Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, December 14, 2011

...~ WORDLESS WEDNESDAY ~



Monday, December 12, 2011

APAM NASI + GANDUM

Assalamualaikum buat semua...pagi hari tuuuu.. tetiba je rasa nak buat apam, tgk dlm periuk ada nasi dingin dalam 2 cawan. Serta merta akk buka blog akk cari resipi apam beras resipi Cha @ myresipi. Memang niat nak ngabiskan nasi tu, akk nak buat apam beras. Dah blender nasi siap2 baru cari2 tepung beras, rupa2nya dah habis lah pulak. Nak tak nak terpaksa guna gandum je, tawakal je lah jadi ke tidakkk. Olah2 sikit kat resipi apam beras tu ikut paler otak sendiri. Masa tengah peram tu cakap gak ngan my abe, entah jadi ke tidak apam ku ini, takut keras je, kalo tak jadi ingat nak buat jemput jelah ngan adunan ni heheh. Alhamdulillah.... nasib baik jadi apam juga..my abe kata boleh jual ni kalo sanggup buat hari2 hehe. Anak2 pun suka makan, memula tu makan gitu je, pas tu dak Eqa tanya mana kelapa , nak tak nak kerah along suruh mesin kelapa. Memang sedap di makan dengan kelapa. Kalo nak tgk apam beras boleh klik SINI



APAM NASI + GANDUM
resipi olahan : embunrosaliza.blogspot.com


bahan- bahan
2 cwn nasi
4 cwn tepung gandum
1 cwn gula perang
3/4 cwn gula
2  cwn air

1/2 cawan air panas
pewarna
1 sudu besar ( penuh ) yis (mauripan) 
kelapa parut + sedikit garam
Cara-cara

1. Blend nasi dan air sehingga hancur.
2. Setelah hancur,campur gula perang dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
3. Dlm mangkuk besar ,satukan tepung gandum dan yis.
4. Selepas itu,masukkan bahan blend  tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
5. Perap selama 11/2 jam - 2 jam



 warna warni, ada yg suka hijau, biru n pink

memang sedap dimakan bersama kelapa parut + garam

Saturday, December 10, 2011

KERABU EPAL HIJAU

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua, selalunya hari sabtu gini, dapur maya kurang berasap, maklumlah masing2 sibuk dengan urusan dunia nyata.


Pagi ini akk nak buat tayangan amal kerabu epal hijau ni, sebenarnya dah lama sangat buat, hari tu lepas tengok Linapg buat terus akk buat. Pas tu ada tengok rumah Amie dan juga CT. Kat rumah ni kalo jenis ada sayur2 sikit dah hilang selera, ambil pun pilih2 tang epal je, carot2 tolak tepi. Senang citer akk suruh mkn epal yg sebiji2 je heheh.



RESEPI KERABU EPAL HIJAU by kak hanieliza

Bahan-Bahan 
  • 2 bj epal hijau (linapg gn 1biji)- Akk guna 2 biji
  • 1/2 btg lobak merah (xboh xde stok)
  • 5 biji tomato ceri dibelah (linapg tambah)- tak letak
  • 2 bj cili merah (1 biji)- xdak
  • 2 bj cili hijau (xboh)
  • 1/2 labu bwg besar
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 1 batang serai (linapg tambah)- xboh
  • 1 pokok daun ketumbar- xboh
  • 1 bj lemon (diambil jusnya)-linapg gn jus limau kasturi
  • 1 sudu kecil gula
  • garam secukup rasa
Bahan:
  1. Epal dan lobak merah disagat atau diracik panjang.
  2. Semua bahan lain dihiris.
  3. Gaulkan semua bahan dan tuangkan jus limau kasturi
  4. Kacau rata dan rasakan masamnya
  5. Sedia dihidangkan

epal hijau akk jenis yang besar, byk sangat dapat, tak habis sekali makan, memang sedap, akk makan gitu je


10.12.11 merupakan hari jadi adik bongsuku Egie yang belajar di UniMap selamat hari lahir dik, semoga adik berjaya dunia dan akhirat ( pstttt pg tgk 5 tak ajak akk pun huhu )

Friday, December 9, 2011

TIMPAN PISANG @ LEPAT PISANG

Assalamualikum dan salam sejahtera buat semua teman2 maya sekelian . Hari tu ada tengok Kak Erna buat timpan pisang ni, rasanya hujung bulan Nov 2011,tapi bila google cari jumpa yg kak erna buat hujung tahun 2010 pulak, tak kiralah janji timpan pisang.


