Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, May 31, 2010

NASI KERABU

Salam dan selamat petang buat semua...Hari ini akk lunch dengan nasi kerabu...dah lama dok cadang2 nak buat nasi kerabu ni..tapi ada2 je lah, letih la malas la n mcm2 lagi. Nasi kerabu akk biasa je, akk ada beli juga bawang jeruk tapi lupa lak nak ambil kat peti ais......nampaknya malam ni pun akk mkn nasi kerabu ni juga lah...kalo ingat akk snap pic yang ada bawang jeruk tu...best kalo mkn ngan nasi kerabu ni...jom makan nasi kerabu...yang kerabunya pun kurang je...tak ada daun2 ijau la. Terima kasih buat adik akk egieazira yang banyak membantu akk masak nasi kerabu ni...huhuhu mlm ni dia merantau lg umah kakaknya yang lain pula di Kelantan .Terima kasih ya ucu :~


Akk guna cili / lada dari kelate untuk buat solok memang best....pedasnya kurang sikit
Tersikit je letak kat pinggan dah siap pun solok akk ni...lada2 pun kecil je, 3 biji dpt akk mkn ngan nasi ni}~

RESIPI SOLOK LADA 


 Lada solok 10 biji - dibelah tengah dan keluarkan biji
1 cawan kelapa - digoreng hingga kekuningan
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
sedikit halia
1 batang serai - dihiris nipis
10 biji lada hitam
1 biji telor
Sedikit garam n nisan/gula melaka
2 ekor ikan kembung @ apa2 ikan - direbus ngan sedikit garam, dan ambil isinya.
1 cawan santan sederhana pekat


*********************************************
CARA - CARA
1. Tumbuk lada hitam,serai,halia ,bawang,dan nisan, kemudian masukkan ikan, tumbuk seketika hingga bergaul mersa. Masukkan garam. 


2. Keluarkan bahan2 tumbuk tadi dan masukkan kedalam mangkuk besar.  Selepas itu masukkan kelapa yang telah di goreng tadi kedalam bekas(  kalo rajin kelapa ni di tumbuk sedikit untuk menghaluskannya ). Gaul mesrakan bahan2 tersebut.


3. Pecahkan sebiji telor dan gaul rata. Kemudian bolehlah disumbatkan kedalam lada tadi. Buatlah sehingga habis


4. Susunkan didalam periuk, kemudian masukkan secawan santan. Tutup periuk dan masaklah dengan api yang perlahan sehingga kering. ( dalam 10 minit )


nota* boleh guna sebarang cili berkaler hijau, tapi kalo guna lada solok lagi best.

Agak2nya kalo kat KL ni RM 5.00 sepinggan dapat tak heheh. Ambil lah ya kalo ada sapa2 yang dah lama tak makan nasi kerabu.....

Sunday, May 30, 2010

PUDING KOKTAIL KASTARD BERKUAH

Salam dan selamat pagi buat semua rakan2 di alam maya ini....semoga sihat dan ceria sentiasa. Petang semalam akk buat puding kastard......dah lama sangat terasa nak makan dan cuba resepi ni. Resepi sebenar akk tak pasti, cuma dlm kastard tu di letak agar2...jadi puding ni rasanya lembut sangat. Akk selalu makan yang biras akk buat tapi tak terminta pula resepi, jadi akk cuba2 lah sendiri, nasib baik menepati citarasa akk ni. Sukatan yang tepat tak dapat la akk berikan, tetapi sukatan taram je akk guna heheheh, jom makan puding best ni sejuk je tekak :~








Untuk puding

1/2 cawan tepung kastard
1/2 cawan air utk membancuh tepung kastard
5   cawan air.
3/4 cawan susu cair
gula secukup rasa- lebih kurang 3 sudu besar
sedikit agar2- 1 sudu besar

cara2
Satukan kesemua bahan2 di dalam periuk, kemudian masak hingga kuah pekat dan mendidih. Sejukkan.

