Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan seketika

Monday, March 25, 2013

DAGING MASAK HITAM

Selamat petang buat semua sahabat blogger. Petang2 baru dapat mengN3. Kaliini akkingin berkongsi resipi LINAPG yg dah berapa kali akk buat mmg sedap daging nimakan dengan nasi beriani.

DAGING MASAK HITAM
Resipi :Linapg
Kongsi bersama: EmbunRosaliza

Bahan Perap :
 1 kilo daging pejal ( potong selebar 2 jari )
1 labu bawang besar ( blend )
1 paket rempah kurma @ serbuk sup ( saya guna serbuk sup adabi )
1 paket kari daging 1 paket kerisik ( 40g )
*** Satukan semua bahan perap kemudian perap semalaman***

 Bahan-bahan:
1 labu bawang besar ( blend )
Rempah 4 beradik
2-3 helai daun pandan ( simpul )
3-4 sudu makan cili boh ( boleh tambah/kurang )
2-3 sudu makan tomato puri ( boleh tambah/kurang )
kicap pekat ( saya guna mahsuri )
Kicap manis
Sos tiram
Minyak
 Air

Cara-Cara:
1.Tumis rempah 4 beradik bersama bawang hingga bawang garing
2.Masukkan cili boh, tumis hingga pecah minyak. Kemudian masukkan tomato puri.
3. Masukkan daging, kacau sebati.Masukkan daun pandan
4. Masak hingga daging empuk ( masukkan air jika perlu )
5. Bila daging empuk, masukkan kicap dan sos tiram. Sesuaikan rasa.
6. Dah siap


Saturday, March 23, 2013

HOKI SMKBB - ZON BANGSAR

Tak habis lagi pasal hoki ya, kali ini untuk sekolah menengah bawah 15 lelaki, bawah 18 lelaki dan perempuan.  Gembira bilamana pasukan lelaki bawah 15 dan perempuan bawah 18 menjadi juara. Manakala pasukkan lelaki bawah 18 naib juara.

Gambar kenang2an buat anak2ku Ariff Isqandar dan Amirul Irfan serta kawan2nya :~









Lepas ni peringkat negeri KL pula ( inter zon)

Friday, March 22, 2013

NASI BERIANI

Assalam dan salam1malaysia buat semua. Suka sangat akkmakan nasi beriani,yang beli takcukup pulak,sebungkus lauk dagng hitam , acarn papadom dah rm 8.50 huhu,baikbuat sendirilagi bebaloi, beras sepuluh ringgit lebih je,boleh mkn utk lunch n dinner sekali heheh.

Jom tgk resipi yg akk amikdari mah adinda akk Linapg,tq ya banyakresipi yg akkambildari blognya



NASI BERIANI
Resipi : LINAPG
Kongsi bersama : EmbunRosaliza

BAHAN-BAHAN:
  • 1 kilo beras basmati ( cuci bersih dan rendam +/-30min)
  • Air (sama ngan sukatan beras )
  • 2 paket rempah beriani maggi ( jadikan pes)
  • Rempah tumis 4 beradik 
  • Ayam ( ikut suka byk mana nak boh )
  • 1 cawan susu cair
  • 1 labu bawang besar ( blend )
  • 2 kiub ayam maggi
  • 3 helai daun pandan simpul
  • Daun pudina, kismis, gajus & daun ketumbar ( hiasan)
  • Minyak sapi / minyak masak / mentega
CARA PENYEDIAAN:
  1. Tumiskan bawang besar & rempah 4beradik hingga wangi ( bawang sedikit layu )jgn sampai garing ya..nnt pahit xsedap lak
  2. Masukkan pes rempah beriani, tumis lagi hgga pecah minyak.
  3. Masukkan ayam, kacau hingga ayam separuh masak
  4. Masukkan beras, kacau sebati ngan rempah2 tersebut
  5. Masukkan air, susu cair, kiub ayam, daun pandan, kismis dan gajus. Simpan sedikit ksmis n gajus utk hiasan
  6. Tunggu hingga nasi kering (kacau sekali sekali).Bila nasi kering kecilkan api tggu hingga nasi masak (seperti msk nasi biasa)
  7. Bila nasi masak, gembur2kan nasi dan masukkan daun pudina. Daun pudina akan membangkitkan aroma nasi beriani ni.
  8. Taburkan kismis, gajus, daun ketumbar sebagai hiasan
makan bersama daging hitam resipi dari TMK juga, sangat sedap

HOKI ZON BANGSAR 2013 - SK BUKIT BANDARAYA JUARA LELAKI DAN PEREMPUAN

Selamat pagi buat semua,kenang2an buat anak2ku. Perlawanan hoki zon Bangsar ini berlangsung pada 27.2.13 - 1.3.13. Alhamdulillah tahun ini SK Bukit Bandaraya menjadi juara lagi kali ke 3untuk pasukkan perempuan dan kali ke 4 untuk pasukkan lelaki. Paling mengembirakan bila mana bby Adda ( tahun 2 turut terpilih untuk tahun ini ) Maknanya ada 3orang anak akk bermain Eqa, Aqil dan Adda. Bagi Eqa ini tahun terakhir untukdia bermain bersama SKBB, dia mula bermain sejak darjah 3 lagi,masa tu taktahu apa2 pun lagi. 

