Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

iklan

Monday, May 20, 2013

PUDING TRIFFLE

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua, Pagi ni terasa nyaman je bumiKL baru lepas hujan. Hujan tak hujan pun akk nak juga tayang puding triffle yg dh berjaman akk buat, kali ini menggunakan resipi Linapg pula, simple tapi sedap. Dak Amani duk kutip buah je mkn. Tq ya dindaku atas resepi mu ini




RESEPI PUDING TRIFLE MUDAH DAN SEDAP
Kongsi Bersama : EmbunRosaliza
BAHAN A (Lapisan Kek)
  • Swiss roll secukupnya
  • Air dari jus koktel
CARA-CARA:
  1. Swiss roll dipotong setebal 1cm.Masukkan ke dasar mangkuk.Kek mestilah menutupi setiap ruang dasar mangkuk.Tekan2 sket supaya padat.
  2. Siram/renjiskan dengan air/jus koktel ke atas kek/swiss roll.Tujuan supaya lapisan kek agak moist.Ketepikan
BAHAN B (KASTAD)
  • 1 cawan rata tepung kastad
  • 1/2 cawan gula 
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin air (sukat guna tin susu cair)
  • 1 tin buah2 koktel (asingkan buah dan jus)
CARA-CARA:
  1. Satukan semua bahan, kacau hingga kastad sebati dan gula hancur.Kemudian masak atas api yang kecil hingga pekat.Kastad akan kelihatan sedikit meletup2.Tutup api.
  2. Curahkan adunan kastad ke atas lapisan kek (Bahan A)
  3. Susun buah koktel ke atas adunan kastad sambil ditekan2 sedikit supaya buah tidak terapung.Sejukkan sebentar.
BAHAN C (Kristal Jelly)- sy gn agar2 jer sbb lupa beli
  • 10g serbuk agar-agar
  • 1.2liter air
  • 3/4 cawan gula
  • 1-2 titis pewarna merah
CARA
  1. Satukan semua bahan,masak atas api hingga agar2 dan gula hancur.
  2. Curahkan ke atas adunan kastad.Curah perlahan menggunakan senduk/sudu.Mulai dari tepi supaya lapisan tidak bolos dan bercampur warna.Dengan kata lain buat dengan cermat hoket.Sejukkan sebentar.Pastu pindahkan ke dalam peti ais hingga puding keras.
Update:
Sekiranya menggunaka Kristal Jelly, cuma ikut arahan pada belakang kotak.
Saya gunakan Kristal Jelly brand Nona.Campurkan dengan 400ml air.Dan masak atas dapur hingga hancur.Kemudian curahkan adunan ke atas lapisan kastad


Insyallah lepas akan buat lagi









5 comments:

wah sedapnyew...
 
walaupun tengok n3 ni dalam ujan lebat..tp tetap rasa terliur..apatah lagi kalau cuaca panas terik...lagilah terliur tengok...
Pusing Trifle ni macam berhantu sket..bila dah buat, mesti dalam masa 2-3ari rasa nk buat lagi..
 
sedap sangatni kak time musim panas gini..sejuk je lalu..
 
Nyaman rasanya....
 
Sedap...memang suka makan ...
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...