Kuah


4 cawan air
Baki susu cair tadi.
gula secukupnya - 5 sudu besar gula
1/2 cawan tepung kastard
1/2 cawan air utk membancuh tepung kastard

Cara2

Satukan kesemua bahan2 didalam periuk, dengan menggunakan api yang sederhana. Sentiasa kacau aduanan, dan masak hingga mendidih. Sejukkan


1 tin fruit cocktail

Puding sangat lembut strukturnya. Cara menghidangnya sesuka hati...sebb anak2 akk ni ada yg mkn puding ngan kuah je, ada pula yang mkn buah ngan kuah je.....mana2 pun boleh..janji habis dan tak membazir

Saturday, May 29, 2010

KUEW TEOW LADNA

Salam kembali semoga ceria dihari yang panas terik ini...dah siap2 masak untuk lunch ke,?. Pagi tadi akk masak kuew teow ladna versi senang n simple je...cara akk la tu. Akk guna kiub ayam je n letak sikit tepung jagung untuk memekatkan kuah dia. :~



Versi lupa nak letak limau...itu la akk ni hiasan2 selalu lupa je heheheh.....nama pun simle je kan

Kalau sapa2 yang belum makan lagi tu...sila la ambil ya...cuci mata pun jadi lah kan.

GORENG PISANG TANDUK

Salam dan selamat pagi buat semua, dah bf ke, sebenarnya goreng pisang ni akk buat untuk minum petang hari rabu lepas, memandangkan pagi ni belum ada idea nak msk apa2 lagi akk letak la n3 ni dulu. Sedap goreng pisang ni...walaupun akk guna tepung gandum je...krup krap krup krap tu tetap berbunyi...sampai anak akk pun pandang je masa akk kunyah tu...eh mama mkn apa bunyi2 tu heheheh. Resepi ni akk ambil rumah Hasue yang masih kepeningan lagi tu ........maaf sue akk pg selongkar dapur sue nak c n p resepi tak jumpa la pulak, ini akk ingat n terus buat la best sangat. Pas ni akk p kemas balik ya heheh :~

Akk guna tepung gandum,garam, gula, majerin, dan air....sukatan yg tepat nnt bila akk dpt c n p resepi baru akk tepek kat sini ya........Selamat bercuti buat semua

Friday, May 28, 2010

AWARD DARI DEENA FARHANA

Salam dan selamat petang buat semua...petang2 gini bila buka je pc eemmmm akk dpt wonderfull blog award dari Deena farhana...sahabat di alam maya ini, yang rajin menyinggah dan bertandang kat umah akk ini. Semoga persahabatan kita di alam maya ini berkekalan deena. Tq ya. :~

Suka akk kaler2 pink gini...terima kasih ya Deena.

NASI LEMAK KERANG

salam dan selamat pagi buat semua...hari ni cuti tentu masing2 ada perancangan hendak kemana2 kan, akk duk umah je hari ini, memandang my abe kerja huhuhu...tak dapat pergi jalan2. Kebiasan akk kalau hari cuti sekolah gini menu breakfast berat sikit, kalau hari sekolah selalunya berasaskan gandum atau roti je. Hari ini akk masak nasi lemak kerang untuk sarapan akk anak beranak merangkap menu untuk lunch sekali......tak payah susahkan kepala nak pk menu untuk lunch. Boleh la akk belayar kemana saje nak menyingah n berlabuhkan...hehehhe melayari internet la..bukannya kebabummmm tido daaaaaa. Jom bf umah akk, nasi lemak biasa saje ni tak ada yg spesial pun, resepi pun simple je...yg penting tak berapa pedas sangat :~


Selamat bercuti ya buat semua

Wednesday, May 26, 2010

KELAPA LAUT BERMADU

Salam dan selamat petang buat semua...pernah tak minum air kelapa laut bermadu ini. Sebenarnya  kelapa laut ni ada dua jenis ..yg akk tau la.....satu dalam sirap gula dan satu lagi yang bermadu. Bagi akk yang bermadu lagiiiii sedap. Hari tu teringin sangat nak minum air kelapa laut ni...abis orang akk suruh carinya, sampaikan adik akk kat kampung pun susah payah la mencarinya. My abe dh cari kat area akk tinggal ni tapi tak jumpa la pulak. Pas tu kawan akk ada jumpa kelapa laut ni...lalu di belinya, yg teringin hari tu pun dh abisss.Yang ini pula dah lama adik akk bagi...la ni teringin nak mkn n minum lagi hehehehh jadilah air ni...sedapnya. Tq ya Ayu;~

Dalam tin lagi....


