Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

iklan

Monday, June 17, 2013

AYAM MASAK BALI

Assalamualikum buat semua, akk mencuba resipi ini pada 15.5.2013. Suka sangat dengan myresipi ni dari dulu kini dan selamanya di hati dan sentiasa menjadi panduan dikala ketandusan idea memasak. Best ayam masak bali ni ala2 kicap berempah. Terima kasih Myresipi. La ni ketandusan idea utk mengarang n3 pulak, ok lah tgk resipi je lah ya:~



AYAM MASAK BALI
Resipi : MYResipi (  Sally Salina )
Kongsi Bersama : EmbunRosaliza

Bahan-bahan ( tak kisah berapa orang nak makan )

Ketumbar, jintan manis, jintan kasar
3 batang serai (2 blend, 1 ketuk)
Kicap pekat/dark soya untuk perap ayam
8 biji bawang merah, Ayam (sedap guna bahagian dada)
2 biji bawang putih
daun kari 1 tangkai dan jugak daun limau purut
kicap minyak untuk menumis
Cili kering/ Cili Bo (saya guna cili bo jer senang)
Asam keping
Serbuk kunyit

 Cara-cara

1. Blend bawang putih merah, ketumbar biji, jintan manis, kasar, serai batang, cili kering(jika tidak menggunakan cili bo)

2.Setelah dilblend gunakan bahan ini bersama dark soya dan serbuk kunyit untuk diperap pada ayam.

3. Panaskan minyak dan masukkan ayam yang telah diperap-jangan terus dimasukkan sekali bahan perapan cuma masukkan ayam.

4. Bila ayam sudah agak masak (jangan terlampau garing, sekadar ayam masak dengan elok) masukkan bahan perap tadi.
5. Kacau semua bahan dan biarkan diatas api sampai masak@ sedikit kering, sebelum itu masukkan daun kari serai yang diketuk serta daun limau purut.

6. Bila rasa dah sebati masin manis dan berempah boleh la diangkat dan hidang bersama nasi impit/nasi putih biasa.

7. Biasanya ayam bali ni sedap dimakan bersama nasi impit dan sayur lodeh. Juga sesuai unutk dihidangkan masa openhouse/sebagainya.

8. Biasanya saya gunakan bawang dengan agak banyak kerana most of my family suka rempahnya, ia sesuai untuk bekal perjalanan yang jauh(tidak cepat basi)


6 comments:

assalamualaikum kaka..macam sedap je..zila kalau masak kering2 gini aduh sedap sgt la..
 
assalam,ada rasa ayad karipoley x?tgk bhn lebih krg jer
 
mas pernah try resepi ni...
memang best
 
Salam kak rosa.. sedap nmpk ayam masak bali nih.. rasa mcm penah try resepi ayam masak bali, tp yg tun try tu berkuah sket.. ni versi kering dia la kot..
 
Assalam kak rosaliza,
sedap ayam masak bali ni..kita ni kalau lauk ayam aje memang masuk list ler..sebab anak2 suka makan ayam or daging..

nak beritahu kita dah cuba lauk ayam kicap pedas madu karipulai tu..memang sedap anak2 suka sanagt dah berpa kali kita amsak dah tau..thanks for sharing..:)
 
salam kak..

sedapnya menu tu..
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...