Showing posts with label siput. Show all posts
Showing posts with label siput. Show all posts

Saturday, October 15, 2011

GULAI SIPUT

Salam ceria di pagi sabtu yang permai ini, sunyi je dapur blogger kita di hujung minggu gini. Pagi ni akk masak nasi lemak halba, buat untuk sarapan dan mkn tengah hari sekali. Petang ni cadangnya nak pergi ke stadium hoki pantai, lama dah rasanya tak tengok anak2 buat latihan kat situ. Pas tu terus ke pasar malam di Pantai Dalam, tapau untuk makan malam heheheh, pandaikan, dapat santai2 sikit depan pc.


Menu gulai siput macam ni memang menjadi pujaan anak2, mana yang tak makan siput pun kuah membanjiri nasi. Suka tengok anak2 mkn dan ratah siput ni.


GULAI SIPUT
Resipi : embunrosaliza


Bahan- bahan
1/2 kg siput - di potong ekornya
1/2 biji kelapa
1 labu bawang besar*
1 keping asam keping
2 inci lengkuas muda*
1 inci kunyit hidup*
sedikit daun kesum
cili hijau
garam dan gula secukup rasa


Cara-cara
1. Potong hujung siput lepas tu basuh bersih2 dan toskan.
2. Blender bahan bertanda * hingga hancur
3. Perah kelapa menjadi santan yang agak pekat. Akk guna blender pas tu blend kelapa parut tadi , baru di perah santannya.
4. satukan kesemua bahan2 didalam periuk kecuali siput. Kacau hingga mendidih dengan api yg sederhana
5. Apa bila mendidih, masukkan siput, kacau2 seketika hingga mendidh seketika. Padamkan api.


nota : sekiranya suka pedas boleh di letak cili kering atau cili api semasa blender tadi


selamat menjamu selera buat semua

Friday, January 21, 2011

SIPUT SEDUT DAN SIPUT APA TU?

Salam buat semua..hari rabu tu akk ada beli siput sedut, macam biasalah msk lemak kuning campur dengan daun kesum.}~

Masak pekat2 sikit baru best rasa kuahnya....

Pastukan akk nak tanya ada sapa2 yang kenal tak ngan siput kat bawah nih. Masa akk beli siput sedut kat atas ada sekali ngan siput nih. Bukan hari ni je..hari2 yang lalu pun setiap kali akk beli siput mesti ada siput ni. Tapi akk buang je lah nak makan tak tergamak pulak  bentuk pun cam pelik je hehhe}~


Sebanyak ni akk dapat dari setengah kilo yg akk beli..akk rasa org tak mkn siput ni, mcm separuh je siput betul
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...