Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, January 5, 2018

Masak Lemak Labu dan Pucuk Ubi

Selamat petang, lama sudah tekak teringin nk mkn sayur lemak labu campur daun2 kayu hijau. Keliling rumah jumpa la secekak pucuk ubi. Tgk pucuk manis semua tak ada pucuk mana pg pun x pasti.





Masak Lemak Labu dan Pucuk Ubi
Resipi : rosaliza

Bahan2
Sebelah labu sederhana kecil
Pucuk ubi di petik2 dan celur
1/2 Labu bawang besar*
7 tangkai cili padi*
Sekotak santan
Kunyit hidup*
Garam
Ikan bilis
Sedikit serbuk lada hitam
1 sudu secukup rasa
Air

Cara2.
Blend bahan bertanda*.
Kupas labu dan potong kecil. Masukkan ke dlm periuk bersama bahan blend dan secawan air, ikan bilis dan serbuk lada hitam. Masak hingga labu agak lembut.

Kemudian masukan pucuk ubi yg telah di celur lembut, santan dan air ikut kepekatan yg di ingini.

Perasakan secukup rasa. Siap....

Wednesday, January 3, 2018

Red Velvet Cake Sedap, mudah dan menjadi

Assalam dan selamat pagi. Lama sudah jatuh chenta dgn resipi kek red velvet resipi azie kitchen ni, senang jimat, sedap yg penting memang menjadi.

Dah berulang kali saya guna resipi ini utk buat kek besday anak2.

Bagi saya yg ank ramai sangat sesuai kek rvc ni kerana besar dan puas hati mkn.

Tq Azie kitchen. Resipi asal saya x pasti siapa yg empunya:
Kek besday along 27.12.17



Red Velvet Cupcake

Bahan bahan:
2 1/2 cawan all-purpose flour
1 sk garam
2 sb cocoa powder
1 1/3 cawan vegetable oil
1 cawan buttermilk - suhu bilik (atau 1sb jus lemon + 1 cawan susu)
2 sb red food colouring. Rosaliza guna 1sb
1 sk vanilla extract
2 biji telur gred A - suhu bilik
1 1/4 cawan gula kaster
1 sk white distilled vinegar
1 sk baking soda @ = soda bikabonat

Cara-cara:
Pukul minyak dan gula sehingga sebati dan masukkan telur, pukul lagi sehingga kembang dan ringan selama 2-3 minit.

Satukan dan ayak tepung gandum, serbuk koko dan garam.

Dalam mangkuk lain, satukan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila.

Menggunakan kelajuan sederhana, masukkan tepung berselang-seli dengan larutan buttermilk dimulai dan diakhiri dengan tepung (masukkan 1/2 tepung dulu, kemudian semua buttermilk dan seterusnya semua tepung yang masih berbaki). 

Dalam satu mangkuk kecil, campurkan cuka dengan baking soda. Campuran akan berbuih atau berbusa. Dengan segera tuang ke dalam adunan dan terus kaup balik.

Masukkan adunan ke dalam loyang bulat saiz 9 inci dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 1 jam atau sehingga kek masak. Sekiranya ingin membakar menggunakan 2 loyang yang sama besar, bahagi adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak dan bakar pada suhu 170C selama 20-30 minit. Kami hanya membakar selama 25 minit untuk 2 loyang.

Setelah masak, biarkan kek sejuk di dalam loyang selama 10 minit. Kemudian keluarkan kek dan sejukkan sepenuhnya di atas redai.

Akhir sekali, balut kek dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam atau sehingga semalaman untuk memudahkan proses menghias kek. (Kalau tak ikut langkah ni pun tak apa. Boleh saja terus menghias kek. Cuma langkah ni memang membantu).

Nota:
Cupcake dibakar selama 15 minit pada suhu 170'C.

# Guna sukatan Cawan Metrik
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...