Wednesday, July 20, 2011

NASI LEMAK HUJAN PANAS

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua, semoga berada dalam keadaan sihat ceria sentiasa. Pepagi hari buat tayangan nasi lemak bikin tamu umah akk ni mengantuk sikit.


Biasalah kalo akk buat nasi lemak untuk BF + Lunch sekali, rajinkan heheh. Suka tengok anak2 makan , anak2 akk ni memang peminat nasi lemak, Akk masak 6 pot cukuplah dengan lunch sekali. 


suka tengok kalerpul gitu


NASI LEMAK HUJAN PANAS
Resepi asal : Rinsca @ Myresipi



  • * 2 mug beras (dicuci bersih) - akk guna 6 pot
  • * 1/2 mug santan pekat - tak sukat
  • * 2 mug air (ikut jenis beras)
  • * 1 biji bawang putih (di mayang halus) - 3 ulas , akk ketuk je
  • * 1/2 inchi halia (di ketuk / dihiris halus) - x letak
  • * 1/2 sudu kecil halba- 1 sudu besar
  • * 1 sudu kecil garam
  • * Sehelai daun pandan - 3 helai
  • * Sedikit pewarna merah, kuning dan hijau

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan ke dalam rice cooker KECUALI pewarna.
  2. Masak nasi seperti biasa. Sekali sekala kacau supaya santan bergaul rata.
  3. Bila nasi telah kering, baki 2 minit sebelum nasi masak, buatkan 3 lubang. Titiskan setitik warna...satu warna untuk satu lubang.
  4. Kacau nasi di setiap bahagian warna, jangan di kacau secara keseluruhan lagi.
  5. Selepas 2 minit nasi masak barulah di kacau secara keseluruhan supaya berwarna warni seperti warna pelangi selepas hujan panas...tu le sebabnya di panggil NASI LEMAK HUJAN PANAS.
  6. Sesuai di makan bersama sambal tumis, timun, telur rebus/goreng, sambal sardin atau apa sahaja lauk kegemaran anda. Selamat mencuba.
  7. *gambar kecik kat atas tu Sardin Serai... Tumis bawang putih & bawang merah dan sedikit halia. Masukkan sardin dan sebatang serai yg diketuk. Masukkan sedikit air dan cili api. Campurkan sedikit air asam jawa. Biarkan mendidih. Masukkan garam dan perasa. dah siap!
pasangan nasi ni tak snap pulak, nasi masak terus akk snap pic, sambal belum siap lagi.

Sapa2 yang ingin kelainan bolehlah cuba resipi ni, semua bahan2 sama je, cuma cantik warna warni gitu. 

14 comments:

  1. cantik la nasi lemak nih..dah jadi nasi lmk ujan panas lak ye kak..hehe..mcm2 nama resepi n menu di alaf baru nih..menarik tertarik da bomb...
    nak order sepinggan nih..dah lama x mkn nasi lmk

    ReplyDelete
  2. Assalam kak rosa,uii rajinnya akak wat kalerpul,budak2 msti suke,xpernah lagi wat nsi lemak kalerpul camnih,nanti leh la wat..

    ReplyDelete
  3. Assalam rosaliza..memang cantik nasi ni.tak pernah akak terfikir pun nak hujan panaskan nasi lemak ni..pandai rosa..terima kasih

    ReplyDelete
  4. Assalam kak,
    warna nasi lemak hujan panas ni memberikan seri kan kak..cantik bila diwarnakan..samalh rumah kita pun suka makan nasi lemak..

    ReplyDelete
  5. Ku sangka panas hingga ke petang ...ghupanya hujan ditengahari...upsss...ada nasi lemak hujan panas kat sini...WoW!....

    ReplyDelete
  6. tadi ucu pegi dapur ida japan, masak nasik lemak hijua...
    kali ni pegi dapur k.lisa,dijamu dgn nasik lemak hujan panas ni...
    ucu nak cuba buatlah..

    ReplyDelete
  7. Morning, k Rosa....

    Kelerful nasi lemak akak... idea bagus ni... bolehlah nurul buat jgk, nanti mesti anak2 suka bila tgk kalerful camni... :)

    ReplyDelete
  8. salam kakros..saya ada tengok laporan masakan akak kat myr pagi tadi..heheeh..ingat lain kali nak buat la kaler2 cam ni...hehehhe

    ReplyDelete
  9. As salam kak rosa, Nasik je ke?? Sambal dn lauknya mana??

    ReplyDelete
  10. cantik menarik nasi lemak kalerpul ni, mesti budak2 terpikat..hmm lauk pauknya mana?tak kan nasi kosong jer ahaks

    ReplyDelete
  11. pestaim tengok nasik lemak kalerpul...best! best! mengantok ke tak lain cerita, yg penting, kita makan dulu!

    ReplyDelete
  12. pestaim tengok nasik lemak kalerpul...best! best! mengantok ke tak lain cerita, yg penting, kita makan dulu!

    ReplyDelete
  13. "ishh tak terpikir la pulak..cantik pulak tgk kan...selalu nasi ujan panas ni nasi minyak..ini nasi lemak pulak...kreatif..nnti nk try lah..'

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum kak Rosa...ni kalau anak2 sya dpt mkn hari2 pun xpe...depa ni suka sgt nasi lemak, tmbh dah dikaler2 mcm ni, lagi laaaa...

    ReplyDelete