Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan yang tiada muncul2

Wednesday, October 30, 2019

Ayam Kam Heong Simple

Ayam Kam Heong.. kam heong bermaksud 'berbau wangi '.. kali pertama buat ayam kam heong x snap gambar pun.. ank2 cakap sedap sangat mama masak hahhaha..

Kali ni buat lagi cepat2 snap pic.. resepi simple dan ank2 pula suka.. mama lagi la suka. Memasak pun x byk bahan, memang simple tetapi sangat sedap.. ada rasa ala2 shellout.

Terima kasih tuan punya resepi, hasil dari google.

 Sempat masuk mangkuk.

Snap dr kuali buruk dr x ada gambar baik ku snap awal2
Ayam Kam Heong Simple
Di cuba : syaza Liza @ rosaliza

Bahan-bahan :

  • Ayam ½ ekor,
  • 2 biji bawang besar/hollad potong dadu,
  • 3 ulas bawang putih ketuk,
  • 3 tangkai daun kari,
  • 10 tangkai cili padi merah/hijau belah dua,
  • 2 sudu makan rempah kari ayam bancuhkan,
  • 2-3 sudu makan sos tiram,
  • 2-3 sudu makan sos cili,
  • 2-3 sudu makan kicap manis,
  • Garam dan gula secukup rasa.

Cara-cara :


  1. Mula-mula goreng ayam, ketepikan.
  2. Lalu tumis bawang besar, bawang putih, daun kari dan cili padi hingga naik bau dan kekuningan.
  3. Masukkan rempah kari dan masak hingga pecah minyak.
  4. Kemudian masukkan sos cili, sos tiram dan kicap.
  5. Perasakan dan masukkan ayam. Gaul sebati.
  6. Siap.
Komen anak2 sedap sangat ayam ni.. tp tetap di panggil ayam kicap juga

Keropok Lekor dan Sos Pencicah

Assalamualikum dan salam sejahtera. Memandangkan kami baru saje blk dr famili day di Ganu Kite, x sah kan kalau x.beli kopok. Masa kat sana hari2 mkn kopok lekor.

Blk x bli byk pun kopok lekor, byk kdai dh tutup masa kami otw blk. Kopok keping byk juga la utk di bagikan pd kwn2 rapat.

Memandangkan sos x ada.. mula la mengoogle cari resipi.. tgk ada kat my rasa resipi sos.. buat pun sekejap je rasa sama yg mkn kat ganu.

Kopok lekor ada lagi baki satu bungkus sos dah habis ank2 mkn.
 Saya buat Sos sahaja, keropok lekor tu yg di beli ya
Sos yg siap di tapis nampak comel je tanpa.cili2 dan biji cili

Resipi keropok Lekor dan Sos pencicah
Resepi : my rasa.com
Di cuba : syazaliza@rosaliza

Bahan – bahan:

Keropok Lekor:
  • 1kg ikan selayang yang segar
  • 300 gram tepung sagu
  • 150 ml air sejuk dari peti
  • 2 sudu kecil garam
Sos:
1 cawan gula merah
  • 3 sudu makan lada kisar
  • Air asam jawa, garam dan belacan secukup rasa
  • 2 gelas air
  • Rosaliza tambah sedikit tepung jagung

Cara – cara penyediaan:

Keropok Lekor:
  1. Asingkan isi ikan dari tulangnya.
  2. Kisar isi ikan dan garam bersama air.
  3. Uli bahan kisar bersama tepung sagu.
  4. Bentukkan doh memanjang dan taburkan tepung sagu supaya tidak melekat.
  5. Rebus keropok lekor sehingga terapung.
Sos:
  1. Masukkan 2 gelas air kemudian tambahkan gula, lada, garam, belacan dan air asam jawa.
  2. Biarkan sehingga mendidih dan pekat. Angkat dan hidangkan bersama keropok lekor.
Nak makan kena tapis dulu.. ini snap dlm periuk, baru nampak real buat hehhe

Wednesday, October 23, 2019

Santai Ride Bukit Larut @ Bukit Maxwell

Assalam dan salam sejahtera.. hari ini x ada menu masak2 kita bercerita pasal kisah kami team ride ke Bukit Larut.

Selesai sarapan pagi kat Hotel Sri Malaysia, kami bergerak ke Bukit Larut yg x sampai pun 2km dr hotel.

Sampai kat Bukit Larut dlm pukul 8.20 terus berkejaran ke kaunter tiket.. tp sayangnya tiket dh habis utk hari tersebut.

Rupa2nya org lain seawal 6.30am dh beratur utk membeli tiket naik ke puncak bukit. Tiket di sini tidak boleh di booking, tetapi hanya dgn beratur sahaja baru dpt tiket. Tiket pula Hanya utk 100 org sahaja sehari.

