Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

iklan

Thursday, July 18, 2013

NASI AYAM MUDAH

Assalamualikum, hari ke 9 kita puasa, selamat menjalani ibadat puasa buat semua ya. Menu nasi ayam ni hari pertama puasa hari tu lagi, Maaf la nasi ayam tak cukup gambar, maklum lah dh senja2 gambar pun tak elok je, kelabu dan mcm bergegar je. Tapi sayang pulak kalo tak tepek resipi kat sini, sebab nasi ayam walaupun simple bukan setiap hari kita mskkan.

Pas tu tgk Linapg elok je salin resepi, makanya akk pun nak tiru dari rumah dia lah resipi ni, tq ya lina




RESEPI NASI AYAM MUDAH.
Rujukan : MyR (nadia)
Sumber : LiNa Pg
kongsi bersama : embunrosaliza
BAHAN-BAHAN
SUP

  • 1 ekor ayam potong 12 (cuci bersih) Rosaliza guna ayam belah 4
  • 1 sup bunjut
  • 2 sb mentega/minyak
  • 1/2sk serbuk lada putih (LiNa Pg tak letak)
  • 1/2 inci halia (tumbuk)
  • 3 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 1 batang kulit kayu manis (LiNa Pg tambah rcp asal tadak) - 
  • 1 kuntum bunga lawang (LiNa Pg tambah rcp asal tadak)
  • 2 kiub ayam maggie
Cara-Cara:
  1. Panaskan mentega, tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang dan bahan tumbuk hingga wangi dan garing.
  2. Masukkan ayam, kacau sebentar untuk kecutkan ayam.Tambah air hingga paras yg diinginkan(kena lebih dari sup biasa sebab nak guna untuk nasi)
  3. Masukkan sup bunjut dan kiub ayam.
  4. Masak hingga ayam empuk.
AYAM
Bahan-Bahan:
  • 12 ketul ayam (dari sup)
  • 2 sb kicap pekat manis (boleh tambah/kurang)
  • 2 sb sos tiram (boleh tambah/kuranf)
  • 2 sb madu
CARA:
  1. Keluarkan ayam dari sup.Perap ngan semua bahan.(Perap selama 30min)
  2. Goreng secara deep fry. (Goreng sekejap jer sebab ayam dah masak).Angkat dan toskan
NASI
Bahan-Bahan:
  • 4 cawan beras
  • 4 cawan sup
  • 2 helai daun pandan simpul
  • Kunyit/kaler kuning (jika suka)
Cara:
  1. Satukan semua bahan. Masak seperti masak nasi biasa
KUAH KICAP
Bahan-Bahan:
  • 1 ulas bawang putih (tumbuk/mayang)
  • Lebihan jus perapan ayam (pas goreng jgn buang bahan perapan tuh)
Cara-Cara:
  1. Tumis bawang putih hingga wangi, masukkan lebihan perapan ayam.Tumis sekejap.
  2. Tambah 1 cawan sup ayam.
  3. Boleh tambah kicap, sos tiram (jika suka)
SOS
Bahan-Bahan
  • 1 ulas bawang putih (blend)
  • 1 ulas bawang merah (blend)Rosaliza x letak
  • 5 biji cili merah (blend)
  • 1 biji tomato (buang biji-blend)
  • 1sb cuka
  • 1 cawan sup ayam
  • 5 biji cili padi - Rosaliza tambah
  • 3 sudu besar sos cili - Rosaliza tambah
Cara-Cara:
  1. Satukan semua bahan dan dimasak atas api sekejap.Dah siap


  gambar sos, kicap dan nasi tak sempat nak snap, tapi memang best dan simple je nak buat ni

12 comments:

Sedap nmpk nasi ayam kak rosa ni.Budak2 memang suka sangat makan nasi ayam...
Resepi mudah jer tp hasilnya memang sedap kan?
Ish..kalau letak sepinggan nasi untuk pose mesti cun melecun sebab complete ngan timun salad bagai tuh..cam kedai punya hihi
 
mmg mudah buat nasi ayam waktu berbuka
senang nk masak..jimat masa
dan pastinya sedap berbanding yg dibeli...
 
Nampak sedap ayam tu. Nasi ayam ni jenis yg semua org boleh mkan. Apa lagi budak2, favourite mereka tu.
 
mmg mudah..nmpak simpel jer...
 
Saya selalu buat nasi ayam macam ni...mmng mudah ..
Anak2 mmng suka nasi ayam....
 
acam2 versi nasi ayam ye Rosa, memang berbaloi kalau dapat buat yang mudah tapi dijamin sodap!
 
nasi ayam lagi..sedapnyaaa....
 
alhamdulillah,,br 2/3 hari lepas dh buat nasi ayam
tgk resepi ni leh cuba bt lagi
 
assalam liza..nanti akak nak ambil resepi pulak ye
 
assalam liza..nanti akak nak ambil resepi pulak ye
 
Assalam Kak Rosaliza,
semenjak bulan puasa ni nasi ayam kita belum kena lagi..nantilah nak buat juga masak nasi ayam..senang kerja sikit kan..hehe
 
wahh kena buat lagik resipi nasi ayam.tunggu hero balik 2hb 8....insyallah kita golek ayam ..
anak2 kak liza untung hari2 makan sedapppppppppppp.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...