Hari ini bersemangat sikit, pagi2 dah boleh letak n3. Amani lepas minum susu kul 6 tadi, sambung tido. Sempatlah akk naip2 sikit, sidai kain pun sudah, sapu2 rumah nyata je belum lagi heheh.
Anak2 akk cukup suka dengan dagingg black pepper ni, akk buat dgg ni minggu lepas lagi, tapi nak sampai ke hari ni, dah 3 kali buat.maknanya dalam seminggu 3 kali dah resipi daging black pepper ni.
Teramat simple resipi daging black pepper ni, akk memang suka masakan yang simple tapi sedap ,nak di jadikan ceritera, minggu lepas, bawang besar kehabisan kat umah , ada bawang merah n bawang putih je, akk msk apa2 pun suka boh bawang besar, cepat lah habisnya. Cari2 n gali2 ngan google terjumpa resipi dari dapur K.Nor Secubit Garam kat myresipi, simple sangat resipi tanpa bawang2 segala. Sepantas kilat akk kedapur n campak2...siap dan rasanya tersangatlah sedap. Terima kasih Kak nor
DAGING BLACK PEPPER
Resipi : K. Nor @ Myresipi
Kongsi bersama : embunrosaliza
Bahan-bahan ( 4 - 5 org makan )
500gm daging batang pinang
1 sb serbuk lada hitam yg ditumbuk kasar - lebihkan jika ingin lebih pedas
1 biji lada benggala hijau
1 biji lada merah
3 sb kicap manis
2 sb sos tiram
1 cawan air
1 sb tepung jagung yg dibancuh dgn 2 sb air
1/2 sudu garam halus dan 1 sb gula
minyak utk menggoreng
Cara-cara
1. Potong daging nipis2 dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. Bersihkan dan toskan selama 1 jam atau lebih supaya daging tidak mengeluarkan air yg banyak ketika menggoreng.
2. Potong panjang kedua2 lada. Sebelum itu hendaklah dibuang dulu butir2 lada
3. Panaskan minyak. Sebolehnya digunakan minyak yg banyak dan menggunakan api yg kuat spt yg ditunjukajar oleh chef asal supaya daging itu tak perlu digoreng dgn lama. Goreng daging lebih kurang 3 - 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat.
4 Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar shj. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah. Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Kacau sebati. Peringatan: garam tak perlu letak banyak2 kerana dah pun masin - dari kicap dan sos tiram
5. Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan sukatan air. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan lada benggala dan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih. Bila dah agak pekat boleh lah di padamkan api dan hidangkan panas2 dgn nasi putih.
Ada rasa ala2 steak , la ni anak2 masih kemaruk lagi nak makan. Lepas ni pasti ada lagi siaran ulangan daging black pepper ni
Tuesday, October 18, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
30 comments:
sedapnye..pagi2 tengok DAGING BLACK PEPPER..terliur dibuatnye pagi2...
sedapnye nampak daging black paper tu..menyelerakan betul.
Baru semlm msk ayam blackpeper resipi Nor jgk..mmg sedap terasa sampai pagi ni..hehehe
apa khabar kak? bagus juga resipi daging lada hitam guna serbuk lada hitam kasar/tumbuk, lebih pedas brbanding sos lada hitam botol tu. mesti rasa steak :))
Sedap kalau daging black peper ni. Naz suka tp malas masak hehehehe
seronoknya duduk rumah..
sedapnya kita tengok lauk akak ni..anak2 & hubby suka juga lauk berdaging ni..ada lagi tak meh minta sepiring buat makan tengahari ni..hehe
tunggu cuti baru buat.
menu daging black pepper yg paling saya suka..terasa lapar dgn tiba2 bila masuk kali pertama di blog ini..
Menu masakan ni en daun biasa buat ni. Tak la pyh mana pun..hehe..
Thank you for your wonderful article it really helped me a lot.
You can also visit my site if you have time.
triciajoy.com
www.triciajoy.com
n8fan.net
www.n8fan.net
Post a Comment