Salam buat semua..ini merupakan n3 tertunggak biskut raya hari ti...walaupun biskutnya dah lama habis rasa sayang pulak kalo gambar dan resepinya tak di tepek disini....senang untuk rujukan di tahun2 mendatang atau bila2 masa rajin untuk membuat biskut ini. Terima kasih buat
Che Mat Gebu kerana resepi biskut yang menjadi kesukaan anak2 akk ini. Izinkan akk copy n paste resepinya ya Mat. Akk copy dari rumah
Linapg resepi ni.
Pertama kali buat biskut dahlia..walau tak secantik mana tapi rasanya teramat sedap n gebu gitu..ala2 tuan punya resepi gitu.
BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g mentega
160 g gula aising
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla
240 g tepung gandum*
100 g tepung jagung*
160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak)
Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
- Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla/rose dan putar hingga kembang.
- Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan.
- Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit .(sy bako 120'C-10min)
- Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
p/s..selepas ini mungkin hanya ada satu atau dua lagi n3..lepas ni akk berehat seketika...doakan akk ya..panjang umur kita jumpa nanti. Hari ini dah pun 1.10.2010..due akk 7.10..emmm bila lah bby akk ni nak kuar ya...agak2nya 5.10 kut heheh ataupun 10.10.10 gitu kelasss gitu