Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

iklan

Sunday, July 14, 2013

RESEPI SOLOK LADA

Assalamualikum buat semua, hari ini dah masuk hari ke 5 kita berpuasa. Setakat hari ini menu utama dan kuih sentiasa di buat kat rumah, hanya roti john je anak2 beli kat Param.

Hari ini awal2 lagi siap sediakan menu buka posa hari ini, iaitu nasi kerabu. Walaupun tak sesusah mana nak msk nasi kerabu tapi banyak benda nak kena buat. Tgh hari ni akk dah siapkan solok lada .

Akk suka solok yg mcm ni je simple tapi sedap di tekak akk lah ya hee. Hurmmm gambar hallussss je ni guna hp je


SOLOK LADA
Resepi : embunrosaliza.blogspot.com

Bahan - Bahan


 10 biji Lada solok  - dibelah tengah dan keluarkan biji
1 cawan kelapa - digoreng hingga kekuningan
3  ulas bawang merah
2  ulas bawang putih
Sedikit halia
1 batang serai - dihiris nipis
10 biji lada hitam @ aji shio
1 biji telor
Sedikit garam n nisan/gula melaka
2 ekor ikan kembung @ apa2 ikan - direbus ngan sedikit garam, dan ambil isinya.
1 cawan santan sederhana pekat


*********************************************
CARA - CARA


1. Tumbuk lada hitam,serai,halia ,bawang,dan nisan, kemudian masukkan ikan, tumbuk seketika hingga bergaul mersa. Masukkan garam. 


2. Keluarkan bahan2 tumbuk tadi dan masukkan kedalam mangkuk besar.  Selepas itu masukkan kelapa yang telah di goreng tadi kedalam bekas(  kalo rajin kelapa ni di tumbuk sedikit untuk menghaluskannya ). Gaul mesrakan bahan2 tersebut. 


3. Pecahkan sebiji telor dan gaul rata. Kemudian bolehlah disumbatkan kedalam lada tadi. Buatlah sehingga habis


4. Susunkan didalam periuk, kemudian masukkan secawan santan. Tutup periuk dan masaklah dengan api yang perlahan sehingga kering. ( dalam 10 minit ). 



Banyak kerja menanti ni, petang ni panggil adik beradik my abe berbuka kat umah akk ni. Meriah lah sikit mcm dekat kampung dah

6 comments:

Sedap solok lada kalau yg buat sendiri.Kalau yg beli tu rasa nyor jerr ikan tadak pun huhu...
Posa ni tak makan lagi solok lada.Kena gi beli jugak ni.Nk buat takut budak2 tak makan
 
salam ramadhan juga..sedapnya solok lada.. lagi2 kalau dimakan bersama nasi kerabu :) all time fav..
 
salam ramadan
memang kesukaan akak solok lada ni..nak buat malaslah pulak
 
assalam liza.akak suka ni..selalu beli yang dah masak..
 
Sedap solok lada..tapi kalau nak makan..beli jer...
 
Sedap ni ...makan dg nasi kerabu....
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...