Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

iklan

Friday, July 19, 2013

RESEPI DAGING SEKILO BAWANG SEKILO

Salam Ramadhan yg ke 10 buat semua, hari ni dh masuk 10 hari kita berpuasa, rasa mcm sekejap sangat masa berlalu. Ok berbalik pada N3 hari ni DGBS sebenarnya dh lama akk buat masa lepas Linapg buat N3 pertama lagi akk terus buat. Ingatkan dh ada N3nya, bila semak balik memang tak ada lagi di dapur Embunrosaliza. Pagi nak kena letak juga resipi ni, sangat2 rugi kalo menu yg sedap tidak di letakkan resipi. Tq pada Amie yg berkongsi resipi ini. DSBS ini dah merebah seluruh dapur maya, rata2 ramai dh mencuba, tak tertulis. Memang sangat sedap. Akk makan dgn pulut dakap atau tupat dakap. 





RESEPI DAGING SEKILO BAWANG SEKILO
Sumber : kak Amie
Sumber2 : LiNa Pg
Kongsi bersama : embunrosaliza.blogspot

Bahan-bahan:(Lina pg buat setengah saja) 
  • 1/2 kg daging (potong kecil-kecil)
  • 500ml  santan cair (Lina pg guna air jer-tambah ikut suka)
  • 250ml santan pekat
  • 3 ulas bawang putih - pecahkan dan cincang
  • 1/2 kg bawang besar (potong kasar-kasar)
  • 8 biji cili merah (potong nipis-nipis)
  • 3 biji bawang putih (tumbuk)
  • 2cm halia (tumbuk)
  • 5 cm kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • garam & gula / perasa pilihan
  • 2 batang serai titik (Lina pg tambah rcp asal tadak)
  • minyak
  • 1 sudu teh pati asam jawa (Lina pg guna 2 asam keping)
  • 40g kerisik (Lina pg tambah rcp asal tadak)
Cara:
  1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih, halia, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga wangi.
  2. Masukkan lada merah dan serai dan terus kacau hingga layu.
  3. Masukkan daging dan bawang. Biarkan hingga daging layu.
  4. Gunakan api besar supaya bawang dan lada segera hancur.
  5. Kemudian masukkan 500ml santan cair (lina pg masukkan air jer) dan perlahankan api. Tutup kuali.
  6. Setelah kuah hampir kering dan bawang serta lada menjadi hancur, masukkan pula santan pekat serta garam dan gula / perasa pilihan serta pati asam jawa dan kerisik.Gunakan api perlahan.
  7. Kacau selalu supaya sebati dan tutup api setelah  kuah pekat dan terbit minyak.
  8. Daging sekilo bawang sekilo siap untuk dihidangkan dan enak dimakan bersama nasi himpit / ketupat / roti dll

7 comments:

x penah cuba lagi nie...mcm teringin plak nak try..
 
tq Rosa sudi cuba resepinya... enaknya memang yang pernah rasa je yang tahu kan, kita kalau dapat makan dengan nasi impit memang tak pandai nak berhenti mengunyah!
 
SedapNyeeee Liza, selalu buat mmg buh bawang byk2 tp takat 2 biji je 1 kg mmg dap laaa
 
Sedap ni..kalau ada ketupat menmang sedap makan ngan DSBS ni..tak makan daging pun xpe..cicah bawang hancur pun sedap
 
kalau dah nama resepi daging 1 kilo tu.. ngam2 je kan.. tak payah nak simpan2 lg dlm freeze yg balance..
 
Assalam kak rosa,
kita ni lauk ni pun dah cuba tapi masih dalam que lagi..nantilah nak masukkan juga ..memang sedap lauk ni..:)
 
hai.. salam kenal,
follower no.940
done follow sini,
jom follow teman yea yunk..=)

http://tengkubutang@blogspot.com/ -->(official)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/ -->2nd blog
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...