Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, April 30, 2020

AYAM GRILL MADU

Selamat berpuasa hari ke 7 buat
semua. Di musim PKP ni semua org rajin masak2 kan utk berbuka. Bagi famili kami pun menjadi kebiasaan masak. Ada juga yg beli atau oder on9 tumpang kwn2.
Menu hari ni ayam grill madu mudah.. masa ni belum siap bakar lagi






RESEPI AYAM GRILL MADU
By: Choppy myR
sumber: http://linapg.blogspot.com

  • 1 ekor ayam size M
  • 1 kiub ayam
  • 3 sudu besar kicap pekat manis
  • 3 sudu besar sos tiram 
  • 2 sudu besar sos mee goreng( rosaliza guna sos lada hitam )
  • 3 sudu besar madu
  • 4 ulas bawang putih(tumbuk)
  • 1in halia(tumbuk)
  • 1 sudu kecil lada hitam ( skip )

Cara-cara

  1. Bersih ayam. Kemudian gaul dengan semua bahan-bahan di atas.
  2. Perap 30 minit atau lebih (sy perap semalaman).Kemudian bako dlm oven suhu 180 darjah selama 1jam.(Terbalikkan ayam selepas setengah jam supaya ayam masak sekata)


Wednesday, April 29, 2020

TEPUNG PELITA

Assalamualikum buat semua. Mencari resipi tepung pelita yg senang dan sedap, boleh cuba resipi di bawah ni. Hari ini puasa ke 5, baru dpt buat tepung pelita.





KUIH TEPUNG PELITA
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Sumber Yani dan Tun Telani
Di cuba: embunrosaliza

Bahan Lapisan Hijau
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air (*)
4 helai daun pandan kisar dgn sedikit air (*)
1 sudu kecil air kapur (kali ni skip) rosaliza x letak
LiNa Pg tambah Sedikit pewarna hijau epal
sedikit garam

Bahan Lapisan Putih
4 sudu besar tepung beras(ratakan)
2 sb tepung ubi 
1 cawan santan pekat
3 cawan air
sedikit garam

Bahan C
Gula utk ditabur ditengah lapisan 
Bekas kecil/daun pisang dibentuk sampan

Cara Cara Bahagian Hijau
Satukan semua bahan B, kacau atas api yang kecil hingga kelihatan meletup2 dan nampak berkilat.
Kemudian tuang ke dalam acuan yang disukai/sampan daun pisang

Taburkan gula atas lapisan hijau (jika suka lebih manis)
Biarkan seketika

Cara Cara Bahagian Putih
Satukan semua bahan A, lakukan proses yang sama seperti Bahagian Bawah tadi.
Kacau hingga masak berkilat dan ada letupan kecil.Refer pada gambar
Kemudian tuang ke atas bahagian hijau tadi.

Sejukkan ke dalam peti ais,Enak dimakansejuk2 dari peti ais...Yummy...Selamat Mencuba

Note:
LiNa Pg menggunakan tepung beras asli (Blended Rice Flour) jika menggunakan Tepung Beras Campuran (Tepung Beras Campuran Tepung Jagung)kurangkan sedikit air dan kacau lama, kerana tepung beras campuran kurang kental kerana saya skip air kapur.

Sunday, April 26, 2020

Kuih Koci Pulut Hitam

Selamat menjalani ibadat puasa hari ke 3 buat semua. Tahun ini puasa tanpa solat terawih di masjid atau surau dan tanpa bazar ramadhan. Bg saya x jadi masalah, kuih muih sentiasa buat je, maklum la ank ramai, x berbaloi nk beli



RESEPI KUIH KOCI PULUT HITAM YANG SEDAP
By Malina LiNa Pg https://linapg.blogspot.com/
Di Cuba : embunrosaliza
Bahan A (Inti Kelapa)
  • 200g kelapa parut putih
  • 200ml air
  • 140g nisan kerek/gula melaka
  • 2 helai daun pandan
  • 30g gula merah 
  • 1 sb gula pasir
  • 1 sb tepung gandum
  • Sedikit garam
Cara-Cara
  1. Satukan air, nisan kerek, gula merah, daun pandan dan garam ke dalam periuk.Kemudian masak hingga kesemua gula larut.Angkat dan tapiskan.
  2. Masukkan kelapa parut ke dalam periuk (yang lain) dan tuang larutan gula yang dimasak tadi.Gaul rata kelapa parut dan air gula.
  3. Tambah gula pasir (inti kelapa kena sedikit manis baru sedap)
  4. Kemudian tabur tepung gandum, kacau rata hingga inti agak kering sedikit.Jangan terlalu kering.Biar basah2 dan melekit sedikit barulah sedap.
  5. Tutup api dan biarkan inti sejuk.
  6. Setelah inti sejuk, gentel bulat anggaran sebesar biji guli.Tips supaya senang untuk balut dengan beras pulut.
Bahan B (Dadih/Santan)

