila dah masak,ketepikan. Dengan menggunakan minyak yg sama, biarkan minyak dikuali anggaran dlm 1/2 cawan cenggitu. Panaskan minyak dan masukkan butter. Biarkan butter cair & minyak betul2 panas.Sementara tu,kacau2 telur bagi rata dan masukkan telur kuning dalam bekas roti jala.

Matikan api bila minyak tu panas2. Dengan menggunakan 2 tangan, tgn kiri pegang telur kuning ..tgn kanan pegang garfu...tuang perlahan2 telur sambil tgn kanan mengacau dlm bentuk pusingan. Biar dia bertali2. Kemudian bila dah selesai, angkat telur tu dah buh dlm tapis utk membuang minyak berlebihan. 

Cara K.Nor:
# K.Nor guna acu jala gak, tp kuning telur ni kan dia pekat sket jd K.Nor tambahkan sedikit putih telur utk mencairkannya. Cuba tuang dulu dlm bekas lain, kalau boleh keluar dgn elok tak perlu tambah lg putih telur tu, tp kalau masih payah nak keluar, tambah skit lg putih telur. 

# boleh aje nak kacau telur tu dgn garfu atau chopstick, terpulang, tp kena sentiasa mengacau sehingga telur habis dituangkan

# buangkan tali pusat telur, kalau tak lubang acu roti jala mudah tersumbat yg menyebabkan telur payah nak turun

# jgn menggoreng telur dlm minyak yg sedikit, nanti tak jd cantik jurai2 dia


Agaknya adunan telur akk tu pekat sikit, pas tu akk picit bagi laju keluar, makanya jatuh lah telur tu besar2 hehe.

p/s n3 pertama hari ini selamat publish dah

Friday, December 28, 2012

IKAN BILIS SEGAR GORENG RANGGUP

Salam ceria buat semua sahabat maya. Pernah tgk atau mkn tak ikan bilis segar ni. Masa bujang trang tang tang dulu selalu juga akk tgk kwn serumah akk beli ikan mcm ni, tapi tak tau rupa2nya ikan bilis segar.

Memula beli ikan ni tak berapa reti nak masak, goreng je pun bukan msk pelik2. Baru2 ni akk beli pulak ikan bilis segar, dan cuba goreng ranggup, sangat sedap rasanya, boleh mkn terus seekor tu tanpa terasa tulang. Ikan bilis segar ni agak murah harganya berbanding dgn ikan bilis yg telah di keringkan,. Harga sekilo tak sampai rm 5.00.


IKIN BILIS SEGAR GORENG RANGGUP
resipi : embunrosaliza

Bahan2
ikan bilis segar - buang perut
1 sudu teh garam
1 sudu teh seerbuk kunyit
Sedikit Maggie secukup rasa @ serbuk perasa
3 @ 4 sudu besar tepung beras @ tepung jagung
1 cawan Minyak masak

Cara2
1. Bersihkan ikan bilis dan toskan airnya
2. Masukkan ikan ke dlm bekas kemudian masukkan semua bahan di atas dan gaul sebati, biarkan seketika
3. Panaskan minyak, kemudian masukkan ikan satu persatu. Bila kekuningan bolehlah di terbalikkan. Agak2 garing bolehlah di angkat.
4. Ikan ini hendaklah di goreng garing baru sedap.
amani pun suka ikn ni

Thursday, December 27, 2012

SELAMAT HARI LAHIR ALONG

Muhd Ariff Isqandar yg ke 16 tahun, semoga kejayaan menjadi milik along, jadi lah contoh yg terbaik buat adik2, doa dan harapan mama semoga along akan berjaya dgn cemerlang dlm SPM tahun depan.



Wednesday, December 26, 2012

BUNGA @ AKAR SITI FATIMAH

Juga dikenali sebagai selusuh . Insyallah dengan izinnya akan memudahkan proses bersalin jika diamalkan meminum air rendaman bunga ini, ketika cukup bulan. Ini my Abe bawa blk dari mekah.



p/s akk pernah meminum masa anak ke3, alhmadulillah dgn izin allah proses bersalin pun cepat, sehingga terbesalin kat rumah( masa ni di kampung )  nasib baik misi sempat sampai (   sepupu akk punya heheh )

Monday, December 24, 2012

CHEESE TART

Assalam buat semua ,semoga sentiasa sihat ceria di samping keluarga terchenta. Berhabuk bersawang sudah rumah maya kesayangan hamba ini, lama betul tak ada N3. Masih bamyak lagi n3 menanti.

