Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

iklan

Thursday, June 27, 2013

KEK COKLAT KUKUS MOIST - CHEF ZUBAIDAH

Assalamualikum buat semua, kek coklat memang sentiasa menjadi pilihan anak2 kat rumah ni, tak reti dh nak minta kek lain kalo untuk mkn2 atau besday. Yang ni akk buat masa besday anak no 3  pada 5.5.13 hari tu lagi, memamng sedap sangat



RESEPI KEK COKLAT KUKUS LEMBAB CHEF ZUBAIDAH
Sumber : Hasue & Ayunalisa
sharing : lina pg
Kongsi bersama : embunrosaliza

Bahan-bahan:
  • 100g Serbuk Koko* -1 cawan
  • 200g Gula pasir*11/2 cawan gula halus
  • 1 tin Susu sejat*
  • 200g Minyak Masak Sayuran*- 1 cawan
  • 250g Susu Pekat*-1 cawan
  • 4 biji Telur gred A - pukul sehingga berbuih
  • 150g Tepung Gandum - 11/2 cawan
  • 1 st Soda Bikarbonat
  • 1st Baking Powder

Cara-cara
  1.  Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dengan api perlahan sehingga licin dan gula cair sepenuhnya.Tak payah sampai menggelegak/mendidih.
  2.  Satukan dengan telur yang dipukul tadi dengan hand whisk. Gaulkan bahan2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati sambil terus dikacau dengan hand whisk.
  3.  Masukkan ke dalam loyang.Bakar hingga masak.Suhu bergantung pada jenis oven-kek ini juga boleh dikukus
  4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing atau ganache.

topping tu coklat masakan campur mentega saje

Wednesday, June 26, 2013

LABU AIR BONDA - WW

Cantikkan bentuk labu air ni, mcm labu sayung je. Ini ada lah hasil tanaman bonda di kampung


Masa blkkampung 1.6.13 hari tu dah ada pokok baru, pokok akk snap masa blk ngudi hari tu 5.5.13. Sayang pulak ada serangga potong kat batang pokok

Wednesday, June 19, 2013

SAMBIL MENYELAM MINUM AIR @MELAKA 2

Selepas tiga hari di Melaka, kami balik KL kerana my abe kerja Khamis dan Jumaat, malam rabu kami blk KL, bukan jauh mana pun Melaka dgn KL ni tak sampai 2 jam je, tol pun RM16.50 dari ayer Keroh.

Pada pagi Sabtu kami ke Melaka lagi, bertolak dari KL kul 6am,kerana perlawan hoki kul 9am. Selesai je games tu kami jalan2 lagi sambil nak menunggu  majlis penutupan Hoki yg dijangka kul 4.30 PM. Jalan2 sampai sakit kaki ronda bandar Melaka, rupanya banyak lagi tempat2 yg kali belumpernah sampai di Melaka ni.





 Makam Hang Jebat, masa kami  masuk tu terkejut dan jantung pun dupdap2x tak sangka pula ada org, rupanya ada org yg jaga makam Hang Jebat ni
 Pantai Klebang
 Main layang2 kat sini, pas main jln2 di tepi pantai, hurmmm malang tak berbau, sampai lutut si along jerlus dlm pasir@ selut busuk huhu

Tak sangka pula tepi macam ni pun jerlus juga, habis seluar dia, nasib baik akk ada bawa kain pelikat utk solat, pkai la dia kain pelikat sebelum beli seluar kat Tesco, kalo tak tunggu dlm keta lah dia heheh.

Sekian jalan2 di Melaka.Banyak kenangan Manis masa kami kesini. Sebelum sampai ke Makam Hang Jebat tu, bila tanya pada org dekat2 dgn masjid jalan terus, belok sana, belok sini huhu. Rezeki kami anak beranak tengah2 mencari tu tetiba ada org panggil dan tanya nak kemana, kami cakap lah nak cari makam Hang Jebat, Pakcik tubagitau lah dgn panjang lebar, sebelum pergi dia bagi kan kami nasi minyak 8 bungkus termasuk air, alhamdulillah rezeki yg tak di sangka. Tu lah kami cari pantai untuk santapan nasi free. Terima kasih buat semua warga Melaka, sangat2 ramah org Melaka yg kami jumpa, jumpa je mesti tanya dari mana ? .