  • 450ml santan pekat
  • 3 sb rata tepung beras (kalau nak buat versi leleh guna 1sb)
  • Sedikit garam
Cara-Cara
  1. Satukan semua bahan ke dalam periuk.Kacau rata terlebih dahulu (hingga tiada ketulan tepung)
  2. Dah sebati baru buka api dan kacau hingga likat.Ketepikan sebentar.
Bahan C (Doh/Onde-Onde)
  • 200g tepung pulut
  • 50g beras pulut hitam (beras pulut hitam kisar kering dan tapis)
  • 1 sb tepung gandum (tips supaya kuih tidak liat)
  • 240ml air
  • Garam

Bahan D
  • Daun pisang secukupnya (layur terlebih dahulu)
Cara-Cara
  1. Satukan semua tepung dan garam.Gaul rata.
  2. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan
CARA-CARA MEMBUAT KUIH KOCI
  1. Ambil sedikit doh (Bahagian C) bentukkan seperti onde-onde/buah melaka dan masukkan inti kelapa (yang telah dibulat-bulat tadi.
  2. Balut dengan kemas (seperti Buah Melaka).
  3. Ulang proses hingga doh habis.Inti tak habis tak mengapa boleh digunakan untuk membuat kuih ketayap atau pulut inti.
  4. Didihkan air kemudian rebus doh/bebola berinti kelapa tadi hingga masak.Bila kuih dah terapung tandanya dah masak (sama seperti merebus kuih buah melaka)
  5. Angkat dan masukkan ke dalam air biasa.Tujuan supaya dapat membersihkan sisa kanji pada kuih (supaya kuih lebih tahan lama/lambat basi).
  6. Kemudian toskan dan lalukan dengan air paip.
  7. Masukkan kuih yang telah direbus tadi ke dalam dadih/santan yang telah dimasak.
  8. Golek/salut kuih dengan santan dan balut dengan daun pisang hingga kemas (cara balut boleg refer ke video tutorial)
  9. Kemudian kukus kuih selama 4min (guna api kecil sahaja) supaya kuih tidak melelh keluar.
  10. Tujuan kukus sekadar untuk menaikkan aroma daun pisang sahaja sebab kuih telah pun masak.
  11. Untuk video tutorial, sila klik butang PLAY



Friday, April 24, 2020

PIZZA DOH DONUT

Assalamualikum buat semua. Anak2 cukup suka buat pizza simple2. Bagi org lain biasa2 tp bila buat bersama ank2 best pula.
Maklum la PKP masih berkuat kuasa lagi hingg 12. Mei. 2020.
Kalau ada sesiapa yg ada resipi donut tp jk mkn pizza boleh je buat pizza. Kita yg masak dia kan





PIZZA TUNA Doh DONUT
resipi Doh : hasue
kongsi bersama : embunrosaliza

  • 500g Tepung Berprotein Tinggi (guna tpg gandum pun ok) akk guna tepung gandum aje
  • 1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)
  • 50g Marjerin
  • 1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak adunan)
  • 2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
  • 2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]
  • 1 Biji Telur
  • 1/2 Sudu Teh Garam
  • Gula Halus atau topping kegemaran anda
  • 190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung)

Cara-cara


  1. Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.

  2. Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.

  3. Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).

  4. Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.

  5. Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).Doh dah siap dan jika ingin membuat kuih 5 spice roll,boleh la dibahagi 2. Utk resepi dan teknik membuatnya sila rujuk http://www.myresipi.com/top/detail/6526

  6. Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan dengan api perlahan..Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng.

  7. Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)

  8. Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda. SELAMAT MENCUBA.. ^_^
NOTA : doh untuk roti perlu di rehatkan paling kurang 1 jam, atau hingga 2 kali ganda kembangnya

TOPPING PIZZA MUDAH
Resipi : embunrosaliza

Bahan
1 tin sardin besar 
Sebiji  bawang holland di hiris*
Sebiji Cili Merah di potong*
Tomato di hiris*
Slice Cheese*
Oregano*
Sedikit garam
3 Sudu Mayonis
Sos Cili utk sapu atas doh
Minyak utk di sapu atas doh

Cara2
Lenyekkan sardin,.masukkan sedikit garam dan mayonis.
Ambil doh masukkN ke dalam loyang, tekan2 bag sama besar dgn loyang.
Sapu minyak atas doh kemudian sapukan sos cili.
Ratakan sardin di atas doh
Taburkan bawang tomato dan cheese
Taburkan oregano jika ada
Bakar dlm 20 minit suhu 150° ikut oven masing.
Doh ini dpt 2 biji besar dan 2 biji kecil.

