Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

iklan

Tuesday, April 30, 2013

KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE

Assalamualaikum buat semua, apa kbr semua, harap2 sihat lah adanya. Kek yang dah lama juga akk buat ni,kalo tak salah masa cuti sekolah bulan 3 hari tu,buat untuk balik kampung. Tak sangka bonda akk pun suka kek ni, anak2 apa lagi...lagiiiii suka. Terima kasih buat Yatie memories atas perkongsian resipi yg best ini. Sekarang ni nak celoteh panjang pun tak ada idea kepala asyik teringat kat my abe yg jauh berada di India nuuu.




Jom tengok resipi


RESEPI KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE
Rujukan Dari Sifu : Yatie Ratu Talam n Hana
Sharing : Lina pg
Kongsi bersama : embunrosaliza.blogspot.com
(Loyang 8x8x3)
BAHAN A
  • 250 gm cream cheese
  • 60 gm gula halus - lina pg gn 50g
  • 1 biji telur gread A
  • 1 sudu besar air - lina pg guna susu cair
  • 1 sk jus lemon
  • 1 sudu besar tpng gandum - lina pg gn tepung Hong Kong
Cara-cara
  1. Pukul cream cheese bersama dngn gula hingga sebati.
  2. Masukkan telur diikuti dngn air, jus lemon dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
  3. Biarkan sebentar.
BAHAN B (KEK)
  • 2 biji telur
  • 1 cwn gula halus
  • 1 sk vanilla
  • sedikit garam
  • 1/2 cwn air panas didih
  • 1/2 cwn cwn susu segar/cair
  • 1/2 cwn minyak jagung/masak
  • 1 cwn tpng gandum*
  • 3 sudu besar sebuk koko* (lina pg gn 1/2 cawan)
  • 1 sudu kecil baking soda* (lina pg gn 1/2 sk)
  • 1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan2 perlu diayak dulu)
Cara-cara
  1. Pkl telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.
  2. Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.
  3. Masukkan air panas,susu dan minyak.
  4. Setelah itu masukkan tpng gandum,b.soda, b. powder dan serbuk koko yg telah diayak dan gaul sebati.
  5. Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian. Bahagikan pada 2 bahagian.
CARA MEMASAK
  1. Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana je.
  2. Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dngn kertas minyak.
  3. Tuang adunan coklat, tutup loyang dngn aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
  4. Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
  5. Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.(Last punya lina pg kukus selama 30min)
  6. Setelah benar2 sejuk, boleh potong dan hidangkan.

Sedap sangat kek ni

Sunday, April 28, 2013

PULAU PANGKOR, TELUK BATIK DAN MENARA CONDONG

Assalamualikum buat semua,n3 basi ya sebagai kenagan buat kami. Pada 26.1 dan 27.1.13,  kami ke Perak, sambil2 tengok anak buah baru dan jalan2 sekali. Kami ke Pangkor tak sangka pulak semua teksi mogok hari tu ( sabtu ) dah la org ramai kerana publik holiday ( thaipusam ). Jadi kami hanya jalan2 n minum2 di sekitar bandar Pangkor sahaje. Nasib baik tambang feri murah lagi RM 10.00 pergi dan balik. Gambar kenagan kami :~




Nak bergambar pun mood tak ada,ingat nak ronda2 pulau je , mmg tak nak menginap kat sini pun. Sekejap je ronda2 kami pun blk



Bermandi manda di Teluk Batik .

Apakah binatang ini, tak pernah rasanya ku jumpa, mulut @ hidung dia panjang, nak kata monyet atau beruk bukan
Tuan dia agak pemalu,bila arah je kamera terus dia pusing bagi montok jer

Singgah di menara jam condong sekejap sebelum balik KL

Friday, April 26, 2013

MASAK LEMAK PUTIH KELANTAN @ PETOLA ULAR : Malaysian Food Festival ( Kelantan Month )

Assalamualaikum buat semua, masak lemak putih mcm ni sesui untuk semua jenis sayur mcm petola segi, pucuk paku, bayam,terung, kacang panjang  dan lain lain lagi yg bersesuian. Sebenarnya banyak jenis masak lemak putih mcm ni, ada yg suka letak lada hitam,ada yg letak lengkuas. Tetapi akk lagi suka letak lengkuas dan isi ikan. Zaman kecil2 dulu selalu tgk nenek masak lemak putih mcm ni,dia tumbuk sekali isi ikan dgn bwg dan lengkuas, hasilnya sangat sedap dan kuah pekat ala2 kuah laksa atau laksam.