SAMBIL MENYELAM MINUM AIR @ MELAKA

Assalamualikum dan selamat pagi buat semua, sambil menyelam minum air. Pada 3 - 5 jun akk n famili ke Melaka bagi menyaksikan perlawanan hoki MSSM, perlawanan Girl U12 setiap hari kul 4.30pm, setiap hari  hanya 1 game saje. Banyak masa utk jalan2 di sekitar Melak. Kami duduk di Homestay Bukit Katil, kiranya tak jauh mana la nak ke Bandar Melaka dan Stadium tu. Kenangan buat kami,





 A'Famosa

 Perigi Hang Tuah


 Perkampungan Hang Tuah di Kampung Duyong
 Umbai

Homestay temoat kami menginap

p/s suka dgn org melaka semua yg kami jumpa baik dan ramah tamah, makanan pun murah2 di melaka

Tuesday, June 18, 2013

LEMPENG PEKAK

Assalam, hari tu masa Madihah tayang , terus akk godek2 kat dapur , memang sedap lempeng ni. Kalo ikut kebiasaan lempeng yg akk buat agak keras dan ranggup sikit, pas tu goreng bagi garing sikit. Kali ini buat lempeng jenis lemah lembut mcm ni, anak2 pun suka mkn juga, tapi yg ni kena goreng tertib sikit la, kalo lempeng yg keras tu penuh satu kuali pun ok je heheh.





Lempeng Pekak
Resepi : Mat Gebu
Copy N  Paste : Madihaa
BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum
3 cawan air (kurang lebih)
3/4 camca teh baking powder
1 biji telur, kacau sedikit
Garam secukup rasa
Pencicah kegemaran anda (sambal tumis, kuah kari atau apa saja yang sesuai)


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam satu bekas, masukkan tepung, baking powder dan telur, tuang sedikit air dan kacau rata, tuang air sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga menjadi adunan yang tidak terlalu pekat atau cair. Tambah garam secukup rasa, kacau rata dan rehatkan sekejap (anda juga boleh kisar dalam blender).
  2. Panaskan non-stick pan, lenser dengan sedikit minyak. Tuang adunan tadi (banyak mana bergantung pada saiz pan yang anda guna). Masak hingga permukaan lempeng pucat. Renjis2kan sedikit minyak makan dan terbalikkan. Masak hingga kuning keemasan, angkat dan buat kaedah sama untuk baki adunan.
  3. Hidangkan bersama pencicih kegemaran anda. Sesuai untuk sarapan pagi atau pun minum petang.  Selamat mencuba!!.
Kat rumah ni suka makan lempeng dgn susu je atau pun gula + susu


Monday, June 17, 2013

AYAM MASAK BALI

Assalamualikum buat semua, akk mencuba resipi ini pada 15.5.2013. Suka sangat dengan myresipi ni dari dulu kini dan selamanya di hati dan sentiasa menjadi panduan dikala ketandusan idea memasak. Best ayam masak bali ni ala2 kicap berempah. Terima kasih Myresipi. La ni ketandusan idea utk mengarang n3 pulak, ok lah tgk resipi je lah ya:~



AYAM MASAK BALI
Resipi : MYResipi (  Sally Salina )
Kongsi Bersama : EmbunRosaliza

Bahan-bahan ( tak kisah berapa orang nak makan )

Ketumbar, jintan manis, jintan kasar
3 batang serai (2 blend, 1 ketuk)
Kicap pekat/dark soya untuk perap ayam
8 biji bawang merah, Ayam (sedap guna bahagian dada)
2 biji bawang putih
daun kari 1 tangkai dan jugak daun limau purut
kicap minyak untuk menumis
Cili kering/ Cili Bo (saya guna cili bo jer senang)
Asam keping
Serbuk kunyit

 Cara-cara

1. Blend bawang putih merah, ketumbar biji, jintan manis, kasar, serai batang, cili kering(jika tidak menggunakan cili bo)

2.Setelah dilblend gunakan bahan ini bersama dark soya dan serbuk kunyit untuk diperap pada ayam.

3. Panaskan minyak dan masukkan ayam yang telah diperap-jangan terus dimasukkan sekali bahan perapan cuma masukkan ayam.

4. Bila ayam sudah agak masak (jangan terlampau garing, sekadar ayam masak dengan elok) masukkan bahan perap tadi.
5. Kacau semua bahan dan biarkan diatas api sampai masak@ sedikit kering, sebelum itu masukkan daun kari serai yang diketuk serta daun limau purut.

