Seminggu sekali akk buat puding roti karamel ni, anak2 memang suka.
PUDING TELOR BEROTI @ PUDING ROTI KREMER
resepi asal : http://embunrosaliza.blogspot.com
Bahan2nya
~ 3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
~ 4 keping roti gardenia
~ 3 biji telur - di pukul manja dan di tapis
~ 2 cawan air suam
~ 1 Atau 3/4 cawan susu pekat manis
~esen vanilla
Cara- cara
Dengan menggunakan loyang, sediakan gula hangus........kemudian ketepikan. Panaskan pengukus..... Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Kemudian masukkan adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak..
****Gula Hangus****
sediakan loyang dan masukkan 3 sudu besar gula, nyalakan api yang sederhana, kacau gula sentiasa agar gula tidak hangit , tunggu sehingga gula cair sepenuhnya dan berwarna kekuning2an. Kemudian, terus angkat loyang dari atas dapur, ketepi. Gula hangus ini akan mengeras, tetapi akan cair semula bila kita mengukus nnt.
Semalam pun akk ada buat tapi guna coffemate, pas tu letak perisa coklat, menjadi juga. Kalo sempat nnt akk n3 puding yang tu pulak.
Selamat menjalani ibadah puasa buat semua


hi hi hi... tertipu oleh gambar strawberry tu...ingatkan buah betul, 2 kali pandang baru perasaan..
ReplyDeletepuding begini memang sedaplah kak, tapi nak buatnya kadang-kadang terpaksa panggil semangat dulu.... kurrr datanglah wahai kerajinan...
macsm mane nk buat gula hangus tu eh?
ReplyDeleteTerliur tgk puding tu......nak ambik resepi akak yer....TQ..
ReplyDeleteassalam,kalau dulu2 mmg puding ni cr kat pasar ramdahan, xkira mahal pun msti beli gak.Dah pndai wat sdnri dah tak heran ngan yg dok jual tu kan?sedap ni mkn yg sejuk2..dh lama tak wat puding roti ni..chop eh wat kat kampung nnt hik3
ReplyDeleteAkak rajinnya memuding..kat umah ni macam x cukup masa lak nak layan puding..buat pun asik ada lebih ajer x bermakan...biasa layan puding tgh hari..sebab masa berbuka tu mkn cam biasa. tahun ni mmg lambat je kalo buat puding..terliur nengok puding akak aih
ReplyDelete