Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

iklan

Wednesday, July 17, 2013

PUDING ROTI KARAMEL

Assalamualalikum buat semua, hari ni dah masuk hari ke 8 kita berpuasa, kadang2 ketandusan idea juga nak masak apa, tapi nasib baik ada rakan2 blog yg buat n3, sedikit sebanyak membantu juga dlm mencari idea masak2 ni.

Puding roti ni snagat simple membuatnya, anak2 pun suka je mkn., bagi yg ada roti yg lebih tu boleh lah mencuba resipi yg simple ni :~


PUDING ROTI KARAMEL
Resepi : Embunrosaliza

Bahan2nya

  • 3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
  • 4 keping roti gardenia
  • 3 biji telur - di pukul manja dan di tapis
  • 2 cawan air suam @ boleh letak 1 cawan susu cair utk tektur yg cantik
  • 3/4 @1/2 cawan susu pekat manis 
  • esen vanilla

Cara- cara

  1. Dengan menggunakan loyang, sediakan gula hangus..kemudian ketepikan. 
  2. Panaskan pengukus..... 
  3. Carik2kan roti kemudian blender  bersama air suam dan susu manis. 
  4. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu  
  5. masukkan esen vanilla. 
  6. Kemudian masukkan adunan tadi kedalam loyang  gula hangus dan kukus sehingga masak. lebih kurang 30 - 40 minit


tak mulus mana kejadiannya, yg ni akkletak susu tepung dlm 2 sudu besar dan guna 2 cawan air suam

9 comments:

sedapnyaa :)
 
Saya pun suka puding roti karamel ni Rosa.. anak2 apa lagi!
 
memang ada roti lebih kat rumah tu, harap2 adalah masa nak mnegrjakannya menjadikkan puding ni, heheheh
 
sedapnya puding ni..lama tak buat :)) tapi semalam cikwan buat puding roti jugak..tapi versi bakar.. hihi
 
kita pun teringin nak buat puding karamel gini... lama tak mkn.. tp kena tunggu hujung minggu baru blh buat... hari kerja mmg tak sempat..
 
Sedapnya ..nak buat jugak nanti ....
 
Adus sedapnya....lam tak buat puding roti ni.Malas benor nk mengukus.
Kat umah kami kadang2 jer ada dezet..kadang makan nasi jer..
Tak mulus tak pe kak rosa, janji enak di tekak hihi
 
skrg cuaca panas terik.. mmg sesuai la wat puding mcm ni utk iftar :)
 
Sangat bagus idea ni ER... Selalu buat karemal biasa je
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...