Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, September 15, 2019

Pau Kukus Gebu

Assalamualikum dan selamat pagi 15.9.2019. Lama betul x mengepau ni.. tetiba angin rajin pula.. ke dapur mcm byk rasanya yis tersimpan dlm peti ais...cari punya cari ada separuh paket je yis jenama Saf.. gandum pun ada sikit je..

Untuk tidak menjadi haru biru doh lembek ke apa.
 Kita guna air sedikit sahaja sbb telur pun gred AA.. alhamdulillah menjadi dgn jayanya dpt 15 biji pau 14 saiz biasa dan sebiji buat bentuk suka suki kesnya nk letak inti kacang byk2 dlm tu.. yg pelik tu mesti mama yg punya hehhe

 Ini spesial untuk mama isi inti byk3
 Faktor flash jadi kaler kekuningan
 Sebenarnya kaler mcm ni.. x cukup cahaya matahari guna flash jadi kuni
Yg penting sedap

Pau Gebu
Cnp : yatiememories
Kongsi bersama : rosaliza aka syazaliza
Bahan-Bahan
  • 1 kg tepung gandum*
  • 1 sudu teh baking powder*(bahan bertanda * diayak bersama)
BAHAN DILARUT BERSAMA
  • 1 sudu teh garam
  • 1/2 cwn minyak masak
  • 2 1/4 cwn air
  • 11 gm yis
  • 1 sudu  makan gula
  • 2 sudu makan susu pekat manis
  • 1 biji telur
**Inti pilihan anda

Cara2nya

  1. Dalam mangkuk besar, ayakkan bersama tepung dan b.powder.
  2. Kacau bhn diatas hingga gula larut.
  3. Tuangkan sikit2 ke dlm tpng hingga menjadi doh tak melekat ditangan. Biarkan 5 minit.
  4. Ambil sedikit doh, leperkan & masukan inti pilihan, kemaskan dan alaskan dngn plastik/kertas minyak yg di potong kecil. Susun dlm loyang dan jarak2kan sedikit.
  5. Biar hingga doh naik 1 kali gnda (jngn terlalu naik, dah penuh 2 loyang pengukus saya mula mengukus)
    Kukus 7-10 minit (saya kukus 7 minit shj) balut tudung pengukus
  6. Buka tudung pengukus dan angkat kuih pau. Sejukkan di redai kek dan bolehlah di makan.
***Pastikan air betul2 mendidih bila hendak mengukus kuih pau. Balut penutup kukus dngn kain supaya air tak menitis di permukaan kuih

4 comments:

sedapnay....
 
MP masih buka blog ke sekarang.. hehhe akk lama jarang2 buat n3 dr berkubur terus blog sayang juga
 
Seronoknya kalau pau menjadi dengan gebunya! Sedap betul makan panas-panas ni Rosa....!
 
Thanks again for the blog.Much thanks again. Really Great. Search Twitter to find the latest news and world events faster. Find popular accounts to follow, like and shareTwitter search.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...