Entry kedua untuk Kelantan Food Fest




MASAK LEMAK PUTIH PETOLA
Resipi : embunrosaliza.blogspot.com

Bahan2
1 biji petola sederhana besar - kikis kulit dan potong menyerong anggaran 1/2 inci
*1/2 inci lengkuas -boleh di tukar dengan lada hitam
*5 ulasbawang merah
*1 ulas bawang putih
*1 ekor ikan rebus@ bakar  ( ambil isi sahaja )
Santan secukupnya
Garam dan Perasa

Cara2

Tumbuk bahan bertanda ( * )
Masukkan semua bahan tumbuk dan santan kedlm periuk.
Bila mendidih masukkan sayur petola garam dan perasa
Tunggu sehingga sayur empuk boleh lah di angkat



Terima kasih buat kak Nor Secubit Garam dan Gert


"I am submitting this post to Malaysian Food Fest, Kelantan Month hosted by

Saturday, April 20, 2013

TALAM GULA MELAKA

Assalam buat semua, talam gula melaka ni pun dah tersangat lama akk buat ya , cumahari gambar dr henpon tak boleh nak transfer, gambar2 yg elok sikit dlm  kamera dh lesap semuanya  huhuh. Resipi dah lama di simpan, nasib baik juga ada lagi gambar  dlm henpon

Gambar comot2 potong pun tak kemas

TALAM GULA MELAKA

Resipi : Citarasawan
          : Yatiememories
CnP   : Azlina@terminal hijrah
Kongsi bersama : embunrosaliza

  • 200gm gula merah
  • 2 sudu gula pasir
  • 2 1/2 cwn air biasa
  • 1 cwn tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung ubi
  • 1 sudu besar air kapur
Cara-cara
  1. Masak gula merah dan gula pasir bersama2 dngn air. Sejukkan
  2. Sementara itu panaskan pengukus dan balut dngn kain penutupnya
  3. Satukan semua bahan, kacau sehingga semuanya larut dan tapiskan Masak sebentar di atas api sederhana dan sentiasa kacau
  4. Tuangkan dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak
  5. Kukus selama 20 minit. Setelah masak,cakar2 sedikit di atas permukaannya dan tuang adunan lapisan atas
Lapisan Atas
  • 3 cwn santan pekat
  • 1 cwn tepung beras
  • Sedikit garam
Cara-cara
  1. Satukan semua bahan, kacau sehingga sebati dan tapiskan
  2. Kacau atas api sederhana sehingga adunan hampir pekat
  3. Tuang atas adunan bawah dan kukus sehingga masak (selama 20 minit)
  4. Sejukkan dahulu sebelum di potong

Friday, April 19, 2013

PUDING TRIFLE

Assalam, puding trifle yg dah lama buat, baru berkesempatan nak buat n3, gambar2 dlm kamera semua dh hilang yg ni ada dlm henpon je, sayang pulak kalo tak letak gambar



PUDING TRIFLE
Sumber:Kak Maizana & copy dari Kak Zai@Dapur Impian
Sumber:Mamasya
Kongsi bersama : Embunrosaliza
Bahan-bahan:
Swiss Roll (saya guna sponge kek) ER guna swiss Roll
1 tin fruit coctail
Kristal Jelly (saya guna jenama nona;ikut je stepnya)
1 tin susu cair*
1 tin air*
7 sudu besar gula pasir* | satukan bersama (saya guna 5 sb)
4 sudu besar tepung kastad (sukatan membukit)
Yogurt @ whipping cream (tak letak)

Cara membuatnya:
1.Lapisan 1:Potong swiss roll anggaran 1.5cm tebal, susunkan dalam acuan (bekas pyrex baru nampak lapisan nanti).Tuangkan air fruit coctail  ke atas swiss roll hingga lembap, ketepikan dulu dan bolehlah masak kastad dengan susu cair.
2.Lapisan 2:1 tin susu cair + air + 7 sudu gula dimasak atas api (sambil tu bancuhkan 4 sudu tepung kastad dengan 1/2 tin air).Bila susu mendidih, kecilkan sedikit api kemudian masukkan bancuhan tepung kastad, kacau hingga menjadi likat.Tuang di atas lapisan 1 tadi.
3.Lapisan 3:Buahan koktail tadi ditabur atas lapisan 2 (kastad).Ketepikan sekejap.
4.Lapisan 4:Masak air panas mengikut sukatan pada kotak jelly hingga mendidih.Masukkan jelly tersebut dalam air panas, tunggu sejuk sedikit tapi masih dalam keadaan cair baru tuang ke atas lapisan 3 (buah-buahan).
5.Lapisan 5:Bila jelly dah beku sapukan yogurt ataupun whipping cream ke atasnya, kalau nak cantik lagi taburkan dengan buah strawbery ke atasnya.(takletak)