Jemput minum ya...nyamannnn...selalu time puasa mmg byk org jual air ni...tapi beli yg tin byk dpt minum

CREATIVE BLOG ANUGERAH DARI EDDYBOYZ86

Salam buat semua, hari ini akk angkut lagi award, semoga persahabatan di alam maya ini berpanjangan. Terima kasih buat eddyboz bagi akk award creative ini...heheheh akk tak kreatif pun:~

Terima kasih ya......

Tuesday, May 25, 2010

MASAK LEMAK CILI PADI LALA

Salam di hari selasa buat semua, semoga sihat sejahtera sentiasa. Hari ini akk masak lemak cili padi lala. Masak lemak biasa je...nama je cili padi tapi tak pedas mana pun. Kalo pedas sangat anak2 tak makan pulak, Jadi akk letak 4 biji cili padi siam tu, rasa sikit jelah pedasnya. Jom la layan pic....panas lg ni, berasap lagi heheheh:~



Kuah dia nampak cam ijau2 sikit nape tah...yg real punya ok je. Ingat time p pulau pinang...suka sangat akk  cari lala gini....tapi jenis yg retak seribu n kaler ijau tu...korek2 pasir main ngan anak2 bestnya.....tunggu la org penang nnt akk pg...tapi tak larat la pas ni nak carikan...duduk pun payah kan lina_pg...tak ada maknanya nak cari lala kan heheehe baik p order kat teluk tempoyak je kannn

Monday, May 24, 2010

KERABU NANGKA

Salam buat semua...sebenarnya kerabu nangka ni dah lama akk buat...cuma tap upload pic je. Kerabu yang akk buat ni jenis kering sikit, biasa ada orang meletakkan santan, tapi akk punya kering je. |resepi yang biasa akk guna untuk buat kerabu.....bahan2 pun biasa juga....akk menggunakan ikan kembung bakar dan kelapa goreng.:~

Inilah rupa kerabu nangka akk...kalo nak yang basah2 sikit kena letak santan sikit...emmmm best, selera kampung.

AWARD DARI CIK SITI / NORSHIMAH

Salam ceria di pagi isnin buat semua, award ni akk ambil kat umah norshimah teratak pena , akk gantung ya, Tq badi akk award ni, moga persahabatan di alam maya ini berterusan, dan saling kunjung- mengujungi anatara kita. :~


Terima kasih daun keladi...............................

Sunday, May 23, 2010

SOYA HOME MADE

Salam dan selamat petang buat semua, semoga sihat n ceria sentiasa ya, hari ini akk buat air soya, dah lama kacang tu dok betapa dalam gobok heheh....sebelum di musnahkan oleh makhluk asing baik buat air soyakan...dapat la juga meminumnya tak payah keluar p kedai nak beli2nya. Semua orang dah pandai buat air soya ni rasanya.......memang senang sangat, kalo dulu2 akk ungat payah juga. Jom minum soya segar ni:~



Yang ini baru akk toskan......betul2 buat sendiri tau, bukan yang kotak punya. Ok semua selamat berhujung minggu bersama yang tersayang......

Friday, May 21, 2010

CENDAWAN CELUP TEPUNG

Salam dan selamat petang buat semua, tentu sudah minum petang bersama keluarga masing2.....orang bujang minum kat mana ya...kalau sendiri nescafe cicah ngan biskut best gak tu. Cedawan ni akk buat atas permintaan anaknda, tapi akk tak berapa suka sangat la. Akk guna tepung goreng adabi je...abis cerita, juri kata sedap heheheh. :~


Resepinya ada dekat kotak tepung goreng adabi......

AWARD PENGHARGAAN DARI YUSENZE

Salam dan selamat pagi buat semua...suka sangat hari ini dok BW tiba diblog  Yusenze, akk baca satu sketsa atau pun cerpen...yang bestnya akk pun ada watak dalam tu...Tq ya Yus, suka akk. Izinkan akk gantung award kat umah akk ya:~

Terima kasih.....Akk ucapkan

Thursday, May 20, 2010

SPAGHETTI

Salam dan selamat petang buat semua, dah hampir masa untuk makan malam akk baru dapat update blog. Cadang hati nak boh n3 petang tadi, hujan dan petir kuat sangat takut la pulak kena stremyx akk langsung tak dapat nak berjumpa teman2 alam maya tak ke haru kn. Menu ni sebenarnya akk masa untuk lunch.... suka tengok anak2 makan. Tuan resepi minta ijin ya akk nak cedok resepinya, untuk rujukan masa depan, akk kan suka resepi yg sempoi tapi sedap n cepat di masak. Resepi akk ambil rumah Lina_pg, tq ya dik na:~