Mengikut jadual naik ke atas pukul 8.30 kemudian turun pada jam 11am. Mengikut sumber kekurangan kenderaan naik ke atas menjadikan faktor hanya utk 100 org sahaja dpt naik.

Kalau mempunyai stamina yg kuat dan sangup hiking boleh je naik ke atas, tetapi ambil masa selama 3 jam utk ke atas. Team Ride kami tidak mahu mengambil risiko. Hanya jln2 sekitar kaki bukit sahaja.









Seronok tgk keindahan alam semula jadi

Santai Ride

Friday, October 18, 2019

KEK MINYAK

Kek yg sentiasa buat tp sayang resipi tak tersimpan kat Blog tersayang.. nampaknya kena buat kek utk snap pic dan abadi resipi kat sini.

Gigih pagi ni siapkan kek minyak, boleh la buat mkn anak2 dua hari mama dan abah bermusafir.. semoga Allah permudahakn urusan kami dan sentiasa dlm lindungan Allah.

Save awal2 lgi resipi siap kek snap je gambar baru la cepat jadi N3

Saya ni dah terbiasa selalu copy dan paste dr blog kesayangan adinda saya Linapg
 Sebelum di bakar, setiap warna mewaki perisa
Taraaaa siap di bakar 40 minit.. panas lagi ni, belum di potong lg

RESEPI KEK MINYAK
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Sumber MyR
Bahan-bahan ( 8x8inci / 9in)
  • 5 biji telur
  • 3/4 cawan gula halus (LiNa Pg gn 1/2 cawan gula kastor)
  • 2 cawan tepung gandum 
  • 1 sk baking powder
  • 1 cawan susu pekat (LiNa Pg gn 3/4cawan)
  • 1 sudu besar ovallate
  • 1 cawan minyak masak
  • perasa nenas / pisang / ape2 ikut suka/pewarna
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara-cara
  1. Panaskan oven suhu 170'C
  2. Ayak tepung gandum bersama baking powder.Ketepikan
  3. Lenser loyang kek dgn mentega.Alaskan dengan baking paper.
  4. Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang.
  5. Masukkan susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi sekejap.
  6. Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.
  7. Akhir sekali masukkan gandum. Gaul rata. Selepas itu, bahagikan adunan kepada 3 warna.
  8. Tuangkan ke dalam loyang, marble ikut kreativiti
  9. Bakar hingga masak.Suhu bergantung kepada oven masing2 (LiNa Pg bakar suhu 165'C selama 50min api atas dan bawah)
  10. Biarkan kek sejuk barulah dipotong dan hidangkan.

Sebiji kek dgn pelbagai perisa.. suka pula ank2 ku di buat mcm2 perisa mcm ni

Wednesday, October 16, 2019

KETUPAT PALAS KELANTAN

Assalamualikum buat semua.. terlebih rajin pula sejak blk dr kampung.

Pada 11.10.19 bersamaan hari jumaat. Dapat panggilan dr kampung mengatakan sepupu meninggal secara mengejut. Kami satu keluarga blk, tapi x sempat pun jumpa dgn arwah sepupu. Damailah di sana Arwah Abe Ngah Jamal.

Berkisahkan pada ketupat palas, hari tu sempat juga la jenguk ke kampung tempat rumah lama kami adk beradik sebelum berhijrah ke Felda.

Maklum la hanya tinggal tanah je, rumah pun dh x ada.. jadi belukar dgn pokok paku pakis, tp pokok  buah2an asal tetap ada walaupun pokok dh tua dan tak terjaga, rambutan buah setar tetap setia berbuah walaupun x pernah ambil.. pokok palas pun byk tumbuh merata.

Saya ambil daun palas, bila byk rasa sayang pula sia2kan daun yg susah dapat ni. Maka terpaksa rajinkan diri bungkus ketupat palas. Anak2 pun suka pula makan ketupat inti serunding daging.

KETUPAT PALAS KELANTAN
Resipi : Rosaliza @ syazaliza

BAHAN2
1. 1kg Beras Pulut ( rendam 2 ke 3 jam )
2. 1/2 kg Santan
3. 11/2 cawan Gula
4. 1 sudu besar garam kasar
5. Daun palas secukupnya
6. Daun pandan
7. Serunding Daging

CARA2
1. Didihkan air, Kukus pulut bersama daun pandan hingga naik wap, lebih kurang 20 minit.
2. Panaskan santan bersama gula dan garam sehingga gula hancur dan tutup api, x perlu sampai mendidih.
3. Apa bila pulut masak, alihkan ke bekas atau besan yg agak besar.
4. Kemudian masukkan santan yg dipanaskan tadi.. proses ini kami panggil ARUNG... kacau sebati santan dan pulut... biar bergaul mesra.
5. Biarkan pulut sejuk betul2, lebih kurang 2jam.
6. Bila sejuk boleh la di bungkus dgn daun palas sehingga habis. Masukkan pulut kemudian masukkan sedikit serunding kemudian tutup blk dgn pulut.. bungkus kemas2.
7. Siap semuanya potong lebihan daun2.. dan di guna utk lapik bawah periuk.
8. Rebus ketupat dgn periuk yg tertutup. Air separuh periuk.
9. Rebus dlm 30 minit, kemudian keluarkan air dr periuk dan rebus sehingga air betul2 kering utk tahan lebih lama.
10. Siap boleh la di makan panas2 atau sejuk.

