Wednesday, September 28, 2011

BAWAL MASAK KUALI

Kembung masak kuali nama resepi asal tapi memandangkan akk guna ikan bawal jadilah bawal masak kuali, nama resipi ni pun di beri oleh empunya resepi iaitu Cik`Iza, akk copy dari myresipi. Rasanya memang sedap. 



BAWAL / KEMBUNG  MASAK KUALI 
Resepi Asal : Cik`Iza @ Myresipi
Kongsi Bersama : embunrosaliza

Bahan-bahan ( 3-4 org )

  • 1/2 kg ikan kembung (ikan cencaru, selar @ tongkol pun sedap).
  • 4 sudu besar lada boh / cili giling
  • * 3 biji bwg merah
  • * 3 ulas bawang putih
  • * 1/2 inci halia
  • * 1/2 inci kunyit
  • * 1/2 inci lengkuas
  • * 2 btg serai
  • 1 sk halba
  • 1/3 cwn santan pekat
  • 2 sb air asam jawa
  • garam, gula and perasa

Cara-cara

  1. Ikan dibersihkan dan digoreng. Ketepikan ikan yg telah siap digoreng.
  2. Kisar bahan bertanda *. Dgn menggunakan lebihan minyak goreng ikan tadi (keluarkan sikit minyak kalau byk) tumis bahan kisar hingga naik bau.
  3. Masukkan lada boh tumis hingga garing. Masukkan air asam jawa n halba. Jika tumisan agak kering boleh masukkan sedikit air.
  4. Masukkan ikan yg telah digoreng tadi juga santan. Akhir sekali masukkan garam, gula n pak aji.
  5. Siap utk dihidang. Selalunya saya suka mkn lauk ni keesokan hari, lagi sedap.



13 comments:

  1. As salam kak rosa,
    Nama menu yg sgt pelik dn mengelirukan.. Bawal masak kuali?? Sekali baca mcm ikan bawal yg masak kuali tu..hahaha..

    ReplyDelete
  2. he he he... memang sgt pelik namanya

    ReplyDelete
  3. assalam..
    sy pernah msk cenggini ..resipi dr sepupu..tp dia selalu guna aym gorng separuh masak..mmg marvelous..ye la dia selalu msk untk mkn beradap pengantin..nnt nak cuba lah guna ikan lak..tq

    ReplyDelete
  4. pelik jugak nama yer....tapi cnfrm sedap ikan bawal ni...

    p/s..thnks kak..rasanya dah jadi pop-up tu...

    ReplyDelete
  5. wahh kak rosa tayang ikan bawal.mahal tu...nak separuh lehh??

    ReplyDelete
  6. nk ckit...sdapnya...x lunch pon lg ni...

    ReplyDelete
  7. tak kisahlah nama apa ye Kak Rosa, janji sedap... he hehehh

    ReplyDelete
  8. tengok sambal kat ikan tu..imagin..sedapnya dimakan dengan nasi panas2 kak,,,

    ReplyDelete
  9. assalam rosa..macammana la boleh dapat nama masak kuali tu kan..
    akak memang suka kalau ikandigoreng garing2 macam tu..

    ReplyDelete
  10. sedap rcp che'iza ni, pernah try tp dh lama dulu..bila tgk kat Embun cam teringin lak nk mkn. Meh la sekoq wat dinner

    ReplyDelete
  11. dah lama tak jumpa ikan bawal ni. mcm susah je nak cari kat sabah ni...sedap isi ikan bawal. lembut n manis je

    ReplyDelete
  12. aslmkm sis..
    brapa riya ikn tu akak beli?
    hr tu alla nk beli ikn bawal..
    2 ekor kecik2 je dlm 400g je.. rm17 lbh.huhu

    ReplyDelete
  13. lama rasanya x jenjalan ni kak..letih melayan zhariff n broadband.hehe.. kekadang2 kekawan tag kat fb baru paksa broadband BW..huhu..
    sedapnya nampak ikan tu kak..tu pun nampak gambar separuh jer..dari atas smpai tgh..hehe..

    ReplyDelete