Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, February 27, 2023

PANTAI SIPUT JALAN BUMI HIJAU

 Assalamualikum dan selamat petang. Teruja sangat dgn N3 hari ni.

Semlm 26.2.2023 kami ke Sabak Bernam, tujuan utama mencari siput la konon2 nya, dah la x pernah tau pun. 

Terima kasih en Google dan Google Maps yg sangat2 membantu. Plan dah lama tetapi asyik tak jadi je. Kali ni nyaris2 x jadi juga.

Tapi alhamdulillah allah permudahkan, dpt juga kami ke Pantai Siput Jalan Bumi Hijau. Kalau Guna Waze dia bagi jalan x berapa tepat. 

Sebelum kesini memang byk dh ku google mencari ilmu kwasan sini. Alhamdulillah, memang x terduga akal fikiran. Laluan masuk utk ke pantai jln tidak berturap. Dari rumah agak jauh juga la nk kesini. 137km juga 2 jam lebih juga perjalanan. Nasib baik masa kami sampai air surut, boleh la mencari remis. Ada juga Lokan.

Biar gambar berbicara

Hasil pencarian tengah panas terik
Cantik sangat
Jalan masuk ke sini. Ini snap ms dh kluar, masa mSuk sibuk duk guna google Maps, x sempat snap gambar.

Panas bedeting pun lilex2 je cari
Seronok 


Wednesday, February 22, 2023

WORDLESS WEDNESDAY WW

 





 

Tuesday, February 14, 2023

ASAM PEDAS SEDAP

 Assalamualaikum dan selamat petang, ini rasanya kali kedua masak asam pedas kena selera dgn anak tekak. Dulu2 masak asam pedas yg guna buah keras utk pekatkan kuah. Sekarang ni x berapa suka pulaa masak yg letak buah keras.

Sayang pula resipi bila msk kena selera anak tekak. Simpan sini, senang nk buat lain kali.

Google sana sini tgk resipi tp semua mcm x kena je

 Lps tu tgk dkt my Rasa, lebih kurang, cuma dia letak halba, saya letak halba campur. Sukatan main letak je. Nk buat rujukan bahan2 je

Nampak Ceroi, tp kena dgn seleraku. 


ASAM PEDAS SEDAP

Resipi : Olahan Rosaliza aka SyazaLiza

http://embunrosaliza.blogspot.my

Rujukan : myRasa

BAHAN2

Ikan Pari kecil potong 6 bahagian @ 4 keping yg besar

Bawang Merah blend

Bawang Putih blend

2 sudu cili kisar

Halia di Mayang

1 batang serai di titik

1 sudu teh halba campur

1 sudu teh lada hitam yg telah di blend

1 sudu belacan

1 sudu serbuk kunyit

Asam jawa

Gula melaka

Garam

Secukup rasa

2 kuntum bunga Kantan belah 4

10 biji bendi potong 2

2 biji tomato belah 4

Minyak Masak secukupnya

Air Secukupnya

CARA2

1. Panaskan periuk, masukkan minyak. Tumiskan halba campur dan halia, kemudian masukkan serbuk belacan, bawang2 dan cili kisar juga serai. Kacau hingga naik bau. Masukkan gula melaka.

2. Ikan di bersih kemudian rendam dgn asam jawa sekejap. Bilas bersih dan toskan.

3. Bancuhkan asam jawa dgn air. Kemudian masukkan kedlm periuk tumisan td. Masak hingga mendidih.

4. Masukkan bunga kantan, ikan, bendi dan tomato.

5. Perasakan dgn garam dan secukup rasa.

6. Sesuaikan rasa, pedas2 masin dan sedap.

7. Boleh la tutup api. Siap. Asam pedas ni x pekat sangat kuah. Tp boleh menghirup kuah hingga ke titisan terakhir. 


Friday, February 3, 2023

Ayam Kicap 3 Budak Gemuk

 Assalamualaikum dan menghampiri ke tengah hari dah. Siap masak lauk tengah hari dh. Ada juga beberapa kali buat ayam kicap ala2 3 budak gemuk. Tp resipi x disimpan di blog embun pula.

