Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, April 26, 2020

Kuih Koci Pulut Hitam

Selamat menjalani ibadat puasa hari ke 3 buat semua. Tahun ini puasa tanpa solat terawih di masjid atau surau dan tanpa bazar ramadhan. Bg saya x jadi masalah, kuih muih sentiasa buat je, maklum la ank ramai, x berbaloi nk beli



RESEPI KUIH KOCI PULUT HITAM YANG SEDAP
By Malina LiNa Pg https://linapg.blogspot.com/
Di Cuba : embunrosaliza
Bahan A (Inti Kelapa)
  • 200g kelapa parut putih
  • 200ml air
  • 140g nisan kerek/gula melaka
  • 2 helai daun pandan
  • 30g gula merah 
  • 1 sb gula pasir
  • 1 sb tepung gandum
  • Sedikit garam
Cara-Cara
  1. Satukan air, nisan kerek, gula merah, daun pandan dan garam ke dalam periuk.Kemudian masak hingga kesemua gula larut.Angkat dan tapiskan.
  2. Masukkan kelapa parut ke dalam periuk (yang lain) dan tuang larutan gula yang dimasak tadi.Gaul rata kelapa parut dan air gula.
  3. Tambah gula pasir (inti kelapa kena sedikit manis baru sedap)
  4. Kemudian tabur tepung gandum, kacau rata hingga inti agak kering sedikit.Jangan terlalu kering.Biar basah2 dan melekit sedikit barulah sedap.
  5. Tutup api dan biarkan inti sejuk.
  6. Setelah inti sejuk, gentel bulat anggaran sebesar biji guli.Tips supaya senang untuk balut dengan beras pulut.
Bahan B (Dadih/Santan)

  • 450ml santan pekat
  • 3 sb rata tepung beras (kalau nak buat versi leleh guna 1sb)
  • Sedikit garam
Cara-Cara
  1. Satukan semua bahan ke dalam periuk.Kacau rata terlebih dahulu (hingga tiada ketulan tepung)
  2. Dah sebati baru buka api dan kacau hingga likat.Ketepikan sebentar.
Bahan C (Doh/Onde-Onde)
  • 200g tepung pulut
  • 50g beras pulut hitam (beras pulut hitam kisar kering dan tapis)
  • 1 sb tepung gandum (tips supaya kuih tidak liat)
  • 240ml air
  • Garam

Bahan D
  • Daun pisang secukupnya (layur terlebih dahulu)
Cara-Cara
  1. Satukan semua tepung dan garam.Gaul rata.
  2. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan
CARA-CARA MEMBUAT KUIH KOCI
  1. Ambil sedikit doh (Bahagian C) bentukkan seperti onde-onde/buah melaka dan masukkan inti kelapa (yang telah dibulat-bulat tadi.
  2. Balut dengan kemas (seperti Buah Melaka).
  3. Ulang proses hingga doh habis.Inti tak habis tak mengapa boleh digunakan untuk membuat kuih ketayap atau pulut inti.
  4. Didihkan air kemudian rebus doh/bebola berinti kelapa tadi hingga masak.Bila kuih dah terapung tandanya dah masak (sama seperti merebus kuih buah melaka)
  5. Angkat dan masukkan ke dalam air biasa.Tujuan supaya dapat membersihkan sisa kanji pada kuih (supaya kuih lebih tahan lama/lambat basi).
  6. Kemudian toskan dan lalukan dengan air paip.
  7. Masukkan kuih yang telah direbus tadi ke dalam dadih/santan yang telah dimasak.
  8. Golek/salut kuih dengan santan dan balut dengan daun pisang hingga kemas (cara balut boleg refer ke video tutorial)
  9. Kemudian kukus kuih selama 4min (guna api kecil sahaja) supaya kuih tidak melelh keluar.
  10. Tujuan kukus sekadar untuk menaikkan aroma daun pisang sahaja sebab kuih telah pun masak.
  11. Untuk video tutorial, sila klik butang PLAY



2 comments:

Assalamualikum...
selamat berpuasa kandaku..wah rajinnya update blog hehee..
Sedap betul koci leleh tu..terasa rasa lemak masin dan intinya yang manis
 
Budak2 pun suka mkn koci manis2 lemak2 mcm ni. Skill membalut tu gagal lagi.
Tq resipi ya adindaku

A.a rajin ikut angin juga update blog ni. Kdg2 kosong xleh buat apa walaupun gambar ada
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...