Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

iklan

Monday, May 27, 2013

KUIH TEPUNG BUNGKUS

Assalamualaikum semua, nampak gayanya ramai gang blogger cuti2 malaysia. Nakmengarang pun tak ada idea nih, kering je rasa.

Tepung bungkus ni sebenarnya dah lama akk buat ya, pertama kali buat, memang kena dengan citarasa, lembut lemak dan sedap.

Tq Ct Zaliedana berkongsi resipi ni, akk panjangkan kat sini untuk rujukuan masa hadapan :~


KUEH TEPUNG BUNGKUS
Sumber Resepi:-Kak hanieliza
C n P : CT Zaliedana
Kongsi bersama : Embunrosaliza.blogspot.com

Bahan
1 cawan tepung beras
2 cawan santan + sikit garam
Daun pisang

Inti(Aku xikut resepi nih pon utk inti,coz wat byk2 siap2 simpan frezer) - rosaliza pun buat banyak juga
1/2 biji kelapa muda parut
1 ketul gula melaka
1 s/b gula
1 s/b tepung gandum
4 s/b air
1 helai daun pandan

Aku add juga

1Cawan tepung pulut
1/2Cawan Air+- (Utk balut inti jadikan bebola) -  rosaliza golek2 je inti dlm tepung pulut, lain kali nak buat mcm CT juga

Cara:
1. Masakkan bahan inti kecuali tepung gandum sehingga agak kering.
2. Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga kering. Sejukkan.
3. Jadikan inti bebola kecil. Ketepikan dahulu.(aku wat bebola kecil ngan tepung pulut,pastu leperkan n msukkan inti,pastu baru dijadikan bebola)
4. Bancuh tepung beras bersama santan. Masakkan hingga naik wap dan nampak agak pekat.
5. Layurkan daun pisang diatas api dan potong anggaran diperlukan.Lap dan bersihkan.
6. Ambil 3 sudu besar bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang. Letakkan 2 biji inti.
7. Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung daun dan kukuskan selama 20 minit.
8. Sejukkan dan hidangkan.


Lain kali kena balut inti dgn tepung pulut dulu baru senang sikit, kalo golek2 dlm tepung pun ok tapi tak berapa nak kemas inti tu.


7 comments:

Rajinnya Rosa bungkus tepung... nampak sedap sangat! Amie suka kuih ni tapi tak berapa mahir nak buat...
 
Salam kak rosa.. sedapnyer tepung bungkuss!!! tun biasanya blk umah mak sedara kt kelate baru dpt makan nih.. dia selalu buat kuih2 tradisional macam nih..
 
assalam rosa..makan suka..tapi buat sendiri belum pernah lagi ni
 
sedapnya tepung bukuh...lama tak makan...cam susah sket nk jumpa org dok jual..kalau lepat liat tu byk la kat sini
 
feberet akak juga ni.. sedap lemak2 manis kan... nak membuatnya je yg selalu tak terbuat sbb malas nak carik daun pisang.. malas tu sbb kena beli.. kalau kat kg daun pisang ambik je.. hehe..
 
Sedapnya....
 
Assalamualaikum.Ni antara kuih kegemaran gak ni cuma kat area sini agak susah nak jumpa...
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...