Gambar kenang2an buat anak2ku untuk tahun 2013. Pas ni Inter Zon pula ( peringkat negeri )








 penyokong setia ibu bapa, sentiasa berkorban dan memberi sokongan pada anak2, walaupun sesibuk mana berkerja sanggup mengambil cuti. Harapan semoga untuk tahun2 mendatang akan ada guru2 semasa latihan mcm tahun lepas, 2 cikgu sentiasa bersama anak2 hoki. Terima kasih cikgu Hasnizia dan cikgu Sue. Sentiasa berkorban masa dan sentiasa belanja sarapan utk anak2. Rindu cikgu( cikgu bukannya baca pun coretan saya ni kan ) Kalau lah saya ni pihak sekolah dah lama saya bagi penghargaan pada cikgu berdua tu, hargailah dia,( emoo sikit )

Semoga berjaya di peringkat negeri pula. 

Monday, March 18, 2013

KEK TIRAMISU @ TIRAMISU

Assalamualikum dan selamat malam buat semua, semoga sihat sejahtera hendaknya, rindu betul dgn blog sendiri ni yg jarang buka semenjak dua menjak ni, kesibukan di stadium  hoki memberi sokongan pada anak2. Hari yg sekolah rendah ,minggu ni yg sekolah menengah pula. Esok final untuk peringkat zon bangsar.

Okesss berbalik pada kek yg lama dah basiii ni, Kek tiramisu ni dah lama akk buat 23.1.13 hari tu lagi, kalo tak tepek resipi rasa mcm rugi pulak,sebabnya ini kali pertama akk buat tiramisu. Sedap , semua anak2 dan mak bapa suka dengan kek ni. Akk guna kek span biasa yg akk selalu buat resipi di myR
Huduh sokmo kalo buat apa2,tapi yg penting memang sedap. Terima kasih buat ayunalisa yg promote resipi ni.

KEK TIRAMISUby : ayunalisa
source : umi e
Kongsi Bersama : EmbunRosaliza

Bahan-bahan ( 8 orang atau lebih )

  • 1 biji sponge kek atau apa2 kek
  • 250ml whipping cream
  • 200ml cream cheese
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
  • 1 sudu makan serbuk nescafe ( ayu guna mocha emulco)
  • serbuk koko untuk hiasan

Cara-cara

  1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
  2. Satukan gula, cheese dan cream
  3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
  4. Potong kek pada 3 bahagian
  5. Susun 1 bahagian dalam bekas
  6. Tuangkan 1/3 bahagian bancuhan nescafe ke atas kek
  7. Sapu 1/3 bahagian adunan cream+cheese tadi atas kek
  8. Susun lagi bahagian yang selebihnya
  9. Ulang sampai habis kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar...
  10. Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya... 
ini lak kalau sape2 nak try wat kek span sendiri.. respi yg simple..
 KEK SPAN 

Bahan-bahan

  • 50g tepung jagung
  • 50g tepung gandum
  • 50g tepung naik sendiri
  • 4 biji telur
  • 150g gula kastor
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara

  1. Ayak tepung bersama garam sebanyak 3 kali untuk pengudaraan.
  2. Panaskan oven pada suhu 180 degree.
  3. Pukul telur, gula dan esen vanilla didalam bekas pada kelajuan tinggi selama 6 minit atau sehingga adunan kembang dan putih/pucat.
  4. Ayak sedikit demi sedikit tepung ke dalam adunan telur serentak digaul dengan dengan spatula sehinga sebati.
  5. Bakar selama 20-25 minit. 

EmbunRosaliza guna kek span ini :-

resipi :   SWEET 4EVER@myresipi

Bahan-bahan ( 1 biji kek )

  • tepong super fine - 150 gram - 11/2 cawan
  • gula kastor - 150 gram - 1 cawan
  • telor - 5 biji telor A
  • ovalette - 15ML - bersamaan 1 sudu besar
  • air daun pandan - 80ML - ER 1/2 cawan   susu cair/ susu segar
  • minyak / mentega cair -80ML - 1/2 cawan  minyak masak
  • pes pandan - 5ML/ 1sudu teh - ER  tak letak
  • serbuk penaik - 5ML/1 sudu teh
  • sedikit pewarna hijau [x] - x letak

Cara-cara


  1.  satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi nie terletak kepada kalajuan pengadun)

  2.  perlahankan kelajuan dan masukkan air daun pandan, pes pandan dan sedikit pewarna hijau...pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
  3. tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.

