Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, March 19, 2019

Red Velvet Kek RVC

Assalamualikum dan selamat petang buat semua.. suka buat resepi azie kitchen sbb keknya besar dan berat.. maklum la mama anak 7 anak2 suka mkn pula tu RVC..

Red Velvet Cupcake

Bahan bahan:
2 1/2 cawan all-purpose flour
1 sk garam
2 sb cocoa powder
1 1/3 cawan vegetable oil
1 cawan buttermilk - suhu bilik (atau 1sb jus lemon + 1 cawan susu)
2 sb red food colouring. Rosaliza guna 1sb
1 sk vanilla extract
2 biji telur gred A - suhu bilik
1 1/4 cawan gula kaster
1 sk white distilled vinegar
1 sk baking soda @ = soda bikabonat

Cara-cara:
Pukul minyak dan gula sehingga sebati dan masukkan telur, pukul lagi sehingga kembang dan ringan selama 2-3 minit.

Satukan dan ayak tepung gandum, serbuk koko dan garam.

Dalam mangkuk lain, satukan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila.

Menggunakan kelajuan sederhana, masukkan tepung berselang-seli dengan larutan buttermilk dimulai dan diakhiri dengan tepung (masukkan 1/2 tepung dulu, kemudian semua buttermilk dan seterusnya semua tepung yang masih berbaki). 

Dalam satu mangkuk kecil, campurkan cuka dengan baking soda. Campuran akan berbuih atau berbusa. Dengan segera tuang ke dalam adunan dan terus kaup balik.

Masukkan adunan ke dalam loyang bulat saiz 9 inci dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 1 jam atau sehingga kek masak. Sekiranya ingin membakar menggunakan 2 loyang yang sama besar, bahagi adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak dan bakar pada suhu 170C selama 20-30 minit. Kami hanya membakar selama 25 minit untuk 2 loyang.

Setelah masak, biarkan kek sejuk di dalam loyang selama 10 minit. Kemudian keluarkan kek dan sejukkan sepenuhnya di atas redai.

Akhir sekali, balut kek dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam atau sehingga semalaman untuk memudahkan proses menghias kek. (Kalau tak ikut langkah ni pun tak apa. Boleh saja terus menghias kek. Cuma langkah ni memang membantu).

Nota:
Cupcake dibakar selama 15 minit pada suhu 170'C.

# Guna sukatan Cawan Metrik

Wednesday, March 13, 2019

KERUTUK DAGING KELANTAN





Assalamualaikum buat semua.. akhir2 ini suka sangat msk kerutuk.. hari tu dh buat ayam.. kali ni kita masak daging pula...ala2 kenduri kat kampung. Suka pula msk lauk kerutuk ni rasa mcm kenduri kat kg pula

Kerutuk Daging Batang Pinang
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 kg daging batang pinang (potong tebal 1 atau 2")
3 sb rempah kerutuk
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
Kayu manis, bunga lawang, pelaga
1 kotak santan - bancuh dengan air secukupnya.
3 sb kerisik
Garam
Gula
Gula Melaka
1 keping asam keping
Tomato ketchup - boleh menyedapkan lagi
# rosaliza tambah serai yg di titik

Cara cara:
Separuh dari bawang dan halia dikisar dan dicampur dengan rempah kerutuk. Separuh lagi dihiris.

Tumis bawang dan halia yang dihiris serta rempah penumis sehingga wangi dan masukkan rempah kerutuk. Masak dengan api perlahan sehingga keluar minyak. 

Masukkan daging dan sedikit air dan dikacau rata. Masak lagi sehingga air kering dan keluar minyak serta daging empuk.



Masukkan santan dan masak sehingga mendidih dengan api perlahan. Masukkan kerisik, garam, gula, gula Melaka dan asam keping. Masukkan juga pes tomato, jika ada. Kalau tak letak pun OK tapi ianya petua pakar masakan di Perupok.

Wednesday, March 6, 2019

Kek Batik Sedap

Hari ini 6.3.19.. hari jadi anaknda.. permintaannya kek batik senang dan cepat di msk.. antara byk2 kek batik.. rasanya resipi ni paling sempoi nk buat..







KEK BATIK COKLAT BEST
C n P : Hasue
resipi : Myresipi @milla
Kongsi bersama ; embunrosaliza

Bahan-bahan ( 1 kg )

* 200gm millo
* 250gm butter
* 3 sudu makan serbuk koko
* 1 tin kecil susu pekat manis
* biskut meri secukupnya

Cara-cara
  1. Sediakan Loyang yg dialas plastik bersih(tujuannya supaya kek tidak melekat dan senang diangkat dr loyang tanpa mencacatkannya)
  2. Cairkan butter dalam kuali atas api yang kecil sekali...
  3. Setelah cair masukkan susu,milo sedikit demi sedikit gaul sehingga milonya hancur
  4. Seterusnya masukkan serbuk koko.... gaul tanpa henti sehingga halus dan xberketul lg....
  5. Setelah pekat,boleh lah mula menyusun biskut marie di dalam loyang sehingga menutupi permukaan dasar dan ceduk adunan coklat kemudian ratakan l
  6. Susun lagi biskut marie dan lapiskan dengan adunan coklat.
  7. Ulangi langkah 4 dan 5 sehingga adunan habis
  8. Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk semalaman.... potong dan siap untuk dihidangkan...

Pulut Pagi

Assalamualikum buat semua pengujung blok EmbunRosaliza.. blogger suam2 kuku kdg2 terus sejuk ketar bukan setakat suam2.
Hari tu ada meeting bawa pulut pagi walaupun mkn waktu malam hehe.. sedap sepanjang zaman pulut pagi ni..
Tp kalau anak2 lagi suka pulut inti mama dia org hehe.. tp asalkan msk pulut2 semua suka ank2.. nurun mama dia org juga


Resipi Pulut Pagi EmbunRosaliza
http://embunrosaliza.blogspot.my

4 keping nisan*
11/2 cawan air*
3 helai daun pandan*
Masak bahan bertanda * hingga nisan cair.
1 kg pulut di rendam semlman atau paling kurang 3 jam.
Kelapa parut dan garam
( utk tahan lama kukus sekejap kelapa parut + garam )

Cara2
1. Kukus pulut hingga jernih lebih kurang 20 ke 30 minit
2. Apabila dh jernih dan berwap.. angkat pulut letak dalam besen kemudian ambil nisan yg telah cair dan tapis kedlm pulut tadi.
3. Kacau rata nisan cair td hingga mesra dan sebati dgn pulut.
4. Masukkan pulut ke dlm kukus dan kukus lagi selama 20 minit.
5. Siap.. boleh la di mkn bersama kelapa parut.

Nota kaki.. kalau ada byk daun pandan.. alaskan kukus dgn daun pandan lagi wangi bau pulut pagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...