Friday, November 15, 2013

SAMBAL TEMPOYAK DAUN KAYU

Assalamualikum dan salam sejahtera buat semua. Meme jatuh chenta betul dgn sambal tempoyak ni. Bila mkn rasa mcm nak ulang mkn lagi. Sayur mcm ni agak jarang akk buat, bila dah terlampau nak mkn baru lah buat. Masak daun kayu mcm ni hanya akk dan dak Eqa je yg mkn yang lain tak nak mkn pulak. Beli seikat pucuk ubi n seikat pucuk labu pun dah cukup banyak bagi kami berdua mkn.  Sambal ni tak boleh nak lawan hasil air tangan kak Erna Mak 3hero tu, memang sedap. Akk ni  tak pandai pulak nak masak tanpa penggunaan bawang, masak apa2 pun mesti letak bawang. Masak lemak cili padi masak tempoyak ikan patin semua main taruk bawang heheh.

Tq CM atas perkongsian resipi best ini. 


SAMBAL TEMPOYAK DAUN KAYU
Resipi : Cik Mat Gebu @ tiffin biru
Kongsi bersama : embunrosaliza.blogspot.com

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak pucuk ubi
1 cekak pucuk labu
6 helai daun kunyit muda
4 papan petai
1 keping asam gelugor
5 camca besar penuh tempoyak
1 genggam ikan bilis, dibersihkan dan rendam
1200 ml santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
3/4 cawan cili padi kampung (cm campur hijau dan merah) - Rosaliza kurangkan
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
5 batang serai, hiris halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pucuk ubi dan pucuk labu diasingkan dari tangkainya, cuci dan toskan. Daun kunyit cuci dan tos, buang bahagian tengahnya. Hiris halus seperti bunga rampai pucuk ubi, pucuk labu dan daun kunyit tadi. Petai diambil isinya, cuci dan kerat dua setiap satu. Ketepikan.
  2. Masukkan bahan kisar halus ke dalam kuali bersama tempoyak. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Tuang santan, kacau dan masukkan ikan bilis. Masak dengan api kecil hingga sedikit pekat. Tambah petai, masak sekejap dan masukkan semua jenis daun dan asam gelugor. Gaul rata2.
  3. Masak dengan api sederhana hingga pekat dan kacau selalu, tambah garam secukup rasa dan sedikit gula, masak sekejap lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi. Jika tidak habis, simpan dalam peti sejuk...Selamat mencuba!!.
Nota : pucuk ubi rosaliza celur sekejap dlm air mendidih, baru di hiris halus.

 pucuk ubi kayu
 Pucuk labu
 Serai yg di hiris halus
Taraaaaaa siap, daun yg dah hiris tak sempat nak snap gambar, Lagi di panaskan lagi sedap sambal ni


9 comments:

memang kecur nengok nihh.. tun dh la tgh diet santan skrg.. mmg menguji keimanan betol.
 
sedap ni.. mak sy pun biasa buat..
 
salam kenalan kak liza...google2 jumpa blog akak ni...nampak sedap sgt kak...
 
salam kak..

terliurnya tengok..aduhai..
 
wallaaa...sedapnya...boleh makan nasi banyak ni...hehe
 
kakzana tak pernah buat mcm ni kalau ada tempoyak, taunya masak ikan tempoyak je.
mcm sedap, mcm best je tu..
 
assalam syaza..sedapnya..terigin nak buat pulak dah
 
teringat mak metua buat nie...sedap tp pedas berapi..huhu
 
Sedapnya....mmng terliur tengok....
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...