Ini la jenama yang akk pakai. Akk guna yang 500gm hehehh..maklumla anak ramai
  • 250gram speghetti - (saya guna brand San Remmo Vermicelli )
  • 1 tin sardin size sederhana ( saya guna ayam brand 230g) - hancurkan isinya
  • 1 labu bawang besar ( dadu)
  • 1 biji tomato ( dadu )
  • 2 ulas bawang putih diketuk )
  • 8-10 sudu makan Prego Pasta Sos ( sy gn yg Traditional )
  • 1-2 sudu makan sos tomato
  • 1-2 sudu makan sos cili
  • Garam & gula@serbuk perasa
  • Olive oil / myk masak
  • Air
Cara-Cara :
  1. Panaskan air untuk merebus pasta , masukkan garam dan beberapa titik minyak. Bila air mendidih, masukkan pasta. Rebus hingga pasta lembut @ betul2 masak.
  2. Tumiskan bawang besar & bawang putih hingga wangi dan sedikt layu. Masukkan tomato tumis lagi..
  3. Masukkan sardin (sekali ngan kuah ), sos prego, sos tomato dan sos cili.Kacau sebati
  4. Tambah sedikit air jika perlu. Masukkan garam, gula@serbuk perasa. Sesuaikan rasa. Tutup api
  5. SeLaMaT MeNcUbA

Wednesday, May 19, 2010

BUAH KUINI

Salam buat semua......emmm kenal tak ngan buah ini, tak kan tak kenalkan buah yang popular di malaysia ni, tapi buah jenis bermusim. Baunya fuhhhhhh memang mengacam habisss. Tak tertahan dengan godaan bauny akk pun beli la sekilo rm 4.00 ada la 5 biji. Isinya manis dan masam2 sikit.....sedap sangat. Tapi akk lagi suka bau dari isinya heheheh. Tapi pic ni tak keluarkan bau...kalau berbaukan best hehehehehh.

Warna isinya memang menarik.....yang lain tu belum masak lagi huhuhuh

Tuesday, May 18, 2010

AWARD DARI PUAN ISAH

Salam dan selamat petang buat semua....baru kejap tadi akk pg kutip award dari rumah puan Isah. Tq ya n selamat berkenalan. Saya gantung ya :~

Tq ya, tag tak jawab hehehe

TEPUNG APAM

Salam buat semua..hari dah semakin meninggi...tentu ibu2 sibuk menyediakan makanan tengah hari...Kali ini akk ingin memperkenalkan makanan tradisi atau kuih trdisi negeri kelantan....sangat terkenal zaman dulu2. tapi anak2 sekarang mungkin sudah melupai kuih2 macam ini. Macam akk pun tak tau bahan2 yg terkandung dalam tepung apam ni...rasanya manis, pedas dengan lada hitam, ada bawang halia, serai dan menggunakan tepung beras, kalau tak silap akk bancuhan ini hendaklah di peram terlebih dahulu. Akk pernah cuba tapi tak menjadi. Kuih ini akk beli  50 sen sebiji,.....suka sangat ngan kuih ni, pas tu kena cicah dengan kelapa. Jom layan pic :~





Memasaknya dengan kaedah membakar/ menggoreng menggunakan minyak yang sedikit didalam kuali.

Monday, May 17, 2010

LEMAK PUCUK PAKU

Salam dan selamat petang buat semua...semalam tgk umah linapg masaj lemak putih labu...terasa la pulak nak makan masak lemak putih...labu tak ada jadi akk masak la pucuk paku. Sedap juga la buat sayur, makan ngan ikan bawal goreng. Jom layan pic. :~

Terima kasih banyak2 buat adikku yang baru sampai dari Penang yang akan menghabiskan cuti semestanya kat umah aku pulak...dah 2 minggu di Penang kali ini berhijrah umah akk kat KL pulak tq buat egieazira.blogspot.com yang ngajar akk untuk buat photoscape dapatla akk edit pic heheheh tq ya dik. Jasamu di kenang.

