Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, November 12, 2013

TANJUNG DAWAI

Selepas turun dari Gunung Jerai dlm kul 12pm mcm tu, kira destinasi terakhir utk kamo berkonvoi, adik ipar akk ( suami linapg ) ajak lunch dulu di kedai di kaki gunung jerai tu, tapi memandangkan tak byk lauk pauk, maka cari gerai lain. Akhirnya jumpa kedai kari kawah utara dan ikan bawal, nampak mcm sedap je, org pun penuh kedai. Kekenyanganlah kami di belanja oleh laling linapg, Tq As semoga bertambah2 rezeki ya. Kat sini kami pun berpisah ikut haluan masing2, memula tu ingat nak keluar ikut tol Gurun, tapi minyak dah kurang kami ikut jalan lama dulu nak cari stesen minyak. Syok juga lalu jalan lama ni, lagi pula tak pernah lalu ikut sini, kalo lalu pun dah lama agaknya masa pg ke Sedaka ( rumah sedara ) dah 10 tahun kut tak lalu, tujuan kami nak keluar ikut tol sungai petani. Dalam syok2 berjalan tu, akk ni kejap pejam kejap celik tgk jln, tgk my abe aji steady je bawa kereta, tetiba nampak simpang ke Tanjung Dawai lebih kurang 27 mcm tu lah, tukar pulak haluan kami singgah ke tanjung dawai dulu dlm acara solo pulak,

Ini lah Tanjung Dawai, akhirnya kami sampai juga ke sini, selalu dgr dlm lagu je, dan baru2 ni kes keracunan kenduri di sini. Tgk lah gambar yg tak seberapa ni, nak snap n jalan2 pun dah letih :~

 Kat sini lagi best dari pangkor bagi yg suka ikan bilis, belacan, ikan masin, dan harga pun murah, keropok pun ada
 Syokkk je nelayan ni dok kutip hasil tangkapan, bermacam jenis dan saiz udang ni, yg kecil2 dia campak masuk laut semua

 Seronok tgk nelayan kat sini, tapi pada masa kami pg tu mengikut kata org situ tak banyak bot yg kelaut hari tu, biasanya kita2 pun boleh beli ikan,


 Ikan pun tak banyak yg dapat, akk tgk semua ikan pelalin je yg ada, tapi semua segar bugar. Kat sini merupakan jeti atau pusat jualan ikan2, dah ada bahagian pikat tunda, laut dalam dan mcm2 lagi, lupa nak snap pulak
 Ini pula pasar kat pekan tanjung dawai ( gambar ni di snap oleh Amani ) , dia yg gantung kamera kat leher dia je ) Mcm2 jenis hasil laut di jual di sini


Ini merupakan Jeti tanjung Dawai, Ada bot yg membawa pelancung ke Pantai Merdeka, nasib laaa badan dah penat kalo tak kami mungkin naik bot pulak, kalo ikut jalan darat utk ke pantai merdeka lebih kurang 60km. 

Kesimpulannya, pekan tanjung dawai ni agak kecil, tapi akk suka dgn perkampungan nelayan dan tgk hasil2 nelayan. Kalo dekat2 dgn KL, pasti kami akan ke sini lagi,  

1 comments:

Assalamualaikum...
Pengalaman yang menyeronokkan...
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...