Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, November 30, 2019

Hatyai flaoting Market dan Asena Market Part 1

29.11.2019.. kami ber7.
 Tut tut ke floating market. 30 thai Bht. Utk satu tut2 300bhat dr hotel kami
 Ber7 trip ni
 Mkn2 di Floating Market
 Posing jgn x posing

 Kuih kelapa sedap lemak berkrim. Takoyaki pun hado.
 Wajib mkn setiap kali ke Hatyai kali ini 40 bht di pasar mlm depan Plaza




Selesai utk hari pertama


Wednesday, November 27, 2019

Gunung Stong aka Air Terjun Jelawang

WW
















Monday, November 25, 2019

Bingka Gula Merah @ Bengkang Gula Merah

Assalamualikum dan salam sejahtera  buat semua, hasil expiriment di pagi isnin, minggy pertama cuti sekolah. Hasil olahan dari resipi Akok Bonda tp kena byk lagi tambahan bahan2. Hasilnya sangat puas hati dgn rasa yg cun2 





BINGKA GULA MELAKA @ GULA MERAH

Olahan : rosaliza aka syaza liza

Bahan2
1. 2  biji telur AA
2. 2 Cawan Santan ( 1 kotak santan + 1 cwn air )
3. 1 Cwn Gula Merah 
4. 1/2 Cwn Susu pekat Manis
5. 2 Cwn tepung Gandum
6. 3 helai daun pandan
7. 2 cwn air
8. 1/4 Cwn gula
9. Secubit Garam
10. 2 sudu Besar Magerin

Cara2
1. Masak gula merah, gula bersama daun pandan dan 1 cawan air. Bila sudah mendidih tutup api dan masukkan 1 cwn air dlm periuk air gula td ( tujuan utk cepat sejuk air gula )
2. Masukkn tepung gandum, telur, susu, garam, majerin, dan air gula yg di tapis serta santan. Blender hingga halus
3. Bakar api atas dan bawah selama 1jam 20 minit  suhu 150 darjah.
4. Sejukkan terlebih dahulu dlm 2 jam, baru lah di potong 
4. Selamat mencuba




Thursday, November 21, 2019

Jamuan Akhir tahun Adik Puteri 2019

Simpan buat kenangan untuk tatapan adik. Kisah 18.11.2019. Pot luck, ibubapa terbaik .. lbih dr 20 jenis mknn. Tp byk gambar dh delete.














Sunday, November 17, 2019

Red Velvet Kek

Assalamualikum dan selamat mlm . Alhamdulillah rezeki hari ni, buat kek tempahan dapat juga merasa. Terima kasih.



Red Velvet Cupcake

Bahan bahan:
2 1/2 cawan all-purpose flour - tepung naik sendiri Mfm atau blue key
1 sk garam
2 sb cocoa powder - serbuk koko
1 1/3 cawan vegetable oil - myk masak
1 cawan buttermilk - suhu bilik (atau 1sb jus lemon + 1 cawan susu)
2 sb red food colouring - Rosaliza guna 1sb
1 sk vanilla extract
2 biji telur gred A - suhu bilik
1 1/4 cawan gula kaster
1 sk white distilled vinegar - cuka makan
1 sk baking soda @ = soda bikabonat

Cara-cara:
Pukul minyak dan gula sehingga sebati dan masukkan telur, pukul lagi sehingga kembang dan ringan selama 2-3 minit.

Satukan dan ayak tepung gandum, serbuk koko dan garam.

Dalam mangkuk lain, satukan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila.

Menggunakan kelajuan sederhana, masukkan tepung berselang-seli dengan larutan buttermilk dimulai dan diakhiri dengan tepung (masukkan 1/2 tepung dulu, kemudian semua buttermilk dan seterusnya semua tepung yang masih berbaki). 

Dalam satu mangkuk kecil, campurkan cuka dengan baking soda. Campuran akan berbuih atau berbusa. Dengan segera tuang ke dalam adunan dan terus kaup balik.

Masukkan adunan ke dalam loyang bulat saiz 9 inci dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 1 jam atau sehingga kek masak. Sekiranya ingin membakar menggunakan 2 loyang yang sama besar, bahagi adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak dan bakar pada suhu 170C selama 20-30 minit. Kami hanya membakar selama 25 minit untuk 2 loyang.

Setelah masak, biarkan kek sejuk di dalam loyang selama 10 minit. Kemudian keluarkan kek dan sejukkan sepenuhnya di atas redai.

Akhir sekali, balut kek dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam atau sehingga semalaman untuk memudahkan proses menghias kek. (Kalau tak ikut langkah ni pun tak apa. Boleh saja terus menghias kek. Cuma langkah ni memang membantu).