6. Bila rasa dah sebati masin manis dan berempah boleh la diangkat dan hidang bersama nasi impit/nasi putih biasa.

7. Biasanya ayam bali ni sedap dimakan bersama nasi impit dan sayur lodeh. Juga sesuai unutk dihidangkan masa openhouse/sebagainya.

8. Biasanya saya gunakan bawang dengan agak banyak kerana most of my family suka rempahnya, ia sesuai untuk bekal perjalanan yang jauh(tidak cepat basi)


Sunday, June 16, 2013

SELAMAT HARI BAPA

Selamat hari bapa buat semua yg bergelar bapa, ayah, abah, babah, abi, daddy, Chek, apak dan sebagainya. Teristemewa buat ABAH anak2ku Haji Safawi, terima kasih kerana menjadi Abah yg baik buat anak2 kita. Kami mendoakan semoga Abah sentiasa dlm lindungan Allah , di murahkan rezeki dan di beri kesihatan yg baik. We Love Abah.

Hari jumaat, semua berjubah nak pergi solat Jumaat

Friday, June 14, 2013

KEK BUAH KUKUS

Assalam, sebenarnya dh lama juga buat kek buah kukus ni, buat bekal2 masa pg melaka awal bulan jun hari tu lagi, memang sedap kek buah ni. Setelah kaji selidik dgn Linapg, maka dgn kerajinan yg tersisa serta semangat untuk bawa bekal ke melaka, maka akk pun rajinkan diri mengukus kek buah ini. Buat waktu mlm makanya akk kukus 2 jam lebih sikit je, tapi hasil tak mengecewakan juga. Pastu buah kering tu pun akk guna sikit juga. Terima kasih Linapg. Akk CnP rumah linapg, senang apa2 hal col je tanya n rujuk dgn dia



RESEPI KEK BUAH
Rujukan : Hana , Chaya Sheila
Sumber : lina pg

Bahan-bahan
250g butter @ seketul butter ( disarankan high quality butter)
350g gula pasir
60ml air panas
500g buah-buahan campuran
3 biji telur gred A
350g tepung gandum*
1 sudu kecil cream of tartar*
2 sudu kecil soda bicarbonat*
1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara
Masak gula hingga keperangan dan masukkan air panas perlahan-lahan. Sebatikan. Masukkan butter sehingga cair kemudian masukkan buah-buahan campuran .Kacau kemudian sejukkan.
Ayak bahan-bahan yang bertanda *. Masukkan ke dalam adunan mix fruits tadi sedikit demi sedikit menggunakan senduk kayu sehingga sebati.
Mangkuk lain, pukul telur dan esen sehingga kembang dan masukkan perlahan ke dalam adunan kek dan gaul sebati menggunakan senduk kayu juga.
Alas loyang 7x7 dengan kertas baking. Sapukan butter keliling dan tuangkan adunan kek ke dalamnya.Tutup loyang dengan aluminium foil.
Kukus selama 4 jam untuk mendapat kelembapan yang diinginkan. (boleh dikukus 2 jam shj)
Sejukkan kemudian potong. (Pastikan kek benar2 sejuk seeloknyer semalaman supaya kek dan buah tidak berderai dan padat ketika dipotong).


Agak kering sikit sbb kukus tak cukup masa, insyallah lepas ni akan buat lagi, sedap sangat. Gambar je tah apa2 kelabu je

HOKI MSSM @ PENUTUP

Kenangan  manis buat Puteriku Nur Syaza Afiqah dan girls U12  di Sekolah Tinggi Melaka dan Bukit Serindit Melaka ( Stadium Tun Fatimah ): ~

 KL vs Selangor 2-3
 berdebar2
 Alhamdulillah
 top scorer KL
 Pemain terbaik ( Kerismah Kauran-sab ),pemain terbaik akhir ( Nur Diyanah Noordin-Prk),Penjaga Gol terbaik ( Nurfaezatul Elysa- Ter) dan Penjaring Terbanyak Nur Syaza Afiqah Bt Hj Safawi -KL). Tahniah buat semua terutamanya ankku
 Tahniah Eqa
 Team KL





Kiran  baru tahun 4, dari darjah 2 lagi mewakili MSSM, tahniah Kiran

Wednesday, June 12, 2013

SKOTENG @ BUBUR TEPUNG SAGU - WW

Cantik warna warni, cari kat melaka penjual pun ramai yg tak kenal dengan skoteng, bila bgtau warna warni comel je, Ohhh kita kat sini panggil BUBUR TEPUNG SAGU. Begini lah rupanya skoteng :~



Kenyal2 rasanya bila di buat bubur
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...