Cheese tart ni pun agak lama juga akk buat. Acuannya besar sangat 6.5cm dan 5.5 cm, makanya dapat lah hasil cheese tart yg gedabak besaunya, akk hanya dapat dlm 15 biji sahaje, 9 biji size besar dan selebihnya saiz kecil sedikit.

Hari tu masa jenjalan kat bakery Bake with Yan ada terjumpa acuan saiz yg comel tu, tapi banyak sangat . Lepas ni kalo ke sana lagi nak juga lah beli walaupun banyak, harganya murah sangat.

Bercerita pasal cistat yg akk buat ni, banyak sangat tangan yg menolong melorek, ambil gambar, sebab tu lah hasilnya pun comelll je, apa2 pun akk puas hati sangat dengan rasanya, cuma tang saiz je yg tak comelll. Oh ya inti tu akk letakkan biskut oreo saje. 



CHEESE TART

Resipi dan rujukan : AZITA ZAIN
Rujukan : HASUE
Kongsi bersama : EmbunRosaliza

Tart Crust / Shell Bahan-bahan :
170gm marjerin 
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

 Cara-cara :
Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Uli hingga menjadi doh yang lembut.
Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat.
Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.

 Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.

 Cream Cheese Filling

 Bahan-bahan :
250gm cream cheese
 50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

 Cara-cara :
Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
Masukkan filling ke dalam kulit tat.
Tuang
cream cheese ke atasnya.
Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

 Filling : Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.

 Cara-cara ( rujuk gambar ) : Tart crust yang sedia untuk dibakar. Tart crust yang telah siap dibakar dan disusun ke dalam loyang untuk proses seterusnya.
Isikan filling ke dasar crust. Lebih banyak filling..lebih sedap!
Picitkan adunan cream cheese filling ke atas filling tadi.

Untuk melorek, ambil sedikit adunan cream cheese dan titikkan dengan beberapa titik pewarna. Kacau rata2 hingga mendapat warna yang diinginkan. Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi. Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri (lebih banyak lebih cantik...) Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah untuk mendapatkan bentuk tersebut. Bakar selama 5 minit. Siap!!!

 Tips untuk dapatkan cistat yang gebu dan montok(mengikut pengalaman saya...) : Jangan simpan cream cheese di tempat sejukbeku (frozen). Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan.

JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik. Isi adunan cream cheese ke dalam piping bag untuk memudahkan proses mengisi adunan ke dalam crust. Picitkan adunan hingga penuh...hingga sampai ke bahagian sisi crust.


Ada lagi permintaan dari anak2, tapi nak kena cari acuan comel tu dulu baru best sikit buat

Thursday, December 6, 2012

NASI KARI AYAM

Assalamualaikum buat semua, dengan harapan semoga sihat sejahtera sentiasa. Nasi kari ayam ni dah lama akk buat ya, selepas linapg buat tayangan amal rumah dia, akk terus buat.Tetapi terlupa nak buat N3, pagi ni bila tgk gambar dok melayang2 kat pc, terus akk cari resipi dlm blog akk, rupa2nya belum ada N3 lagi. Memang rugi sangat lah kalo resipi nasi ini yg sangat sedap ini tidak dikongsi resipi kat blog ini kan. 

Nasi kari ayam ini tersangat lah sedapnya, sampaikan anak2 guna ayat power bodek mama dia, utk menyatakan betapa sedapnya nasi ini ` kenapa mama masak sedap sangat nasi ni' heheh, sejujurnya memang sedap sungguh nasi ni. Dah ramai yg mencuba suatu ketika dahulu. Terima kasih pada kak Nor secubit garam yg berkongsi resipi ini


NASI KARI AYAM 
resipi : Ibundo
sumber : K.Nor@SecubitGaram
kongsi bersama : embunrosaliza.blogspot.com


Bahan:
3 cawan beras basmathi- rosaliza guna beras wangi siam
1/2 ekor ayam ataupun lebih dipotong biasa
4 sudu besar butter atau majerin
8 cawan santan dari sebiji kelapa
3 sudu besar rempah kari
4 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 inci halia dihiris panjang
rempah tumis empat sekawan
1 cube stok ayam kalau suka
sedikit daun ketumbar
daun kari ~ yg ni k.nor tambah
1 sudu besar lada hitam ~ ditumbuk (yg ni k.nor tambah gak) - rosaliza x letak
garam

Cara:
Beras basmathi dibersihkan dan di tos kering airnya. Ketepikan.
Panaskan butter/majerin dalam periuk. Masukkan bawang merah, bawang putih, rempah empat sekawan, dan halia. Tumis sehingga naik bau. Masukkan rempah kari. Tumis sehingga rempah kari masak. Masukkan ayam. Kecilkan api dan biarkan air ayam keluar. Apabila air ayam kering, masukkan santan, garam, stok ayam dan daun ketumbar( k.nor letak daun kari sbb daun ketumbar k.nor masukkan dlm nasi bersama ayam). Masak sehingga ayam lembut dan masak. Padamkan api. * K.Nor masukkan lada hitam yg ditumbuk tu sekali dgn bahan2 lain spt santan, garam dll tu..