Nota:
Cupcake dibakar selama 15 minit pada suhu 170'C.

# Guna sukatan Cawan Metrik


Resipi Cream Cheese Sedap
1. Cream Cheese
2. Butter
3. Lemon
4. Gula
5. Susu Pekat Manis

Mix semua hingga gebu.

Selamat mencuba

Wednesday, November 13, 2019

KARI IKAN SIAKAP

Assalamualikum dan selamat pagi buat semua yg sudi mengunjungi blog embunkasehrosaliza aka syaza liza.

Dah lama teringin nk masak kari ikan, masa ke Ganu hari tu ada nampak ikan Yu  hajat hati nk la beli sekor utk di bawa blk Kl, x ada rezeki nak merasa dan memasak kari ikan Yu, maka utk lepaskan kempunan kita masak la ikan siakap . Kari ikan memang jarang sangat masak kat rumah ni, tidak sekerap ayam gulai, ayam kari ayam kerutuk.

Satu2 nya gambar snap dr dlm periuk, dh tau dah bila masuk pingan lupa terus nk posing. Drpada x ada baik snap je

Resepi : Ikan Siakap Masak Kari


Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap  (800 gram) - bersihkan dan potong 4
2 cawan santan pekat
1 cawan air
5 sudu makan serbuk kari ikan - Amie tambah lagi 1 sudu serbuk kari daging
2 biji tomato - belah 2
2 biji cili hijau - belah 2
2 pelepah daun kari - lurutkan daunnya
1 sudu makan pati asam jawa
garam / gula / perasa pilihan secukupnya
minyak

Bahan kisar:
10 biji cili kering 
5 ulas bawang putih
7 biji bawang merah

Cara:
1. Panaskan minyak secukupnya untuk menumis bahan kisar. Tumis hingga pecah minyak.
2. Perlahankan api dan masukkan serbuk kari ikan serta serbuk kari daging dan daun kari.
3. Gaul rata dan tambahkan 1 cawan air serta pati asam jawa. Biarkan mendidih.
4. Masukkan santan pekat dan apabila kuah mula mendidih sekali lagi, masukkan ikan siakap.
5. Jangan masak terlalu lama kerana ikan siakap sangat lembut. Berhati-hati ketika membalikkan ikan siakap supaya tidak pecah.
6. Masak di antara 5-7 minit.
7. Masukkan garam / gula / perasa pilihan secukupnya.
8. Masukkan tomato dan cili hijau.
9. Setelah santan pekat dan naik minyak, tutup api dapur.


Thursday, November 7, 2019

PUDING KARAMEL SENANG

Assalamualikum dan selamat pagi, pagi dah siap 2 loyang size 10 inci puding karamel. Harap menepati citarasa.

Sebenarnya puding ini di tempah, tp memandangkan utk majlis tahlil makcik niat hanya bersedekah sahaja utk jamuan selepas majlis tahlil mlm ini. Harap menepati citarasa datuk datin dan hadirin ssemua, segan pula aih bila kita org biasa2 ni datin yg oder. Semoga kena dgn citarasa.

Selalu duk buat guna 3 biji tlor dan roti je

PUDING KARAMEL
Loyang 10 inci ( utk jamuan )

Bahan-bahan diperlukan:

  • Bahan Untuk Puding:
  • 10 biji telur ayam gred B - rosaliza guna AA
  • 1 tin susu/krimer pekat manis (505gm)
  • 1 tin susu air (guna tin susu tadi)
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla
  • Bahan Untuk Karamel:
  • 5 sudu besar gula pasir
  • 3 sudu besar air panas - rosaliza x letak air

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Sediakan Karamel terlebih dahulu. Campurkan gula dengan 1 sudu air. Panaskan sehingga jadi warna perang. Kemudian tambah 2 sudu besar air panas lagi. Boleh tambah sedikit air lagi jika terlalu pekat. Padamkan api. Tuangkan ke dalan bekas untuk dikukus.
  2. Pecahkan telur kedalam mangkuk (cuci dulu telur tu). Masukkan susu/krimer pekat manis, Air dan esen vanilla bersama telur tadi.
  3. Kacau rata bahan bahan tadi. (Jangan dipukul nanti kembang pulak).
  4. Dah rata, Tapis dan tuang ke dalam bekas yang telah dituang karamel tadi. Kukus selama 30 minit.
  5. Dah masak sejukkan dan bolehlah diterbalikkan ke atas pinggan hidangan.Selamat mencuba.
Masih panas lagi ni, atas permintaan puding ini x di terbalikkan utk senang menghidang mlm nnt.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...