Nota:Untuk adunan di atas sesuai muat dalam bekas/ acuan saiz 8x10".Whipping cream dipukul hingga gebu dan sapu ke atas lapisan jelly tadi.(untuk memudahkan, masukkan whipping cream dalam pipping bag)

Tuesday, April 16, 2013

NASI MINYAK HUJAN PANAS

Assalamualaikum dan salam1 malaysia buat semua,tuan rumah sekarang ni sekejap ada sekejap tak ada,bukan apa selalu masak benda2 yang sama sebab tu gambar2 pun tak banyak. N3 kali ni pun yg dah lama, awal tahun lagi. Suka masak resipi ni sebabsangat simple tapi sedap

Nasi ni dh lama masak ya,

NASI MINYAK HUJAN PANAS
Resipi : Makyong@myresipi
kongsi bersama : embunrosaliza
Bahan-bahan ( 5 orang )


4 cawan beras basmati akk guna beras siam
5 cawan air
2 kiub ayam
2 helai daun pandan
pewarna merah, kuning dan hijau
[bahan tumis]
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
[bahan hias]
bawang goreng
kismis
Cara-cara


1. Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
2. Hiris nipis-nipis halia dan mayang semua jenis bawang
3. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi
4. Masukkan beras dan gaul rata.
5. Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan.
6. Masaklah nasi sehingga masak
7. Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau ditempat yang berasingan. Bila dah masak, gembur-gemburkan nasi tu.
8. Hiaslah dengan bawang goreng, gajus atau kismis jika suka

Monday, April 8, 2013

TERESAEK JANTUNG PISANG - MALAYSIAN FOOD FEST ( KELANTAN MONTH)

Assalamualikum dan salam sejahtera buat semua. Teresek jantung pisang yang sangat sedap tapi kesedapannya tidak boleh menandingi air tangan bonda. Selalu kalo kami adik beradik balik kampung mesti ngengada suruh bonda buat teresek jantung pisang. Selalunya teresek ni di campur dengan kacang panjang, dan kalo zaman akk kecil2 dulu di campur juga dengan batang keladi setawi ( sekarang ni pokok keladi ni pun dah tak ada pupus ditelan zaman )

Kali ini merajinkan diri meyertai kelantan food fest, bagi memeriahkan lagi , terima kasih pada Kak Nor Secubit Garam yg banyak membantu saya yg tak tau apa2 ni. Dan terima kasih juga buat penganjur MFF ni .GERT



TERESEK BONDAKU


Resipi : BOndaku
Kongsi : EmbunRosaliza

  • 1 biji jantung pisang - dihiris dan dicelur sekejap
  • 5 biji cili hijau / cili padi, untuk lebih pedas
  • 1/2 ekor ayam - di potong kecil ( biasa guna bahagian tulang , hati n pedal)
  • 1 inci halia*
  • 1 inci lengkuas*
  • Sedikit kunyit hidup *
  • 6 ulas bawang merah @ 1 labu bawang besar holland - *
  • 1 ulas bawang putih*
  • 1 sudu besar ketumbar biji - disagai dan ditumbuk halus
  • 5 tangkai cili kering*
  • 3 cawan santan
  • 2 sudu besar kerisik
  • 1 keping asam keping
  • garam, nisan/gula  melaka, secukup rasa

Cara2 membuatnya

Blenderkan semua bahan2 yang bertanda *, sediakan kuali, masukkan ayam, bahan2 blender tadi, garam , nisan, asam keping,  dan di masak seketika, atau ayam separuh masak. Kemudian masukkan jantung pisang , guna kan api yang sederhana, selepas itu masukkan kerisik, dan cili hijau. masaklah sehingga kuah tinggal sedikit, atau hampir kering. Siapppp


Teresek ni ada yg suka sedikit berkuah dan ada juga yg suka kering2, bagi akk suka yg berkuah sikit. Entah jantung pisang apa yg akk guna ni,agak lebam sikit, sepatutnya cantik je jantung tu




Malaysian Food Fest (MFF) Kelantan Month



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...