Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

iklan

Tuesday, October 22, 2013

MUFFIN VANILLA

Assalamualaikum buat semua, kenapa lah malasnya nak taip n3 ni, buka blog pun tak berapa nak rajin, bila dh on n dok sibuk like di fb blog jadi malas pulak nak update. Hari ni pagi2 lagi buka blog terus sign in, muffin ni dah lama dok dlm draf sebenarnya, peram lama2 pun tak ada guna juga, baik kongsi kat blog. Hurmmmm sejak akhir ni suka buat muffin pulak, best rupanya muffin ni. Sebelum ni tak pernah nak cuba buat muffin, kalo yg beli ada lah juga sekali sekla. Mula2 nak terjebak ngan muffin ni akk beli tepung muffin blueberry segera, cuma tambah air, telur dan minyak saje. Suka sedap sangat, cuma lebih manis sikit.

Kali ini berekperiman sendiri, syiokkk sangat mkn panas baru pas kuar dari oven tu, anak2 pun suka juga, tapi budak2 ni biasa lah panggil kek, senang nak panggil. Muffin ni senang sangat nak buat main kacau2 dgn senduk kayu dah pun jadi muffin, sedang elok la org yg tak berapa nak rajin mcm akk ni. 


MUFFIN VANILLA

Resipi : Myresipi @ denoos
Kongsi Bersama : embunrosaliza.blogspot.com

Bahan-bahan ( 2 dozen muffin )

  • 8 tbsp mentega, dicairkan- Rosaliza guna hampir 1 Cawan )
  • 4 cawan tepung
  • 2 cawan gula- rosaliza guna 11/2 cawan, tapi masih lagi manis
  • 2 cawan susu segar
  • 4 tbsp baking powder- 4 sudu paras
  • 1 tsp garam
  • 2 biji telur
  • 1 tbsp esen vanilla

Cara-cara

  1. 1.Gaulkan kesemua bahan hingga sebati.
  2. 2.Isikan adunan tadi kedalam bekas muffin.
  3. 3.Bakar selama 20minit/180C.-

Cara rosaliza
* Ayak semua bahan kering, kacau berasingan bahan basah, kemudian baru masukkan tepung.
* Isi adunan 3/4
Bakar selama 20 minit

 Sebelum kebakaran
Sedap makan panas2 masa baru keluardari over. Senang posing dlm loyang gitu aje, janji ada gambar 

3 comments:

hrmmmmm yummehhh.. nampak shedap sambil telan air liur ni
 
senangnye nak buat
nanti ida nak bereksperimen lak hehehehe
salam perkenalan dari ida
jemput singgah blog ida ye
umielman.blogspot.com
dah follow blog ni no960
 
Gebus gebas jer mapin tuh...ni Amani yg buat ke?budak2 suka kalau bab tolong2 buat sepah kat dapur ni hehe
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...