Monday, May 20, 2013

KLHC VS TNB FINAL - 2

Kesinambungan dari N3 lepas ya .Istemewa kepada peminat2 hoki dan anaknda ku semua



VVIP yg datang YB Khairi Jamalaluddin ( menteri belia dan sukan ) dan Tengku Mahkota Pahang


 Bersama Faizal Saari pemain Malaysia dan pemain TNB, Idola anak2


 Eqa n Faizal
 Along n Faizal
 Kak Yang n Faizal

Along bersama pemain terbaik Radzee

N3 ketiga utk hari ini betapa rajinnya diri ini megupdate hehhe, tak pernah ku serajin ini


HOKI KLHC VS TNB FINAL

Salam ceria buat semua, semlm 19.5.2013 akk n famili berkesempatan ke stadium bukit jalil menyaksikan perlawanan akhir antara KLHC dan TNB. Sabtu n ahad my abe kena kerja kat Seremban, sesampainya kat rumah dekat2 kul 8pm mcm tu,anak2 sibuk ajak ke Bukit Jalil, pantas je my abe jwb jom la tak penat lagi ni. Selesai solat n mkn kami n famili ke stadium bukit Jalil. Kenagan2 buat anak2ku yg semua pemain hoki sekolah . Alhamdulillah pasukkan KLHC berjaya lagi meraih juara sama seperti tahun 2012 juga dgn agregate 2 - 1, Tahniah. Tak sia2 kami peyokong KLHC, ( mau tak sokong dh dapat baju free heheh )

 ramai juga peyokong TNB n KLHC




 Along n Keeper KLHC Roslan


Tengah dok syok bergambar tetiba nampak Iqram (watak dia dlm drama akasia  Setia ke Hujung Nyawa ) anak2 sibuk bergambar juga, sporting je dia



PUDING TRIFFLE

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua, Pagi ni terasa nyaman je bumiKL baru lepas hujan. Hujan tak hujan pun akk nak juga tayang puding triffle yg dh berjaman akk buat, kali ini menggunakan resipi Linapg pula, simple tapi sedap. Dak Amani duk kutip buah je mkn. Tq ya dindaku atas resepi mu ini




RESEPI PUDING TRIFLE MUDAH DAN SEDAP
Kongsi Bersama : EmbunRosaliza
BAHAN A (Lapisan Kek)
  • Swiss roll secukupnya
  • Air dari jus koktel
CARA-CARA:
  1. Swiss roll dipotong setebal 1cm.Masukkan ke dasar mangkuk.Kek mestilah menutupi setiap ruang dasar mangkuk.Tekan2 sket supaya padat.
  2. Siram/renjiskan dengan air/jus koktel ke atas kek/swiss roll.Tujuan supaya lapisan kek agak moist.Ketepikan
BAHAN B (KASTAD)
  • 1 cawan rata tepung kastad
  • 1/2 cawan gula 
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin air (sukat guna tin susu cair)
  • 1 tin buah2 koktel (asingkan buah dan jus)
CARA-CARA:
  1. Satukan semua bahan, kacau hingga kastad sebati dan gula hancur.Kemudian masak atas api yang kecil hingga pekat.Kastad akan kelihatan sedikit meletup2.Tutup api.
  2. Curahkan adunan kastad ke atas lapisan kek (Bahan A)
  3. Susun buah koktel ke atas adunan kastad sambil ditekan2 sedikit supaya buah tidak terapung.Sejukkan sebentar.
BAHAN C (Kristal Jelly)- sy gn agar2 jer sbb lupa beli
  • 10g serbuk agar-agar
  • 1.2liter air
  • 3/4 cawan gula
  • 1-2 titis pewarna merah
CARA
  1. Satukan semua bahan,masak atas api hingga agar2 dan gula hancur.
  2. Curahkan ke atas adunan kastad.Curah perlahan menggunakan senduk/sudu.Mulai dari tepi supaya lapisan tidak bolos dan bercampur warna.Dengan kata lain buat dengan cermat hoket.Sejukkan sebentar.Pastu pindahkan ke dalam peti ais hingga puding keras.
Update:
Sekiranya menggunaka Kristal Jelly, cuma ikut arahan pada belakang kotak.
Saya gunakan Kristal Jelly brand Nona.Campurkan dengan 400ml air.Dan masak atas dapur hingga hancur.Kemudian curahkan adunan ke atas lapisan kastad


Insyallah lepas akan buat lagi









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...