Teringin nak makan, lepas tu hari rabu 30.11.00tu akk pergi ke  tangling untuk beli kelapa muda yg sesuai di buat inti, bersekali dengan pisang. Akk guna pisang lemak manis,mengikut kata Kak Erna kalo guna pisang kapas lagi best n wangi. Ada je bahan2 akk terus memulakan operasi di dapur.


Sebenarnya kalo kuih2 pesen kena bungkus bagai ni selalu akk tak buat n kurang sangat kerajinan, gelora timpan ni kuat sangat. Maka ini lah hasilnya. Akk buat sikit sahaja, ingatkan anaknda seklian isi rumah tak suka. Semua suka pula, dapat lah sikit sorang untuk merasa, dan di minta buat lagi.


TIMPAN PISANG @ LEPAT PISANG
resipi : Kak Erna
olahan : embunrosaliza


Bahan2 ( anggaran sahaja )
11/2 cawan pisang yg di lecek
2 cawan tepung pulut
sedikit garam
~ satukan pisang dan tepung pulut, sekiranya lembik tambah sedikit demi sedikit tepung pulut ( adunan ini tidak di letak air )


inti kelapa secukupnya
Daun pisang
sedikit minyak untuk di sapu pada daun pisang
cantik timpan pisang ni, kalernya kekuning2an
yang ini bentuk bulat macam kuih koci sikit
kalo guna pisang yg masak ranum lagi best, akk buat ni pisang lemak manis yg baru nak masak, ada sikit rasa masam2 pisang tu, tapi masih sedap.
 yang ini sebelum dikukus, saje ambik gambar dulu, takut bila masak tu terburai, pecah perut kaluar inti heheh, maklumlah akk ni tak berseni bab bungkus membungkus ni. Daun pisang tu daun pisang kapas yang akk tanam, la ni tgk keluarkan jantung heheh.


Memula tu ingatkan guna tepung pulut adunan macam kenyal2 dan liat sikit macam kuih koci, tapi tak liat pulak, dan rasanya sungguh sedap dengan manis2 si inti kelapa, suka3x sangat .


Rasanya ini kuih tradisional negeri sembilan kut. Ada sejenis kuih yg pertama kali akk makan tapi tak tau nama. Lama dulu jiran akk org N9 mak dia yg masak kuih tu, rupanya macam karipap,inti kelapa, lepas tu ada santan lemak masin di tepi2nya, dan di letak di alas dengan daun pisang, tentu Kak Erna dan Kak Anim taukan kuih tu.


p/s saya ni kalo makan lepat pisang yg ada intik kelapa putih +garam tu, terasa kembang pipi, tak ada kuih lain baru lah ambil lepat pisang.

Thursday, December 8, 2011

TELOR MASAK KICAP LADA HITAM

Assalammualaikum buat semua, masa memula tun dok tayang telor kicap lada hitam ni, terus akk terguda. Kat rumah ni menu telur tu memang wajib, tak ada telur bermakna makan nasi tak kenyang la bebudak ni. Terima kasih buat kak Ummi yg berkongsi resipi, akk c n p rumah Tun




