Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, March 6, 2019

Pulut Pagi

Assalamualikum buat semua pengujung blok EmbunRosaliza.. blogger suam2 kuku kdg2 terus sejuk ketar bukan setakat suam2.
Hari tu ada meeting bawa pulut pagi walaupun mkn waktu malam hehe.. sedap sepanjang zaman pulut pagi ni..
Tp kalau anak2 lagi suka pulut inti mama dia org hehe.. tp asalkan msk pulut2 semua suka ank2.. nurun mama dia org juga


Resipi Pulut Pagi EmbunRosaliza
http://embunrosaliza.blogspot.my

4 keping nisan*
11/2 cawan air*
3 helai daun pandan*
Masak bahan bertanda * hingga nisan cair.
1 kg pulut di rendam semlman atau paling kurang 3 jam.
Kelapa parut dan garam
( utk tahan lama kukus sekejap kelapa parut + garam )

Cara2
1. Kukus pulut hingga jernih lebih kurang 20 ke 30 minit
2. Apabila dh jernih dan berwap.. angkat pulut letak dalam besen kemudian ambil nisan yg telah cair dan tapis kedlm pulut tadi.
3. Kacau rata nisan cair td hingga mesra dan sebati dgn pulut.
4. Masukkan pulut ke dlm kukus dan kukus lagi selama 20 minit.
5. Siap.. boleh la di mkn bersama kelapa parut.

Nota kaki.. kalau ada byk daun pandan.. alaskan kukus dgn daun pandan lagi wangi bau pulut pagi.

4 comments:

Wah meriahnya meeting! Dahlah pulut pagi sedap, ada sate lagi tu...hehehhehe!
 
Tak pernah cuba lagi masakan ini. First time tengok..

Nampak macam sedap.. Boleh tak gula nisan gantikan dengan gula merah?
 
Gula merah kena tapi elok2 dulu takut ada benda asing.. guna gula melaka pun ok Eyma
 
Amie kami kalau meeting meriah dgn mknn je.. meeting x seberapa hahah
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...