Kemudian curahkan kesemua bahan yang dimasak tadi ke dalam penapis. Ambil kuahnya dan masukkan ke dalam beras di rice cooker. Pastikan kuah itu cukup untuk menanak nasi sebanyak 3 cawan beras itu. Kita dah biasa masak nasi dan tentu tahu berapa banyak air yang nak digunakan. Tapi untuk nasi ini, sila lebihkan sedikit airnya daripada ukuran biasa. Kalau kuah tak cukup, tambah sikit dengan air. Kalau kuah terlebih, jangan habiskan. Boleh buat kuah untuk makan nasi nanti.

Apabila nasi sudah 3/4 masak, masukkan ayam dan segala macam tok nenek yang ada bersama ayam itu ke dalam periuk nasi. Gaul dan tanak nasi hingga masak. 

Nasi ini boleh dimakan dengan lebihan kuah kari, sayur salad sempoi dan sambal belacan. 

* Utk lebihan kuah kari tu, K.Nor panaskan balik dan masukkan sedikit air asam jawa. Biarkan mendidih sekejap   dan bolehlah dipadamkan api.


Kaler pucat sikit mungkin sebab serbuk kari yg di gunakan kurang cili, apa2 pun memang sedap

Wednesday, December 5, 2012

SURO KLATE @ASYURA KELANTAN

Pernah makan atau tengok tak suro klate. Suro klate sangat berbeza dengan bubur asyura di Malaysia. Kalo tak silap bubur asyura sebelah utara manis ala2 , manakala bubur asyura di sebelah selatan pulak sedikit pedas dan ada ciri2 bubur lambuk ( ini yg akk pernah mkn la )

Hurmm suro klate ni mengambil masa yg sangat lama untuk siap dan sangat memerlukan kesabaran. Paling cepat pun suro ni akan siap selepas 10jam dikacau. Secara jujurnya suro yg akk tayang ini mengambil masa 13jam untuk siap ( jika menggunakan dapur gas ), kalo dapur kayu dlm 10 jam dah siap.

Hanya setahun sekali dapat merasa pengalaman bergotong royong membuat suro ni. Paling best masa akk  kecil2 dulu , kalo ada gotong royong di surau2 kami kanak2 riang pasti ada seorang sebiji ( sebelah ) tempurung kelapa kemudian dikikis2 buang saki baki sabut tu sehingga licin berkilat tempurung tu. Pasti setiap kanak2 mempunyai tempurung. Bila suro masak suro tu diagih2kan pada kanak2, alangkan indahnya saat2 itu. Hurmmm zaman sekarang mangkuk polisterin je bekasnya, sungguh tak mesra alam kan.


 Warna warni...masa akk kecil2 dulu tak ada kaler2 mcm ni. Sebenarnya yg kaler maler tu telur dadar yg di warnakan dan dihiris halus....sangat berseni mcm bunga rampai. Yang putih2 tu sambal kelapa, kelapa yg di parut halus kemudian digoreng bla..bla..bla..dlm tu akk tak tau apa lg, rasa kelapa tu sedap ( TQ Kak Shakira Chef yg buat suro ni )
Sebelum dimakeupkan. Untuk pengetahuan semua akk mmg tak reti nak buat ni, cuma bahan2 beras, kcg hijau kcg merah, santan nisan, gula, bawang yg di goreng, lengkuas, serai, minyak muda, awah suro,dan yang penting daging yg dicarik2 halus, lain2 akk tak ingat dah. Ada sesetengah tempat di campur sekali dengan jagung, ubi dan mcm2 lagi dlm suro tu. Suro klate boleh dipotong2, dan tak perlu dimkn dgn sudu okey

Yang dah potong lupa lak nak amikl gambar. Andai ada salah dan silap harap maaf ya. Apa yg dipaparkan disini mengikut pengalaman akk sendiri, mungkin lain negeri dan lain tempat,  lain pulak rupa paras suro ni, walaupun sesama klate, daerah lain, lain pulak caranya