TELOR MASAK KICAP LADA HITAM
Resepi: Kak Ummi @ HSH
Cn P : Tun @ life is a constant battle
Bahan:-
  • 3 biji telor
  • 1 labu bawang besar - hiris kasar
  • 2 ulas bawang putih - dihiris nipis
  • 2 cm halia - dihiris halus btg mancis
  • 1/4 sudu kecil lada hitam kisar
  • 1/4 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 3 - 4 sudu besar kicap pekat ABC
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 - 2 sudu besar kicap masin
  • 1/2 biji lada benggala hijau - hiris memanjang - xde, tun letak cili merah n cili padi
  • 1/2 biji lada benggala merah - hiris memanjang - xde jugak
  • 1 biji tomato - dibelah 6
  • sedikit garam (jka perlu)
  • sedikit air
  • minyak utk menumis
Cara-Cara:-
  1. Goreng dulu telor sebiji-sebiji berasingan (telor mata). Ketepikan.
  2. Dalam kuali, panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau.
  3. Masukkan kicap pekat, sos tiram, kicap pekat, kicap masin, sos cili dan serbuk lada sulah. Masukkan sedikit air. Tambah garam jika perlu.
  4. Masak hingga mendidih dan masukkan telor yang digoreng tadi.
  5. Masukkan lada benggala dan diikuti buah tomato, masak dengan api sederhana hingga kuah menyerap dan sedikit pekat. (lada benggala n tomato jgn dibiar layu sangat)
  6. Tutup api dan hidangkan.
Akk tambah carrot n sedikit taugeh, nak ngabiskan, anak2 mmg tak makan, bab sayurnya mak je lah yg mkn

Wednesday, December 7, 2011

IKAN BELACAK - ~ ww~





Tuesday, December 6, 2011

NASI AIR @ NASI SUP

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembuka bicara. Dah siap2 nak masak untuk lunch ke. Semenjak cuti sekolah ni rasa masa cepat je berlalu, sibuk memanjang je, tak sibuk di dapur sibuk meronda2. Memasak tugas harian, byk perut nak diisi, kalo tak masak karang kebuluq lak anak2ku itu. Eqa mcm biasa lah dia sibuk ngan latihan hoki, untuk perlawanan di USM Penang pada 16.12 nanti. 


Menu yang dah lama akk buat dah tak tau berapa kali buat dah menu ni, anak2 teramat suka dengan nasi air begini. Memula jatuh chenta ngan nasi ni sejak akk makan kat Ani Sup Utara tu, mmg sedap, cuma dia guna sambal lada, akk malas nak tumbuk sambal, buat sambal kicap je.


Jom tengok, kalo sapa2 nak cuba boleh la, senang je nak masaknya. Masak sup macam biasa, cuma tambah kiub ayam je 2 .Pas tu goreng ikan bilis .



NASI AIR @ NASI SUP
resipi : embunrosaliza

Bahan2 untuk Nasi :~
3 cawan beras
9 cawan air
Masak nasi seperti biasa menggunakkan rice cooker.


Untuk Sup
500 gram daging  ( akk rebus dalam kuantiti yang banyak untuk cepat empuk dan simpan air rebusan, senang sikit nak masak)
5 ulas bawang merah - di hiris
3 ulas bawang putih - dihiris
2 inci halia - di ketuk
1paket sup bunjut ( sekali ngan rempah 4 sekawan )
2 kiub ayam
garam secukup rasa
Minyak untuk menumis


1. Panaskan minyak , tumiskan rempah 4 sekawan, bawang putih, bawang merah dan halia.
2. Masukkan air rebusan daging, dan juga hirisan daging  dan juga air ( tak kira sebanyak mana kita nak kuah )
3. Masukkan sup bunjut dan kiub ayam, masak dengan api sederhana, ( akk renih dalam sejam juga walaupun daging dah rebus)
4. Perasakan dengan garam secukup rasa,


Sambal Kicap
5 biji cili padi
1 ulas bawang putih
secubit gula
kicap secukupnya
~ tumbuk cili, bawang putih dan gula. Letak dalam mangkuk, masukkan kicap manis secukupnya.


~ Ikan bilis di goreng garing
~ bawang goreng
~ telur Masin  ~ di rebus.


nota kaki: ~ sup boleh di masak mengikut cara masing2, tapi kena letak kiub baru best


Sekarang kat rumah akk , kalo ada je daging mesti sekali tu kena masak nasi sup ni, lagi lembik nasi, lagi best rasanya....rasanya dah seminggu lebih tak masak nasi ni, kalo ari tu dok kemaruk nak makan nasi lemak, la ni ikan bilis buat makan dengan nasi ni je. Anak2 n my abe tak makan telur masin..maka telur masin akk rebus sebiji je, best takyah nak berebut heheh