Thursday, April 23, 2020

KARIPAP SARDIN

Assalamualikum, terlebih rajin sikit hari ni, buat karipap sardin frozen, senang nnt lpa terawih x ada apa nk kudap kita goreng kan karipap, suka sangat buat karipap sardin sbb senang dan cepat. Resipi mcm biasa gna resipi Tun Telani

KARIPAP SARDIN
Reseipi : Tun Telani


BAHAN - BAHAN
  • 4 c tepung
  • 2 tbs margerin
  • 1/2 c oil
  • 3/4 c air
  • 1/2 tsp garam
cara-cara:

  • panaskan margerin + minyak dlm periuk. tutup api.
  • tengah panas2 tu, masukkan tepung dlm periuk td dan gaul guna garpu (jgn guna tangan, melecur nnti).
  • dh sejuk siket, campur garam n air.
  • Uli-uli.. siap! buleh wat karipap ikot suka inti apa..
INTI
5 biji Kentang potong dadu
Setin sardin besar
3 ulas Bawang putih 
1 biji Bawang Holland 
1 sudu besar serbuk kari ikan
Garam dan secukup rasa
Myk utk menumis

Cara2
Potong dadu kentang kemudian rebus hingga empuk.
Potong dadu bawang holand dan bawang putih.
Saya guna food prosseser je.
Panaskan sedikit myk, tumis bawang hingga naik bau kemudian masukkN rempah kari ikan, kemudian masukkan ikan sardin, sambil2 tu lenyek2 kan ikan sampai hancur. Masukkan kentang gaul sebati. Perasakan dgn secukup rasa dan garam. Kacau sebati.


Untuk frozen, goreng sekejap karipap kemudian simpan dlm peti sejuk

Sunday, April 19, 2020

IKAN CELUP TEPUNG SIMPLE2

Assalamualikum dan salam sejahtera buat semua. Hari ni dpt beli ikan pelalin murah di musim Covid19, seronok pula dpt beli ikan dr kuala kedah dgn rm8 sekilo ikan segar dan manis. Buat celup tepung 12 ekor, 12 ekor lg buat kopok lekor. Resipi akan meyusul nnt.

IKAN CELUP TEPUNG
Resipi : embunrosaliza

BAHAN2
12 ekor Ikan pelalin basuh bersih
1 cawan tepung Beras
1/2 cawan tepung gandum
Sedikit air kapur makan
Sedikit Garam
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit secukup rasa
1 cawan air
Minyak utk mengoreng

Cara2
1. Gaul sebati semua bahan2 di atas kecuali ikan.
2. Panaskan minyak.
3. Celup ikan satu persatu.
4. Siap, sedap di cicah sos Thai
#Stayhome
#Staysafe
#Kitajagakita
#KitaMestiMenang
#covid19





Friday, April 10, 2020

Kek Marble Dulu-Dulu

Assalam dah berapa kali buat kek marble senang dan simple ini, resepi Azlina Ina.
Terima kasih resipi yg sungguh simple dan senang di buat.

Semlm 9.4.2020 dpt 4 biji tempahan kek marble jimat ni. Walaupum PKP ada juga rezeki kawan oder kek ni. Dapat juga merasa kek buatan sdiri yg di tempah.

KEK MARBLE MUDAH
RESIPI : Azlina Ina
KONGSI BERSAMA : embunrosaliza aka syazaliza.
Resipi : Olahan embunrosaliza

BAHAN2
2 cawan Tepung Naik sendiri atau 2 cwn tpg gandum + 1 sudu teh baking powder ayakkan.
11/2  Cawan Magerin Pelangi
1 Cawan Susu Pekat Manis
4 biji telur B kalau A 3 biji
1 sudu teh esen vanila
2 sudu serbuk koko.

CARA - CARA

1. Pukul guna senduk atau hand wisk magerin dan susu hingga menjadi warna putih.
2. Masukkan telor satu persatu hingga sebati
3. Masukkan esen vanilla kacau
4. Masukkan tepung naik sendiri, kacau sebati.
5. Bahagi adunan kepada 2 bahagian
6. Satu adunan di masukkan serbuk koko, kacau sebati
7. Sapukan loyang dgn myk atau magerin, alaskan loyang guna kertas. Saya gunting kertas A4 je. Guna loyang 7 inci atau 8 inci.
8. Mula2 letak 2 sudu penuh adunan putih di tengah2 loyang.
9. Kemudian letak adunan koko diatas adunan putih. Buat selang seli sehingga habis.
10. Hentak2kan loyang agar adunan sekata.
11. Panaskan oven suhu 150
12. Bakar 40 minit atau hingga masak ikut oven masing2.
13. Cucuk dgn lidi, bila bersih tu kek dah masak.
14. Angkat dan terus terbalikkan atas redai.

P/s saya guna sukatan cawan metrik. Kalau nk guna cawan lain pun boleh, sukatan yg sama.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...