Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

iklan

Thursday, August 1, 2013

BUAH MELAKA @ ONDE - ONDE

Assalam buat semua, hari ni dah pun masuk hari ke 23 kita berpuasa dan dah pun bulan Ogos.Hari ini 1.8.13 merupakan hari lahir bonda akk, semoga bonda di kurniakan kesihatan yg baik,dimurahkan rezeki dan sentiasa dlm lindungan Allah sentiasa.

Ok lah berbalik pada n3 ni,banyak sangat yg tak sempat nak buat n3 puasa pun dh nak habis lepas ni bz blk kampung pulak, memang tak terjengah la blog kesayangan ini dan blog kwn2, sekadar tgk2 boleh la nak ngadap sangat tu mana nak sempatkan.

Hari tu ada tgk K. Nor secubit garam buat onde2 ni apa lagi rajin lah nak cuba juga, sebelum ni memnag suka sangat akk buat onde2 ni, anak2 semua suka mkn. Kalo tahun2 sudah ada juga tambah tepung gandum, tapi tak tau kenapa, ada org kata sedap bila di tambah tepung gandum.

Kalo akk selalunya buat letak sedikit air kapur untuk menyedapkan n rasa pada onde2 tu. Letak tepung gandum ni rasa mcm keras sikit.


BUAH MELAKA PANCAWARNA 
Kongsi bersama : embunrosaliza.blogspot.com

Bahan-bahan:
3 cawan tepung pulut
3 sudu besar tepung gandum
1 1/2 cawan air atau secukupnya
1 - 2 keping gula melaka / Kurosato
sehelai daun pandan
Pewarna hijau, kuning dan merah ~ k.nor hanya buat 1 warna jer (hijau)
1 cawan kelapa muda parut / 3/4 cawan kelapa kering
sedikit garam

Cara memasak :
Gula Melaka di potong kiub kecil.
Kelapa muda parut / kelapa kering di gaul dengan sedikit garam. Ketepikan.
Masukkan 1 cawan tepung pulut, 1 sudu besar tepung gandum, sedikit pewarna kuning ke dalam mangkuk.
Bancuh dengan air sedikit demi sedkit sehingga adunan boleh digentel dan tidak melekat di tangan, anggaran 1/2 cawan air. Ketepikan.
Ulang langkah satu dan dua untuk adunan bewarna hijau dan merah.
Didihkan air bersama sehelai daun pandan di dalam periuk.
Ambil doh sebesar ibu jari dan leperkan.
Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Gentel bulat.
Masukkan ke dalam air yang sedang mendidih.
Apabila kuih timbul bolehlah di angkat dan toskan di dalam tapis.
Bila kuih telah sejat airnya, golek-golekkan di atas kelapa parut tadi.
Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba!

TIPS
Doh di campur dengan sedikit tepung gandum supaya kurang liat semasa memakannya. Selamat untuk kanak2, tidak mudah lekat. Kalau nak guna tepung pulut sahaja pun boleh.
Jika menggunakan kurosato, biarkan kuih timbul lama sebelum di angkat supaya kurosato cair.
Bagi yang menggunakan kelapa kering, buah melaka lebih sedap di makan selepas 3 jam sebab kelapa dah rasa sebati dgn garam dan lebih lembut.
Boleh juga di bancuh semua tepung kemudian di bahagi 3 dan di warnakan. Cuma cara ini warna doh kurang sekata.
Bancuh dengan air daun pandan lagi sedap, harum semerbak baunya...

3 comments:

Da 2 3 kali buatnya bulan pose ni...sedap...:-)
 
assalam liza..akak pun suka ni..kalau ada kelapa yang muda sikit mesti nak buat
 
This comment has been removed by the author.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...