Saturday, December 3, 2011

PANTAI REMIS - 24.11.2011

Assalam buat semua, jomm jalan2 kat Pantai Remis Kuala Selangor, rasa2nya ni sekitar kampung Amie ni, kalo akk ke sini pasti teringatkan Amie heheh. Pantai sini tak lah cantik mana, tapi boleh mancing, main layang2  dan  beli hasil laut yang segar Kerang dapat 3kg RM 5.00 je, pulak tu kerang kat sini best. Macam2 jenis cengkerang ada kat sini, akk datang hari biasa, hanya 1 kedai je buka. Kalo tak dapat tgk belangkas kijing, anak dara dua sebilik, remis dan lain2 lagi.. Selalu juga kami datang kesini, hari tu masa cuti Deepavali dah datang, tapi malas nak letak n3. Berbeza untuk kali ini sebab ada aktiviti mancing buat pertama kalinya disini...umpannya keropok lekor hahah, apa taknya si Aqil lah sibuk2 cari joran nak mancing, pg sana tak ada pulak org yg jual umpan tu.


 masing2 nak tunjuk skill heheh..layannn je laa
 Eqa, Aqil N Baby Adda sibuk mandi air yang agak berlumpur..ala ala madi berendam kat spa gitu
 yeeehaaaa hasil pancingan pertama dari Along, ikan duri agaknya berat dalam 500g
 ni dia si ikan duri...comel je tengok. Tak sangka pulak boleh dapat ikan, alhamdulillah
 dan ini adalah hasil pancingan yg ke dua, ikan duri juga hasil dari Along juga, murah rezeki along. Si Angah pulak dapat juga , masa tarik2 tu terlepas la pulak , tak ada rezeki . Yang ini kecil sikit dari yg tadi.
 mentari dah nak berlabuh .....

 tgk tu syioook je diorang ni, sebenarnya tgh seronok , bila jumpa kerang, tu dok cari kerang lah tu. Dapat dalam 16 biji juga, masa ni air dah surut.
 ralit je, akk ajak balik pun tak nak juga
 subhanallah ..indahnya ciptaanMu Illahi
 Cantikkan.
ini hasil kutipannya, masa kat pantai tak sempat nak ambil gambar. Tapi akk beli juga 3kg 

Thursday, December 1, 2011

TELUR IKAN GORENG KUNYIT

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Disember ...bulan terakhir di tahun 2011, sekejap je rasa tahun 2011 ni.. Pagi ni rasa macam best je, Amani pun elok tidur, dak Aqil pun lena lagi, sempat lah akk gunting kain dan baju sekolah anak2, dan siap jahit tepi, rasa macam lega sangat bila dah siap gunting dan jahit tepi. Tunggu mood menjahit je lah nnt.


Telur ikan memang menjadi kesukaan akk dari dulu kini dan selamanya, terutamanya telur ikan asli dari perut ikan besar yang kita beli tu. Tetapi untuk menu hari ini, akk beli telur ikan ni sikit je, kat rumah ni anak2 tak  suka mkn telur ikan, sebab tu kalo telur dari ikan tak payah nak berebut dengan sapa2 heheh.


Cari punya cari resipi, jumpa kat rumah Hana, tetapi Hana pun ambil dari rumah Kak Nor Ganu Kite juga. Dua tiga menjak ni kena sangat tekak ni ngan resipi  K.Nor kite. . Best sedap telur ikan goreng kunyit ni. Minta izin ya saya c n p resipi kat sini untuk rujukan masa hadapan :~





TELUR IKAN GORENG KUNYIT II
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
300gm telur ikan ~ bersihkan dan toskan
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh kunyit serbuk
1 labu bawang besar ~ dihiris bulat
2 ulas bawang putih ~ dihiris nipis
2 biji cili merah/hijau ~ dipotong serong
2 tangkai daun kari
1/2 sudu besar serbuk cili kasar
Cara:
Gaul telur dgn garam dan serbuk kunyit.
Panaskan sedikit minyak dan goreng telur ikan hingga masak/garing.
Masukkan kesemua bahan2 lain dan goreng sekejap.
Angkat dan hidangkan dgn nasi panas.

Hari ni dah siap msk n makan asam pedas kak anim, guna ikan duri best,n3 tu tak tau lah bila dapat di postkan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...