Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, April 29, 2020

TEPUNG PELITA

Assalamualikum buat semua. Mencari resipi tepung pelita yg senang dan sedap, boleh cuba resipi di bawah ni. Hari ini puasa ke 5, baru dpt buat tepung pelita.





KUIH TEPUNG PELITA
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Sumber Yani dan Tun Telani
Di cuba: embunrosaliza

Bahan Lapisan Hijau
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air (*)
4 helai daun pandan kisar dgn sedikit air (*)
1 sudu kecil air kapur (kali ni skip) rosaliza x letak
LiNa Pg tambah Sedikit pewarna hijau epal
sedikit garam

Bahan Lapisan Putih
4 sudu besar tepung beras(ratakan)
2 sb tepung ubi 
1 cawan santan pekat
3 cawan air
sedikit garam

Bahan C
Gula utk ditabur ditengah lapisan 
Bekas kecil/daun pisang dibentuk sampan

Cara Cara Bahagian Hijau
Satukan semua bahan B, kacau atas api yang kecil hingga kelihatan meletup2 dan nampak berkilat.
Kemudian tuang ke dalam acuan yang disukai/sampan daun pisang

Taburkan gula atas lapisan hijau (jika suka lebih manis)
Biarkan seketika

Cara Cara Bahagian Putih
Satukan semua bahan A, lakukan proses yang sama seperti Bahagian Bawah tadi.
Kacau hingga masak berkilat dan ada letupan kecil.Refer pada gambar
Kemudian tuang ke atas bahagian hijau tadi.

Sejukkan ke dalam peti ais,Enak dimakansejuk2 dari peti ais...Yummy...Selamat Mencuba

Note:
LiNa Pg menggunakan tepung beras asli (Blended Rice Flour) jika menggunakan Tepung Beras Campuran (Tepung Beras Campuran Tepung Jagung)kurangkan sedikit air dan kacau lama, kerana tepung beras campuran kurang kental kerana saya skip air kapur.

2 comments:

rajinnyer buat kuih tepung pelita..
 
sedap kan tepung pelita moden ni..nak buat pun senang sangat
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...