  4.  sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8icni, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah celcius

  5.  bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kempis...(betul ker ayat ku...hihihihi)
  6. kek dimasak mengunakan api bawah dan atas

Wednesday, March 13, 2013

AIR TERESAT - WW




p/s
Air teresat ( nama yg di beri oleh ore klate ) nama tempat lain apa tak tahu pulak, mungkin di panggil air mandian,. Masa kecil2 dulu bila baikdari demam selalu bonda atau neneak akan masakkan air ni utukdi buat mandian. Yang ini akk guna daun serai wangi, daun lengkus dan juga daun pandan. Juga di buat mandian ibu2 yg lepas bersalin.  

Friday, March 8, 2013

KEK BALDU MERAH @ RED VELVET CAKE



Assalamualaikum buaty semua, kek baldu merah seperna hari lahir anaknda ariff isqandar 27.12.12 lagi. Lamabetulbercuti dari blogging, rindu yg teramat dlm blog sendiri dan blog kengkawan semua. Harap2 semuanya sihat walafiat lah ya. Sebenarnya hari tu masalah pc yg koma, pas tu semua gambar yg belum di simpan dh hilang taksempat di selamatkan,kerana akk simpan dlm my picture huhu. 

Tadi masa borak2 ngan Linapg dia tanya nape tak  amik dari fb,....ohhhh terlupa pulak. Syang juga kalo kek yg jarang2 buat tak ada gambar,resipi dh lama drfnya

Nasib baik ada juga si along amik n letak dlm fb dia. Tak ni mmg takcomey pun rasanya menten sedap , gabungan cheese tu yg tambag kesedapannya. Sebenarnya kali kedua dh buat kek ni, kek yg pertama hari tu buat kek cawan. Sebab tu seburuk2 mana pun kek ku ini nak juga tepek kat sini




RESEPI RED VELVET CAKE


CnP : Nadz COSK 
Rujukan lain : Irma , Kak Ita Masam ManisHana Memories,  kak Nor , Anna
sharing : lina pg

Kongsi Bersama : Embunrosaliza

Bahan-bahan Kek :
2 1/2 cawan (250 gm) tepung kek*(lina pg gn SRF)
1/2 tsp garam*
2 Tbsp (15 gm) serbuk koko* (*ayak bersama) 
1/2 cawan (113 gm) butter
1 1/2 cawan (300 gm) (lina pg gn 1 cwn gula kastor)
2 biji telur gred A - ER guna 3 biji telur A
1 tsp asen vanilla
1 cawan (240 ml) buttermilk (resepi buttermilk : 1 Tbsp cuka masakan + 240 ml susu segar-biarkan 10 minit sebelum digunakan)
2 Tbsp cecair pewarna merah 
1 tsp white distilled vinegar (lina pg gn jus lemon) ER guna cuka Delima
1 tsp baking soda - Soda bikabonat

Cara-cara :
1. Pukul butter sehingga lembut lebih kurang 1 minit.
2. Masukkan gula dan terus memutar hingga ringan dan gebu (2-3 minit).
3. Masukkan telur satu per satu dan pukul rata setiap kali dimasukkan.
4. Masukkan asen vanilla dan putar hingga sebati.
5. Dalam larutan buttermilk, masukkan pewarna merah dan kacau sebati.
6. Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung berselang-seli dengan larutan buttermilk dimulai dan diakhiri dengan tepung (masukkan 1/2 tepung dulu, kemudian semua buttermilk dan seterusnya semua tepung yang masih berbaki). 
7. Dalam satu mangkuk, campurkan cuka dengan baking soda. Campuran akan berbuih atau berbusa. Dengan segera tuang ke dalam adunan kek dan terus kaup balik.
8. Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175 C selama 1 jam atau sehingga kek masak. Sekiranya ingin membakar menggunakan 2 loyang yang sama besar, bahagi adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak dan bakar pada suhu 175 C selama 20-30 minit menggunakan api atas dan bawah.
9. Setelah masak, biarkan kek sejuk di dalam loyang selama 10 minit. Kemudian keluarkan kek dan sejukkan sepenuhnya di atas redai.
10. Seterusnya, balut kek dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam atau sehingga semalaman untuk memudahkan proses menghias kek.

Bahan-bahan Cream Cheese Frosting :

1-8 oz (227 gm) krim keju, pada suhu bilik
1-8 oz (227 gm) keju Mascarpone, pada suhu bilik (boleh diganti dengan krim keju)
1 tsp asen vanilla
1 cawan (115 gm) gula aising, diayak
1 1/2 cawan (360 ml) whipping cream (lina pg kotak kecil 200ml)

Cara-cara :
1. Pukul krim keju bersama keju Mascarpone hingga smooth.
2. Masukkan asen vanilla dan gula aising dan teruskan memukul hingga smooth.
3. Masukkan whipping cream sedikit demi sedikit sambil terus memukul hingga sebati.
4. Sapukan pada kek dan hiaslah ikut kreativiti masing-masing.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...