Guna perkhidmatan En Google utk cari resipi, tgk2 resipi ciknom yg teratas sekali dan paling senang.  Terus ke dapur goreng ayam yg memang dah tersedia utk di goreng. Maka siap lah ayam kicap

Nampak kering kerana x curah habis lg kicap
Berasap kelabu gambar 😅😅
Ini telah di curahkan kesemua kuah2 kicap tu


Ayam Kicap 3 Budak Gemuk

Resipi : CikNom

Di Cuba : embunrosaliza @ syaza liza

½ ekor /600g ayam

sedikit garam

serbuk kunyit

1 tangkai daun kari

3 biji bawang merah kecil

2 ulas bawang putih

½ inci halia

3 biji cili padi

1 Sudu besar cili kisar ( rosaliza tambah )

½ biji bawang besar

anggaran ¼ cawan kicap pekat manis

2 sudu besar air asam jawa

2 sudu besar sos tiram

½ sudu besar gula melaka

CARA-CARA:

  1. Cara-cara untuk sambal gesek:
    1. Potong kasar bawang merah, bawang merah kecil, bawang putih, dan cili padi.
    2. Panaskan minyak dan goreng bahan potongan sehingga lembut lalu mengangkatnya.
    3. Kisar atau tumbuk kasar bahan yang telah digoreng bersama garam, gula secukup rasa dan sedikit serbuk perasa (pilihan).
    4. Perah jus limau nipis kedalam sambal untuk menjadikan ia lebih sedap dan gaul kesemua bahan.
  2. Cara-cara untuk ayam masak kicap:
    1. Letakkan sedikit garam dan serbuk kunyit didalam ayam. Gaul sehingga rata dan perap ayam untuk seketika.
    2. Tumbuk kasar bawang merah kecil, bawang putih, halia dan cili padi.
    3. Goreng ayam sehingga ayam masak tetapi tidak terlalu garing dan kemudian, angkat ayam.
    4. Tumis bahan tumbuk kasar lalu masukkan daun kari. Tumis bahan-bahan tersebut sehingga kekuningan dan naik bau.
    5. Masukkan kicap pekat manis, air asam jawa, sos tiram, dan gula melaka.
    6. Masukkan ayam goreng kedalam kuah kicap dan tambah sedikit air jika kuah terlalu kering.
    7. Masukkan hirisan bawang besar dan renehkan ayam sehingga masak sebati bersama kuah masak kicap,
    8. Kemudian, ayam masak kicap ala 3 budak gemok siap untuk dihidang bersama sambal gesek
SAya x buat sambal gesek

ROTI CELUP TEPUNG @ CRISPY FRIED BREAD @ ROTI GORENG RANGUP

Assalamualikum dan selamat pagi, agak lama juga x buat roti goreng rangup ni, baru2 ada terdengar ' lama dah x mkn roti celup tepung mama' 😅😅😅.

Selalu juga buat roti mcm ni tp x snap gambar. Kali ni snap gambar semata2 utk update kat blog. Resipi yg di olah oleh blogger tersohor Hasue di Sarawak sana.

Suka buat roti ni potong kecil2, sekeping roti tu boleh potong 8, kalau potong 4 besar pula jadinya.

Roti ni jadi bekalan ank sekolah pgi ni. Selalu hari jumaat bekal simple2 je, ank2 blk awal hari ni.

Jomm semak resipi


ROTI GORENG RANGUP @ ROTI CELUP TEPUNG

Resipi :  HaSue @ Myresipi
kongsi bersama :embunrosaliza.blogspot.com @ syaza Liza

Bahan-bahan ( Satu family leh makan )

8 keping roti
Serikaya - Secukupnya
2 cawan Tepung gandum
2 1/2 cawan air
2 sm Marjerin
1 sudu kecil garam dan gula(gula bkn nak bagi perasa tp nak bg kuih sdikit berkilat je) saya letak 3 sudu gula
Sedikit pewarna kuning
Cara-cara

1. Di dlm bekas,satukan tepung bersama marjerin,garam dan gula. Bancuh dgn air(guna whisk lg sng)warnakan kuning dan ketepikan.
2. Ambil 2 keping roti dan intikan dengan serikaya dan potong ikut citarasa..nak cantik buang kerak tepi pun boleh.
3. Panaskan minyak di dalam kuali utk menggoreng.
4. Celupkan roti td ke dalam adunan tepung dan goreng segera sehingga keperangan. (Sy suka sedikit hangus,lg rangup!)
5. Tips: Roti yg dipotong pd saiz kecil lebih menarik perhatian si manja anda.. SELAMAT MENCUBA! :)




Saya Guna Kaya jenama ni
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...