Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

iklan

Monday, May 13, 2013

IKAN PESMOL

Assalamualikum, ikan pesmol yg popular, tapi akk selalu ketinggalan mencubanya. Rasanya ala percik tapi pedas. Gandingan ngan ikan siakap memang best la. Ikan ni dah lama akk buat ya. Bagi akk la lagi best percik dari msk mcm ni, mungkin citarasa berlainan. Sekadar mencuba resipi , tapi ikan pesmol ni habis licin juga dimkn hehe






RESEPI IKAN PESMOL
By : Serina
Sumber lain : CT Zaliedana
Sumber : Lina pg
Kongsi bersama : embunrosaliza

 Bahan-Bahan:
1 ekor ikan siakap dibersihkan garam, kunyit dan lada hitam yang baru dikisar
1 batang serai dititik
2 cm lengkuas dititik
5 biji cili padi
Sedikit hirisan karot
Buah tomato Daun ketumbar
2 helai daun limau purut
 2 helai daun salam
2 cawan santan pekat (lina pg guna 1cwn susu cair)
air perahan daripada 1 biji limau nipis
gula

 Bahan Kisar
 5 tangkai cili merah (lina pg gn 2 sb cili giling)
1 labu bawang besar
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
10 biji buah keras (xletak)
1/2 sudu teh kunyit serbuk
2.5 cm halia

 Cara-Cara
 Lumurkan ikan dengan garam, kuinyit dan lada hitam. Goreng ikan dengan minyak yang penuh sehingga garing. Panaskan 3 sudu minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga wangi. Masukkan serai dan lengkuas. Tambah cili padi, daun limau purut, karot Masukkan susu cair dan renihkan sehingga kuah memekat. Perasakan dengan air limau nipis, garam dan gula Masukkan buah tomato dan daun ketumbar.Kacau rata Tuang kuah ke atas ikan goreng dan hidang segera.

Ikan siakap masak apa pun tetap sedap, isinya lembut dan manis

2 comments:

Other times, singular supplements like amino acid powder and rr 3 pills have become
suggested. What do you do if you meet with the decision
manufacturer?

Here is my web page ... adwokat warszawa
 
Nampak menarik ikan pesmol kak rosa ni..ada daun limau purut jadi penyeri...
Boleh la kan rcp ni jadi kelainan dari ikan percik tu..
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...