 Selepas di rebus
 Inti serunding
 Pokok palas dalam semak samun
 Daun palas, kena buka terlebih dahulu
 Amatur balut ketupat 1kg pun hampir 2 jam siap huhuhu.. mkn sekejap je
 Sebelum potong daun2 tu
Dah siap potong nampak kemas sikit

Wednesday, October 9, 2019

Bubur Asyura Kelantan / Syuro kelate

Assalamualikum , hujan di KL dr tengah hari lagi, sejuk bumi KL.
Pada 6.10.2019 kami kejiranan di sini gotong royong membuat bubur asyura utara dan kelantan. Tp saya nk kongsi resipi yg kelantan. Syuro kelantan bagi kami sangat2 bermakna dpt mkn tu betapa terasa nikmatnya.
Kami buat secara gotong royong atas tajaan KRT dan Penduduk PPKLA.

Alhamdulillah semuanya berjalan dgn lancar. Pukul 8 pagi dh mula jerang air dlm kawah, pukul 9am  air mendidih masukkan beras. Lebih kurang pukul 6.30pm siap yg kelantan dan di agih2kan dlm bekas. Azan magrib kami dah bersurai.

Asyura kelantan mengambil masa yg lama utk siap. Jika asyura lembik nnt cepat basi, kena tunggu asyura ' GOLLEK ' tak lekat di kawah baru betul2 masak atau ' Sering '.
 Sebahagian dr kami Jiran Wanita




Jommm semak resipi


Bubur suro / Asyura Kelantan
Reseppi : sumber wasap grup
Kongsi dan edit serta di cuba oleh : rosaliza @ syazaliza

5 kilo beras
2 kilo kacang hijau / sangai dan rebus
2 kilo kacang merah / 10 tin kacang merah tin )
3-4 kilo keledek
4 paket jagung / 10 tin jagung cream
3-4 biji labu kuning / X letak
1 kilo rempah suro(klu xsuka rasa rempah sgt bleh kurangkn 200g) # memang terbaik, JGN habiskan 1kg rempah.
5 kilo gula
3 kilo nisan kerek / 2 bungkus nisan
1kilo kerisik / 1kg kelapa goreng
Garam / 1 cawan arcopal
5 kilo santan pekat
5 kilo daging(bnyk lgi sedap)rebus masuk garam.. Tumbuk n carik2 isi

Mayang n goreng n kisar
5 kilo bawang merah kecik
3 labu bwg putih
2 ketul lengkuas
2 ketul halia
30 btg serai

Sangai.. Kisar kering
1gelas ketumbar biji / 2 cwn arcopal
1/2 gelas jintan manis / 1 cwn arcopal
1/2 gelas lada hitam / 1 cawan arcopal

1.Rebus beras
2.masuk semua jenis kcg
3.bhan2 lain ubi labu jagung daging
4.bhn2 lain tu agak2 lh ye
Rempah las..

Dlm 5 jam dh masak sb kita guna gas lain dgn cara dulu2 pakai kayu.. Mbik masa lama
#saya halalkn bgi yg sudi

NOTA KAKI :
TERIMA KASIH BANYAK PADA TUAN PUNYA RESEPI, SAYA DAPAT DR GRUP WASAP DR TAHUN LEPAS, MEMANG MENJADI DENGAN JAYA NYA RESEPI INI. TAHUN 2018 KAMI GUNA RESEPI NI JUGA. TAHUN 2019 KAMI MASIH SETIA GUNA RESEPI NI, ALHAMDULILLAH MENJADI DGN JAYANYA. SEMOGA DI LUASKAN REZEKI EMPUNYA RESEPI. CUMA ADA SEDIKIT OLAHAN PADA RESIPI.  SEMUASUKATAN MEMANG BETUL DAN TEPAT.

 Bawang merah di goreng garing

 Tumis rempah asyura dan bahan2 yg di goreng





Taraaaa dh siap.. lebih kurang  9 jam kacau

Tuesday, October 8, 2019

CHA BANG ANG / AROIKAH THAI DESSERT


Assalamualikum dan selamat petang buat semua..
Hujan2 ni layan dessert Thai ni memang mables, sedap dan nikmat x terkata, kalau panas terik rasanya boleh habiskan semua. Sedap lemak manis dan berkrim.. minum pun rasa kenyang, sebab guna susu.

