Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, November 25, 2019

Bingka Gula Merah @ Bengkang Gula Merah

Assalamualikum dan salam sejahtera  buat semua, hasil expiriment di pagi isnin, minggy pertama cuti sekolah. Hasil olahan dari resipi Akok Bonda tp kena byk lagi tambahan bahan2. Hasilnya sangat puas hati dgn rasa yg cun2 





BINGKA GULA MELAKA @ GULA MERAH

Olahan : rosaliza aka syaza liza

Bahan2
1. 2  biji telur AA
2. 2 Cawan Santan ( 1 kotak santan + 1 cwn air )
3. 1 Cwn Gula Merah 
4. 1/2 Cwn Susu pekat Manis
5. 2 Cwn tepung Gandum
6. 3 helai daun pandan
7. 2 cwn air
8. 1/4 Cwn gula
9. Secubit Garam
10. 2 sudu Besar Magerin

Cara2
1. Masak gula merah, gula bersama daun pandan dan 1 cawan air. Bila sudah mendidih tutup api dan masukkan 1 cwn air dlm periuk air gula td ( tujuan utk cepat sejuk air gula )
2. Masukkn tepung gandum, telur, susu, garam, majerin, dan air gula yg di tapis serta santan. Blender hingga halus
3. Bakar api atas dan bawah selama 1jam 20 minit  suhu 150 darjah.
4. Sejukkan terlebih dahulu dlm 2 jam, baru lah di potong 
4. Selamat mencuba




0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...