Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan seketika

Wednesday, October 23, 2013

KERABU MANGGA

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua, pagi yg nyaman sejuk terasa, apa kata kita tayang kerabu mangga biar kecur liur yg melihatnya. Sebenar2nya memang lama sudah buat kerabu mangga ni, hingga ke hari ni buah mangga pun hampir habis musim dah. Kalo ikutkan akk ni tak berapa suka mkn buah2 yg masam dgn kata lain mkn colek buah cicah2 kicap tu, tapi bila di buat kerabu mcm ni boleh la pulak tekak ni mkn, hummm pas tu pedih la perut mkn benda masam2 manis mcm ni, tapi sedap, ku telan jua . Tq MYRESIPI  yg sentiasa menjadi rujukkan ku dari dulu kini dan selamanya


KERABU MANGGA
Resipi : Myresipi @ Nadia
Kongsi Bersama : embunrosaliza.blogspot.com


Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 1 biji mangga muda
  • 2 sudu sos nam pla (fish sauce)
  • 1/4 cawan kacang
  • 2 biji cili padi
  • 2 sudu besar udang kering
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 ulas bawang putih

Cara-cara

  1. Tumbuk cili padi dan bawang putih. Jangan sampai lumat. Sedang-sedang je
  2. Potong memanjang mangga
  3. Gaul semua dengan bahan-bahan lain.
  4. Tambahlah garam dan gula secukupny

Tuesday, October 22, 2013

MUFFIN PANDAN

Assalamualaikum buat semua,edisi muffin belum habis lagi, ptg2 kita buat tayangan amal muffin lagi,  muffin ketiga bautan akk, memang jatuh Chenta ngan muffin, sedap juga, Buat kul 5pm utk minum ptg, 5.30 dah boleh makan, sekejap je buatnya, tak susuh nak guna mixer bagai, main ngan senduk kayu je, hasilnya sangat memuaskan hati. Anak2 pun semua suka muffin, ala2 buat cekodok gitu semudah ABC je


MUFFIN PANDAN 
Sumber : Cari.com & Rinnchan
sumber : K.Nor@SecubitGaram
Kongsi Bersama : embunrosaliza.blogspot.com
Bahan-bahan: 
200gm tepung gandum 
1 1/2 tsp baking powder 
1/2 tsp soda bikabonat 
1/2 tsp garam halus 
120gm gula castor 
200ml santan kelapa (dalam kotak) rosaliza guna santan serbuk + air
100ml minyak jagung 
2 biji telur 
*1 tsp pandan paste (Boleh bubuh extra kalau nak lebih hijau) 
*1/2 tsp pandan essence 
Bahan topping ikut selera - Almond slices, kismis, ceri etc. 

Nota : 
*Sekiranya tiada pandan paste atau pandan essence, boleh blend 5-7 helai daun pandan bersama 200ml santan di atas dan tapis ya
Cara-cara: 
1. Panaskan oven pada suhu 190 darj cel. Sediakan loyang muffin dan paperliners. 
2. Ayak tepung, baking powder, soda bikabonat dan garam halus. Masukkan ke dalam 
sebuah mangkuk besar. Campurkan gula halus dan kacau rata menggunakan whisker. 
3. Campurkan ke semua bahan basah ke bahan kering. Kaup balikkan sekadar kesemua 
bahan bercampur. Adunan akan kelihatan seakan berketul2 sedikit (lumpy). 
4. Isikan adunan ke dalam paperliners dan taburkan kepingan almond di atasnya. 
5. Bakar selama 20minit.


Sedap sangat harum bau pandan tu

MUFFIN VANILLA

Assalamualaikum buat semua, kenapa lah malasnya nak taip n3 ni, buka blog pun tak berapa nak rajin, bila dh on n dok sibuk like di fb blog jadi malas pulak nak update. Hari ni pagi2 lagi buka blog terus sign in, muffin ni dah lama dok dlm draf sebenarnya, peram lama2 pun tak ada guna juga, baik kongsi kat blog. Hurmmmm sejak akhir ni suka buat muffin pulak, best rupanya muffin ni. Sebelum ni tak pernah nak cuba buat muffin, kalo yg beli ada lah juga sekali sekla. Mula2 nak terjebak ngan muffin ni akk beli tepung muffin blueberry segera, cuma tambah air, telur dan minyak saje. Suka sedap sangat, cuma lebih manis sikit.