Tq buat adindaku Linapg atas olahan resipi yg simple.

Kebetulan ada beli cincau manis td 2 tiub, bahan2 lain semua dh ada.. terus buat dan licin dh, simpan segelas utk org yg kerja.

Jomm buat Cha Bang Ang sempoi je. Kalau beli rm15 dpt la 2 org minum, kami puas mijum 7 org







CHA BANG ANG | AROIKAH THAI DESSERT
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Kongsi bersama : rosaliza@syazaliza
Bahan A (Air Gula)
  • 1 cawan gula perang (100g brown sugar)
  • 1 cawan air (230ml water)
Cara
  1. Satukan air dan gula perang.Didihkan hingga gula larut.
  2. Tapiskan dan ketepikan sebentar
Bahan B
  • 3 sb biji selasih (20g basil seed)
  • Air panas secukupnya (hot water)
Cara-Cara
  1. Masukkan biji selasih ke dalam mangkuk besar dan tuangkan air panas secukupnya.
  2. Biarkan biji selasih kembang.Tapiskan.
Bahan C
  • 3 sb susu pekat manis (55g condensed milk)
  • 2 cawan susu penuh cream (460ml full cream milk)
  • 1 cawan susu cair (230ml evaporated milk)
  • 2 tiub cincau manis (potong kiub)
  • 1 sk esen vanila
  • secubit garam
  •  Ais secukupnya

Cara-Cara
  1. Masukkan larutan air gula (Bahan A) ke dalam mangkuk yang besar.
  2. Kemudian masukkan esen vanila, garam dan susu pekat manis.Kacau hingga susu larut.
  3. Masukkan susu penuh cream ,susu cair, cincau manis, biji selasih yang telah kembang (Bahan B) dan ais kiub.Biarkan sejuk seketika kemudian hidangkan.

Friday, October 4, 2019

Pulut SeriMuka Durian

Selamat pagi.. musim durian telah pun berlalu pergi. Tahun 2019 alhamdulillah durian menjadi dgn jayanya. Bila buah byk harga pun murah sikit dr tahun2 sebelum ni, sampai rm18 sekilo durian kg.. tahun ni boleh dpt rm5 sekilo. Puas hati mkn, dan tempoyak pun byk dpt. Rezeki tahun ini, swmu buah2an menjadi.

Memandangkan durian sentiasa ada, maka dpt la buat kuih serimuka durian.






Pulut Seri Muka Durian
Cnp : Yatiememories
Kongsi bersama : embunrosaliza @ syaza liza

Bahan Lapisan Bawah (loyang 10 inci)
  • 2 cawan pulut
  • 2 cawan santan cair
  • 1 sudu kecil minyak
  • sedikit garam
Cara-Caranya
  1. Cuci pulut dan rendamkan dlm 4 jam.
  2. Masukkan pulut ke dlm loyang yg telah di alas plastik dan tuangkan santan cair yg bercampur sedikit garam. Tambahkan sedikit minyak dan kukus selama 30 minit.
  3. ** Sementara menunggu bahagian bawah/pulut masak, kita bolehlah menyediakan bahan2 utk lapisan atas.
  4. Setelah masak, angkat dan tekan2kan sehingga padat.
  5. Masukkan ke dlm kukusan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.
Bahan Lapisan Atas
  • 3 cawan santan
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 biji telur
  • 1 cawan isi durian
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung tepung kastard
  • 1/4 cawan tepung beras
  • 1 s/k garam
Cara-Caranya
  1. Satukan santan, gula, telur dan isi durian ke dalam blender dan kisarkan.
  2. Masukkan tepung gandum, tepung kastard dan garam.... kisar lagi.(kalau blender tak muat, blend separuh2..)
  3. Masukkan ke dlm periuk dan kacau sehingga sebati. Tambahkan sedikit pewarna kuning.
  4. Masak sebentar bahan lapisan atas sehingga naik wap dlm 10 minit dan sentiasalah di kacau guna whisk sehingga adunan menjadi seakan2 susu pekat.
  5. Tuangkan adunan keatas pulut dan kukus lagi selama 20 minit dengan api sederhana.
  6. Bila kuih sudah masak, angkat dan sejukkan. Bila dah sejuk, barulah dipotong dngn menggunakan pisau plastik dan hidangkan.
**Guna 2 biji kelapa, asingkan santan pekat dan santan cair. Kalau guna santan kotak 200ml setiap satu, gunakan 2 kotak. 100ml santan pekat dan selebihnya air utk kuantiti santan cair. 300ml santan pekat dan selebihnya air utk adunan santan pekat. Selamat mencuba.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...