Suro Kelantan 

Bubur suro
5 kilo beras
2 kilo kacang hijau
2 kilo kacang merah
3-4 kilo keledek
4 paket jagung
3-4 biji labu kuning
1 kilo rempah suro(klu xsuka rasa rempah sgt bleh kurangkn 200g)
5 kilo gula
3 kilo nisan kerek
1kilo kerisik
Garam
5 kilo santan pekat
5 kilo daging(bnyk lgi sedap)rebus masuk garam.. Tumbuk n carik2 isi

Mayang n goreng n kisar
5 kilo bawang merah kecik
3 labu bwg putih
2 ketul lengkuas
2 ketul halia
30 btg serai

Sangai.. Kisar kering
1gelas ketumbar biji
1/2 gelas jintan manis
1/2 gelas lada hitam

1.Rebus beras
2.masuk semua jenis kcg
3.bhan2 lain ubi labu jagung daging
4.bhn2 lain tu agak2 lh ye
Rempah las..

Dlm 5 jam dh masak sb kita guna gas lain dgn cara dulu2 pakai kayu.. Mbik masa lama


#saya halalkn bgi yg sudi
Edit 26.9.2019

GULA NISSAN PALING COMEL

Selamat pagi buat semua, masih berbaki lagi kerajinan semlm, makanya dapatlah buat n3 pagi ni. Ada sesiapa yg pernah jumpa dan beli tak nisan paling comel dan kecil. Sebenarnya akk pun pertama kali tenngok nisan mcm ni. Hari tu blk kampung..akk ni mcm biasalah suka sangat mengechek barang2 bonda, apa bila terpandang je nisan ni terus tertarik hati. Comel sangat. 

Kat tajuk tu saje akk tulis gula nisan, karang orang google cari batu nissan paling comel , kuar lak nisan akk ni hehhe.

Jom tengok : ~

 Comelkan..cinonit je, sampai hari ini akk lum guna lagi , rasa mcm sayang pulak hehe
 Lagi besar syiling 50sen dari nisan ni
 Berganda2 saiz dgn nisan yg standard ni
Akk selalu jumpa 2 saiz je yg sebesar yg hitam tu, dan 1 jenis lagi nisan kampung besar dan nipis sikit.

Tuesday, December 4, 2012

KEK PUDING KARAMEL

Assalamualaikum dan selamat pagi buat semua. Ini N3 yg dah lama akk buat kek hari jadi my abe sebelum dia ke Mekah lagi 21.9. hari tu lagi...sejak akhir2 ni mood malas nak mengN3 menyelubungi blog Embun, gambar2 masih banyakl lagi tu.

Orang lain sibuk2 ngan crepe2 kita masih lum cuba2 lagi. Kalo baru nak mencuba resipi yg belum pernah buat mesti kena cari mood baikkk punya, kalo tak hasil tah kemana karang jadi lempeng pulak huhu.

Oklah rajin nak upload gambar byk2 sikit hari ni, dan moga rajin untuk hari2 berikutnya ( harapan )
KEK PUDING KARAMEL

RESEPI KEK KARAMEL@KEREMEL
By: Munira
CnP : Linapg
bahan2:
(A)
2 sudu besar gula (utk bt gula hangus)
*tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n wrna tukar jd perang)

(B) - Bhagian Atas  
1/2 tin susu cair FN...(blh tmbah klu nk karamel tebal ckit)
70gm gula kastor

1/2 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur...(klu tmbah susu cair kena tmbah gak kuning telur + 1 BIJI TELUR
 (C) - Lapisan Kek
140gm tepung gandum (linapg gn SRF)
70gm gula kastor
3 bj kuning telur
135ml air biasa (linapg gn susu cair)
1 sudu teh baking powder (linapg xboh)
45ml minyak msk


(D)Merinque
6 bj putih telur
70gm gula kastor
1 sudu teh krim of tartar (guna sudu KFC) (xboh)- akk letak juga

Cara menbuatnya:
1. Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnye...
2. masukkan (B) td dlm loyang gula hangus tadi.
3. pukul bahan (C)
4. pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang n bila kita angkat dia x jatuh...
5. campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..
6. bahgikan kpd beberapa bhgian n tak warna n paste klu nk..
7. masukkan kedlm loyang yg td..
8. Bakar cara double boiling - selama 1jam suhu 160-180C (linapg bako 150'C) gn api bwh sahaja
9. Bila msk angkat n rest 10 minit br t'balik kan kek yg dibakar tadi...
10.Masukkan dlm peti sejuk 1jam n lepas 2 mkn sejuk2...sedap...tahan dlm peti ais 5 hari tau....2 pun klu x abih d'makan..


Selalu sangat buat kek ni, la ni dok tercari2 kaler purple yg comel, akk ada kaler yg buruk dan agak lebam huhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...