Kali ini berekperiman sendiri, syiokkk sangat mkn panas baru pas kuar dari oven tu, anak2 pun suka juga, tapi budak2 ni biasa lah panggil kek, senang nak panggil. Muffin ni senang sangat nak buat main kacau2 dgn senduk kayu dah pun jadi muffin, sedang elok la org yg tak berapa nak rajin mcm akk ni. 


MUFFIN VANILLA

Resipi : Myresipi @ denoos
Kongsi Bersama : embunrosaliza.blogspot.com

Bahan-bahan ( 2 dozen muffin )

  • 8 tbsp mentega, dicairkan- Rosaliza guna hampir 1 Cawan )
  • 4 cawan tepung
  • 2 cawan gula- rosaliza guna 11/2 cawan, tapi masih lagi manis
  • 2 cawan susu segar
  • 4 tbsp baking powder- 4 sudu paras
  • 1 tsp garam
  • 2 biji telur
  • 1 tbsp esen vanilla

Cara-cara

  1. 1.Gaulkan kesemua bahan hingga sebati.
  2. 2.Isikan adunan tadi kedalam bekas muffin.
  3. 3.Bakar selama 20minit/180C.-

Cara rosaliza
* Ayak semua bahan kering, kacau berasingan bahan basah, kemudian baru masukkan tepung.
* Isi adunan 3/4
Bakar selama 20 minit

 Sebelum kebakaran
Sedap makan panas2 masa baru keluardari over. Senang posing dlm loyang gitu aje, janji ada gambar 

Friday, October 11, 2013

HOKI PIALA KULDIP & CO

Hoki bermula lagi, pada 29.9.13 hari ahad berlangsungnya Hoki Piala Kuldip kali ke 2, berlangsung di Stadium Hoki Pantai dan Stadium Hoki KPM di Lembah Pantai.

Kenang2an buat anak2 dan tahniah buat pasukkan hoki SK Bukit Bandaraya berjaya menjadi juara lelaki dan perempuan : ~





Tahniah buat semua.....

Wednesday, October 9, 2013

KEREPEK JEJARI KETAM ( CRAB STICK )

Assalammualaikum buat semua, n3 ke2 hari ni, terajin lah pulak, resipi dh lama dlm draf cuma malas nak masukkan gambar je,punya lah pemalas akhir2 ni, nampaknya makin kurang lah pengujung ke blog embun ni.  Dah lama ya buat kerepek ni, hanay akk n Amani je yg sempat mkn,lagi pula buat sikit je sekara merasa dan simpan resipi




RESEPI KEREPEK JEJARI KETAM
By: Che Iza (MyR)
Sumber : LiNa Pg (Bleh refer sini untuk step by step)
Kongsi Bersama : embunrosaliza.blogspot.com
Bahan-Bahan:
  • 1 kg crab stick 
  • Minyak
Cara-Cara:
  1. Siat-siat crabstick dan potong memanjang setebal  (agak2 je la)
  2. Goreng deep fry (api sederhana)
  3. Angkat dan toskan
  4. Biar betul2 sejuk baru disimpan dalam bekas kedap udara

Syiokkkk je amani makan kruk kark je.....kalo tgk gaya dia mkn tu memamng sedap sangat la, boleh mengoda org heheh

UBAT CIRIT BIRIT PALING BERKESAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengujung embunkasih rosaliza. Nak cerita sikit pengalaman. Pada 24.9.13 - 27.9.13 ( 4 hari ) Akk mengalami cerry berry yang tidak di ketahui puncanya, sebab kat rumah ni akk sorang yg kena. Letih juga lah, tapi selera makan dan minum orait je, tak ada lemah mana. Bila tak larat ulang bilik air akk telan ubat cirit birit dari klinik. Elok je dia berenti sampai keesokkan harinya, bermulah lah balik cirit tu, pelikkan, makanya akk telan blk ubat klinik tu, berterusan esok tu bermula blk cirit, seterusnya sampai hari seterusnya. Makanya pada hari jumaat tu akk pun suruh lah my abe belikan ubat ni :~

 Ini lah rupa ubat tu Pil Chi-Kit Teck Aun , beli kat 7-11 harga rm 1.70, dulu2 rasanya 60 sen je sepeket ( dulu dlm botol kecil )
Sekotak tu ada sebanyak ini.

