Friday, January 10, 2014

KEK INDULGENCE COKLAT

Assalamualikum dan salam sejahtera buat semua, Pembuka tirai 2014.............fuhhhhhhh fuhhhhhhh fuhhhhhh berhabuk bersawang, bukan setakat lalang dh ni poko balak pun ada , dah mcm rupa hutan simpan kekal la pulak blig ni. Nak cari amani pun dh tak nampak ni penuh ngan semak samun.  Nampak gayany nak kena bersih betul2 ni. Punya la lama cuti berblog, mood M banyak sangat sekarang ni, harap2 tahun baru 2014 ni ada lah sikit mood R. Selamat tahun baru buat semua

Bercerita tentang kek ni yg tersangat istemewa. Terima kasih adikku Linapg atas tunjuk , ajar dan buat sekali heheh. Dapat lah kami merasa kek yg tersangat sedap ini, bersemperna hari jadi si Along yg ke 17 pada 27.12.2013 hari tu.. Resepi ini copy n paste dari blog Lina



RESEPI INDULGENCE CHOCOLATE CHEESE MOIST CAKE
By : LiNa Pg
Rujukan: Kak Zu (CCMC) , Evelyn Gemina
(Untuk step by step sila rujuk ke blog Evelyn Gemina, untuk rcp CCMC refer blog kakzu)
kongsi bersama : embunrosaliza.blogspot.com

LAPISAN KEK
KEK COKLAT MOIST/KEK SPAN - potong kepada 3 lapisan
Kek Coklat Moist resepi simpanan LiNa Pg boleh refer SINI
Kalau nk buat Kek Span boleh refer SINI
Boleh guna mana resepi kek span kesukaan masing2.Kat Blog rujukan di atas juga ada rcp kek span/chiffon

LAPISAN CHEESE
Bahan-Bahan

  • 250 gm creamcheese
  • 120 gm gula castor
  • 150 gm uht whipping cream (LiNa Pg guna non diary-itu jer yg ada)
  • 1  tbsp gelatin
  • air panas secukupnye (~60ml ) 

Cara-Cara:

  1. Biarkan cheese pade suhu bilik. Bile dah lembut putar cheese dan gula castor hingge kembang.
  2. Pukul whipping cream hingga kental.Ketepikan
  3. Taburkan gelatin ke dalam air panas.Biarkan kembang.Kacau hingga larut.Kalau tak larut, panaskan secara double boil.Sejukkan
  4. Masukkan gelatine ke dalam adunan cheese dan kacau sebati.Kaup balik dengan whipping cream hingga sebati.Ketepikan
CHOCOLATE MOUSSE
  • 300  gm whipping cream 
  • 1 tbsp gelatine ( cairkan dengan 60  ml air panas )
  • 50 gm serbuk koko + 100 gm gula icing ( satukan dengan air suam 1/2 cawan, jadikan pes )LiNa pg guna 1/2 cawan serbuk koko+1/2 cawan susu-double boil 
  • 1 tbsp nescaffe + 1 1/2 tbsp air panas ( pilihan ) (LiNa Pg xletak)
Cara-Cara:
  1. Putar whipping hingge softpeak.
  2. Satukan kesemua bahan dengan kaedah kaup balik.Ketepikan
CHOCOLATE GANACHE/TOPPING
  • 150ml whipping cream
  • 350g dark chocolate
  • 1 tbsp butter - cairkan
Cara2 membuat ganache:
1. Panaskan whipping cream secara double boiler hingga berbuih di tepi periuk.
2. Masukkan coklat & mentega, kacau hingga cair & tuang atas kek.


CARA MELAPIS KEK
  • Paling bawah => Lapisan pertama - KEK
                           Lapisan kedua    - Coklat Mousse
                           Lapisan ketiga    - KEK
                           Lapisan keempat - Cheese 
                           Lapisan kelima    - KEK
                           Lapisan keenam  - Coklat Mousse
  • Akhir sekali salut keseluruhan kek dengan lebihan coklat mousse
  • Sejukkan kek di dalam petisejuk beberapa jam (semalaman pun ok)
  • Tuang ganache ke seluruh kek.
  • Hias ikut creativity masing2

Terima kasih sekali lagui buat lina ya


Kek yang paling best akk makan setakat hari ni.

4 comments:

Kek spesel pembuka tirai 2014.
TMK tak buka tirai lagi hihiii..

Kebetulan time kat kL tu,besday along boleh la buat...
Dapat la suma merasa.
Sori la kek cecomot jer..maklumlah dah terlalu penat..aktiviti padat.Kalau bukan sebab dah berjanji mau saja cancel projek meng'kek' ni kan??
Tulisan punya besau...penuh atas kek, memang pesen keras tangannya kih2
seb baik anak2 buah kL suka heheee
 
liza..memang nampak sedap kek tu..macam kek SR..pandai dah liza buat
 
Slmt tahun baru kak... x kisah la pokok lalang ke pokok bakau... janji dab tebad ekk... welcome back
 
Liza, rajinnya buat kek:) oven kakpb dah lama sgt cuti. Ni tengah mikir nak buat apa.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...