Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan seketika

Wednesday, January 3, 2018

Red Velvet Cake Sedap, mudah dan menjadi

Assalam dan selamat pagi. Lama sudah jatuh chenta dgn resipi kek red velvet resipi azie kitchen ni, senang jimat, sedap yg penting memang menjadi.

Dah berulang kali saya guna resipi ini utk buat kek besday anak2.

Bagi saya yg ank ramai sangat sesuai kek rvc ni kerana besar dan puas hati mkn.

Tq Azie kitchen. Resipi asal saya x pasti siapa yg empunya:
Kek besday along 27.12.17



Red Velvet Cupcake

Bahan bahan:
2 1/2 cawan all-purpose flour
1 sk garam
2 sb cocoa powder
1 1/3 cawan vegetable oil
1 cawan buttermilk - suhu bilik (atau 1sb jus lemon + 1 cawan susu)
2 sb red food colouring. Rosaliza guna 1sb
1 sk vanilla extract
2 biji telur gred A - suhu bilik
1 1/4 cawan gula kaster
1 sk white distilled vinegar
1 sk baking soda @ = soda bikabonat

Cara-cara:
Pukul minyak dan gula sehingga sebati dan masukkan telur, pukul lagi sehingga kembang dan ringan selama 2-3 minit.

Satukan dan ayak tepung gandum, serbuk koko dan garam.

Dalam mangkuk lain, satukan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila.

Menggunakan kelajuan sederhana, masukkan tepung berselang-seli dengan larutan buttermilk dimulai dan diakhiri dengan tepung (masukkan 1/2 tepung dulu, kemudian semua buttermilk dan seterusnya semua tepung yang masih berbaki). 

Dalam satu mangkuk kecil, campurkan cuka dengan baking soda. Campuran akan berbuih atau berbusa. Dengan segera tuang ke dalam adunan dan terus kaup balik.

Masukkan adunan ke dalam loyang bulat saiz 9 inci dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 1 jam atau sehingga kek masak. Sekiranya ingin membakar menggunakan 2 loyang yang sama besar, bahagi adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak dan bakar pada suhu 170C selama 20-30 minit. Kami hanya membakar selama 25 minit untuk 2 loyang.

Setelah masak, biarkan kek sejuk di dalam loyang selama 10 minit. Kemudian keluarkan kek dan sejukkan sepenuhnya di atas redai.

Akhir sekali, balut kek dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam atau sehingga semalaman untuk memudahkan proses menghias kek. (Kalau tak ikut langkah ni pun tak apa. Boleh saja terus menghias kek. Cuma langkah ni memang membantu).

Nota:
Cupcake dibakar selama 15 minit pada suhu 170'C.

# Guna sukatan Cawan Metrik

5 comments:

Azam tahun baru ke ni hahaaa..tiba² ternampak blog Embun ada n3 baru
TMK belum bersiaran di tahun 2018.
Gambar banyak x sempat jer
 
Hahahah tetiba je rasa sayang dgn resipi ni, usaha juga nk abadi di blog kesayangan ni. Harap2 ada la sikit kerajinan boh resipi2 yg belum ada lagi. Tq adinda ku
 

تقدم شركة تاج 0551844053 افضل خدمات التنظيف للمنازل والبيوت وكذلك ايضا تنظيف السجاد والموكيت والمجالس وبيوت الشعر
بالدمام والخبر تنظيف فلل وشقق ومطاعم نقدم عمليات التنظيف الشاملة بمفهموها العصرى والحديث
شركة تنظيف بالدمام
شركة تنظيف منازل بالدمام

شركة الصفرات للتنظيف والنظافه العامه بالرياض
شركة تنظيف خزانات بالدمام
شركة تنظيف سجاد بالدمام


شركة تنظيف فلل بالدمام
شركة جلي بلاط ورخام وسيراميك بالدمام
شركة تنظيف شقق بالدمام
شركة تنظيف مجالس بالدمام
شركة طيوب لتسليك المجارى بالدمام

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...