Lepas telan ubat ni, elok je sendawa dan sakit perut serta cirit2 pun dah hilang , alhamdulillah dengan izin Allah . Akk ni masa jaman sekolah dulu selalu juga lah telan pil ni, tapi la ni memang tak pernah langsung, bila telan ubat ni sedap je rasa perut macam panas2 je.

Sunday, October 6, 2013

SELAMAT HARI LAHIR ADIK CAYANG

6.10.13 genaplah Puteri Syaza Amani yg ke 3 tahun. Terima kasih buat semua rakan2 sahabat handai  yg memberi ucap selamat buat adik Amani di FB, terima kasih sangat.

Kenang2an buat Amani: ~





Selamat hari lahir adik, semoga panjang umur, murah rezeki, di bveri kesihatan yg baik, dan sembuh sepenuhnya dari asma, menjadi anak yg soleh berjaya duania dan akhirat serta taan pada Allah serta menghormati kedua ibu bapa dan org tua. Sanyang adik banyakkkkkk33x

Saturday, October 5, 2013

HARI KONVOKESYEN 21.9.2013

Bertempat di Dewan 2020 Kangar berlangsungnya hari konvokesyen bagi pelajar2 UNIMAP, tahniah buat adikku Ezy, semua adik beradik n bonda pergi ke sana. Bonda n ayu & famili dari klate, Lina pg  n famili serta Alla n Hb dari Penang, En Daun dari Langkawi, akk n famili dari KL kami berkumpul di sini bagi memeriah dan memanaskan diri di tengah2 padang sanaaaaa, tak apalah buat adik bongsuku berkorban apa saje. Lama betul peram pic ni

Kenang2an di Dewan 2020


 Kami adik beradik dan bonda serta anak2
 Anak2ku bersama Ucu mereka
 Kelab colgate, tak pernah habis bersembang
TQ LINAPG telah sponserkan kek red valvet ni buat my abe besday , serta ayu n ezy

Thursday, October 3, 2013

MUFFIN BLUEBERRY

Assalamualikum dan selamat malam buat semua, fuhhhh berhabuk sudah dapur mayaku ini, sibuk la pulak sejak dua menjak ni. Ok lah cerita pasl muffin pulak . Pertama kali dlm hidup ini membuat muffin, beli ada lah sekali dua mcm tu je. OOOOOO mudah rupanya buat ni, lebih2 lagi guna tepung muffin segera. Untuk percubaan pertama ini akk guna tepung segera je.

Rupanya emmang sangat mudah buat muffin main kacau2 je siap. Sebenarnya dah lama beli tepung muffin ni, Keluar msuk peti ais je tepung tu, sudahnya bahan utk di masukkan dlm muffin tu tertanggal, adussss mcm mana ni, cuba google cari yg guna tepung segera tak jumpa pulak, sudahnya main agak2 je lah. Hasilnya sangat sedap, tapi agak manis sangat guna tepung segera. Taip juga lah resipi mana tau kut ada yg cari resipi ke atau untuk rujukkan diri sendiri di masa hadapan. Gamabr pun ada sekepng je yg elok, dh la amik 2 keping je.

MUFFIN BLUEBERRY
Olahan : embunrosaliza.blogspot.com


  • 500 gram tepung muffin segera
  • 2 biji telur AA
  • 1 Cawan air
  • 1/2 cawan minyak masak
Cara - Cara
  1. Kacau telur hingga sebati kemudian masukkan air dan minyak
  2. Masukkan tepung muffin, kacau rata
  3. Masukkan ke dlm acuan muffin 3/4
  4. Panaskan oven, bakar selama 20 minit atau hingga masak kekuningan 
Nasib baik elok cantik n sedap je,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...