Saturday, May 15, 2010

PATIN MASAK TEMPOYAK

Salam buat semua....entah kenapa akk jadi suka sangat makan ikan patin tempoyak ni...minggu ni dah 2 kali masak ikan patin.....sedapnya bau tempoyak tu. Kat umah akk ni hanya akk seorang saje yang mkn tempoyak, my abe langsung tak sentuh....jadi seekor ikan patin tu boleh la akk masak dua kali. Jom layan pic patin tempoyak. :~

Ini yang akk masa hari rabu, dua ketul je...sedapnya...


Bahagian ekornya akk masak lunch tadi...bila dah suka tak jemu rasa mkn lauk gini. Cara masak tu stail akk la..letak bawang putih, bwg merah kunyit, cili asam keping n air....rebus kuah bagi mendidih dahulu baru masukkan ikan. Akk dah cuba yang tak letak bawang tapi guna ikan kerisi...tak best pulak rasanya.

MEE KARI SIMPLE

Salam dan selamat pagi buat semua......sebenarnya mee kari ni akk buat masa lunch semalam, Mee kari akk agak simple sikit...sekadar memenuhi citarasa anak2 yang tak berapa suka dengan kepedasan dan bau- bauan dalam kari. Jadi lah mee kari simple.


Ini lah mee karinya.....mungkin lain orang lain cara masaknya kan....

Friday, May 14, 2010

PIZZA TUNA ISLAND

Salam dan selamat malam buat semua...malam ni akk tak masak2, cuma beli pizza je. Saje je nak menyemak kan n3 bagi meriah sikit akak tempek juga lah gambar kat sini....kut2 teringin nak mkn pizza boleh klik2 kat sini kan.



Dah pun tinggal kotak je....

KEK COKLAT KUKUS HANA

Salam buat semua, semalam akk buat kek coklat kukus Hana ni..best sangat2. Hana akk nak minta izin C n P resepinya ya, senang untuk rujukan masa depan. Tengok gambar je lah dulu pas ni akk letak resepinya ok. Nak masak mee kari jap lagi anak2 balik sekolah.



Guna loyang besar sangat...kek jadi nipis la pulak.......ni topping tengah cair lg cepat2 snap pic takut simpan peti ais nnt ada yg tak sabar di potongnya nnt. TQ ya HANA, resepi kek yang sedap ini:~
Minta izin c n P resepinya ya Hana

Bahan-bahan ( size loyang 18cm )

  • 11/4 cawan tepung gandum
  • 1/2 cwn serbuk koko van houten
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 kotak susu coklat (250ml)
  • 2 biji telur (size M)
  • 1 cawan gula halus
  • 1/2 cawan butter
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 1/4 cawan minyak masak n esen vanila
  • TOPPING
  • 3-5 sudu besar susu pekat
  • 1/4 cawan serbuk koko van houten
  • 2 sudu besar butter
  • 2 sudu besar susu segar

Cara-cara

  1. Pukul telur,gula dan butter sampai kembang.Kemudian titiskan esen vanila. n pukul lg.
  2. Ayak tepung,serbuk koko dan baking powder.
  3. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur.Kaup balikkan.
  4. Masukkan susu kotak,susu pekat,minyak dan gaul sebati.
  5. Masukkan dlm loyang yg telah dilengser minyak/marjerin. Tutup dengan aluminium foil..Then kukus 45min...Dah masak sejukkan.
  6. Utk topping...campurkan semua bhn dan masak secara double boiler. Then bleh la curahkan kat atas kek yg dh sejuk td.. Hiaslah apa suka...Pastu simpan dlm peti sejuk beberapa jam sebelum dipotong. Taraa...dh siap...bleh la makan....

Thursday, May 13, 2010

HAPPY BIRTHDAY BABY

Salam dan selamat petang buat semua....pagi tadi sibuk sikit, ni dah siap makan, dan anak2 pun tengah bersiap2 untuk ke sekolah agama pula. Hari ini 13. 5. 2010, genaplah usia anak ku yang ke 5 tahun...Nur Syaza Adawiyah...hepi besday baby. Sebenarnya majlis makan2 akk buat hari ahad lalu bersama ngan hari ibu, tapi satu menu pun tak sempat nak updated. Hari ini akk buat kek coklat lembap kukus hana je....belum potong lagi....tengah menyejukkan diri dalam peti ais heheh. Gambar si baby nnt akk letak ya...ada kerja sikit lagi ni



 Pantang nampak kamera kalo mood baik mesti posing punya.

