Salam ceria buat semua. daging hitam kesukaan akk. Masa raya hari tu
LINA_PG dah masak daging hitam ni..tapi makan tak puas pulak..maklumlah makan ramai2 ngan adik beradik semua,lawan dengan nasi beriani tipahhhh tertipu kekekeke. Ceritanya gini, hari tu akk pegi beli beras basmathi kat pasar, yang timbang punya. Akk dah tanya penjual tu betul ke beras basmathi sebelum dia bagi kat akk, a,a mmg ya dia kata. Akk ni bab2 beras ni tak berapa nak kenal, rupa beras tu mmg dah panjang. Balik umah si tokeh nasi beriani pun mula lah tugasan masak memasak.......masa awal2 lagi dah terbongkar bahawa beras tu bukan beras basmathi..tapi diteruskan juga perjuagan mengacau nasi tu. Agak mengecewakan n sedih juga lah pembuatnya dik kerana beras yang salah maka hasil pun tidak memuaskan hatinya, tapi rasa tetap sedap. Tak apa lah Dik Na nanti lain kali kena beli beras kat penang n bawa balik umah. Nasi beriani mu itu memang sedap bangat, atau adik masak kat penang pas tu panggil akk n famili g makan2 hehehh bestnya.
Maka akk buat lagi daging hitam ni, tapi makan ngan nasi puti je. Daging akk tak berapa hitam kerana tak ada kicap pekat, tapi suka sangat tapi lagi sedap yang lina msk.
akk tepek resepi ya
Bahan-bahan:
- 1 labu bawang besar ( blend )
- Rempah 4 beradik
- 2-3 helai daun pandan ( simpul )
- 3-4 sudu makan cili boh ( boleh tambah/kurang )
- 2-3 sudu makan tomato puri ( boleh tambah/kurang )
- kicap pekat ( saya guna mahsuri )
- Kicap manis
- Sos tiram
- Minyak
- Air
Cara-Cara:
- Tumis rempah 4 beradik bersama bawang hingga bawang garing
- Masukkan cili boh, tumis hingga pecah minyak. Kemudian masukkan tomato puri.
- Masukkan daging, kacau sebati.Masukkan daun pandan
- Masak hingga daging empuk ( masukkan air jika perlu )
- Bila daging empuk, masukkan kicap dan sos tiram. Sesuaikan rasa.
- Dah siap
salam ros..nanti kalau nak beli lagi..beli kat pasaraya..ada jual basmathi peket sekilo..akak selalu beli yang tu je..jadi.insyaallah tak salah lagi..
ReplyDeleteGambar tak clear ar kak liza .. he33
ReplyDeleteoo..mai geledah dapuq chek cr rcp dgg itam ya..bak mai sepinggan
ReplyDeletealam Kak Erna...itulah kan..hari malas nak bersesak ngan org ramai,ambil jalan mudah beli kat pasar je huhhuhu..len kali kena beli yang dh packing tu..confirm jadikan
ReplyDeleteSalam Wachak....hahahaa camera cap ayam gitu lah gambar pun blur je..nak tunggu duit nuff n beli camera canggih sikit kekekek
ReplyDeleteSalam Lina_pg....mmg sedap sangat daging masak hitam mu itu..errrr akk dah kemas balik la dapur tu..selerak lagi ke..ini tentu keja amani hahah
ReplyDelete