Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, May 1, 2020

MURTABAK MINI KULIT POPIA

Assalamualikum buat semua. Selamat berpuasa hari ke 8 buat semua.. Murtabak ni buat hari ketiga puasa lagi.
Kali ini buat inti sardin dan ketang. Daun sup semua x ada. Kita guna pakai apa yg ada je la. Rasa tetap boleh tahan





MURTABAK SEGERA

Resepi : Minami 133 @myresipi
Kongsi bersama : embunrosaliza.blogspot.com

Bahan-bahan ( 6 keping )

  • 100 g daging cincang Rosaliza guna 3 keping daging buger di hancurkan
  • 2 biji ubi kentang - Rosaliza rebus dulu kentang, baru cepat sikit siap
  • 1 sudu setengah rempah kari 
  • 1/2 biji bawang besar 
  • 1 ulas bawang putih 
  • Daun sup 
  • Minyak 
  • 2 sudu kecil garam 
  • Kulit popia 
  • 2 biji telur 
  • 1 biji bawang cincang 
Cara-cara

  1. Mula2 buat inti utk murtabak. caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu. tumiskan bawang. Rosaliza goreng daging buger dulu hingga agak garing dan wangi , baru di masukkan bawang.
  2. Apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air. goreng sehingga pecah minyak. kemudian masukkan daging cincang. 
  3. Apabila daging masak, masukkan kentang yang dipotong dadu.masukkan garam dan ajinomoto. jika terlalu kering, tambahkan air. masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan daun sup.
  4. Pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. masukkan bawang cincang. kacau sehingga sebati. 
  5. Ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat. cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia. 
  6. Goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak. Rosaliza goreng menggunakan majerin atas pembakar burger
PENCICAH CUKA MURTABAK
Kongsi bersama : embunrosaliza.blogspot.co

      Bahan2:
  1. *Bawang besar (dihiris nipis)
  2. *Cuka makan (2 sudu besar)
  3. *Garam (1/2 sudu teh)
  4. *Gula (2 sudu besar)
  5. *Pewarna makanan (biasanya warna merah)
  6. *Air suam (6 sudu besar)   Rosaliza guna 3/4 cawan air panas  
CARA2

1. Hiris bawang nipis2 & rendamkan di dalam pewarna makanan ( titikkan 1 titik pewarna merah di dalam semangkuk air).

2. Dalam mangkuk yang lain,masukkan cuka & ditambah dengan garam & gula.
3. Akhir sekali masukkan bawang tadi (ambil bawang sahaja)
4. Sedia untuk dijadikan pencicah murtabak.

INTI SARDIN
1 Tin sardin besar 
2 labu bawang holland
3 ulas bawang putih
3 biji kentang agak besar ( potong dadu rebus )
Serbuk kari ikan
Minyak utk menumis.
Sedikit Garam dan serbuk secukup rasa.
Telur secukupnya

CARA2
Tumis bawang hingga naik bau, masukkan serbuk kari kacau2 sekejap, kemudian masukkan sedikit air.
Masukkan sardin kemudian lenyek bg hancur.
Masukkan kentang  dan sedikir air, kacau hingga air kering.
Sejukkan sebelum di gunakan.
Cara guna inti
- Sendukkan inti kedlm bekas, kemudian pecahkan telur, kacau sebati, masukkan bawang hiris dan daun sup jika suka.
Letak inti di atas kulit popia kemudian lipat empat segi.
Kemudian bakar di atas kuali atau pan dgn sedikit majerin atau myk.

@ Nota kaki
Inti ini boleh di simpan dlm peti ais. Nak guna baru masukkan bawang hiris dan daun sup.


2 comments:

banyak betul kegunaan kulit popia ye Rosa... macam-macam boleh buat.
 
Adik pernah buat murtabak kulit popia memang sedap :)
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...