Wednesday, May 12, 2010

JERUK MAMAN

Salam dan selamat malam buat semua.....dah mkn mlm ke belum...kali ini akk nak kongsikan jeruk kesukaan akk. Setiap kali balik kampung jeruk ni mesti akk beli. Sedap rasanya masam2 gitu. Nak buat susah semestinya akk tak pandai heheheh. Ada sapa2 yang pernah makan tak jeruk gini, dulu akk ada tengok masakkan Negeri Sembilan ayam masak maman dalam majalah apa, akk dh lupa. Jeruk ni dah abis pun, tinggal gambar je untuk di kongsikan bersama sahabat di alam maya ini :~

Ini lah rupa jeruk maman tu...kuah dia best masam2. Akk beli kat Pantai Dalam, suka sangat mkn ngan ikan goreng.

Akk boleh habiskan sorang diri je sebyk ini hehheh.....terasa sedapnya. Kat negeri lain ada tak jeruk maman ni....

ROTI GORENG

Salam dan selamat pagi buat semua....dh sarapan ke belum...pagi ini akk buat roti goreng atas permintaan anak2...selalu dok buat roti telur hancur je. Tentu semua dah pandai masak roti goreng yang simple tapi sedap di mulut anak2 kan. Orang2 bujang pun tentu dah biasa buatkan roti gini:~


Bahan2
1. roti
2. telur
3. lada sulah...akk guna aji shio
4. minyak untuk menggoreng

Cara2
Pukul telur dengan aji shio sehingga sebati........panaskan minyak masak. Kemudian celupkan roti kedalam telur dan di goreng dalam minyak yang panas...api hendaklah tidak terlalu besar dan kecil ya.

Jom makan roti goreng.......

Tuesday, May 11, 2010

KARI AYAM.....

Salam dan selamat petang buat semua.....hati akk ni gembira sangat masa ni, apa taknya bila mendengar khabar gembira dari Hasue kawan dialam maya yang sangat baik dan banyak sangat menolong akk...tahniah dari akk dan keluarga buat sue ya...nampaknya bertambahlah lagi makyung dialam maya ini........

Berbalik pula pada n3 hari ini kari ayam, menu wajib setiap minggu. Masak kari biasa2 sahaje, tapi menjadi kesukaan anak2, kari ni buat semalam lagi ya

Ini lah kari ayam caraku yang simple mimple je heheheh..kalo letak daun kari kang anak2 kata busuk pulak. Mcm2 kerenah anak2 akk ni.

Monday, May 10, 2010

PUDING LAICI DANGDUT

Salam buat semua, semalam akk berkumpul dengan adik beradik sebelah my abe, sebenarnya dah lama nak buat puding laici ni..tapi asyik tertangguh je. Bila berkumpul ramai2 tu baru best nak buat puding ni...hasilnya mmg banyak. Tapi akk buah laici tu akk sejukkan pas tu letak atas puding gitu je, anak2 tak suka buah laici ni...ada yg makan puding, ada yg mkn laici je..mcm2 hal ngan anak2 akk ni, tp anak buah akk yg umur 7 tahun tu suka sangat ngan puding ni....byk komen positif......sedap bangat....hati akk pun suka bangat, percubaan kali pertama n jadi. Akk pun suka sangat ngan puding ni tak manis sangat...Tq buat linapg...akk c n p resepi ya

Baki seloyang kecil ni je ...nasib baik baru ingat nak snap pic...kalo tak tak dapat la nak letak resepinyakan...

Bahan:-
  • 10 gm agar-agar serbuk/1 paket agar2 biasa (28 gm) 1 sudu besar agar2
  • 2 liter air
  • 2 cawan gula ( sy gn 1cwn arcopal ) akk tambah lg 2 sudu
  • 2 tin laici (asingkan airnya)
  • 1 tin susu cair
Cara-Cara:-

  1. Masak agar-agar hingga mendidih.

  2. Masukkan gula. Biar mendidih lagi. Tutup api. (jika guna agar-agar biasa, tapis dulu.)

  3. Masukkan air laici dan susu cair. Kacau rata.

  4. Tuangkan dalam acuan samada loyang ataupun mangkuk2 kecil. Sejukkan sebentar.

  5. Kemudian sejukkan dalam fridge.

  6. Hidangkan bersama buah laici yang telah diasingkan tadi.
    (*Agar-agar ini memang sangat lembut seperti taufufa tu..kalau dalam bekas besar, skop aje dengan senduk bila nak makan.)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...