Salam dan selamat pagi..dah sarapan ke belum, meh umah akk ada banyak ni nasi lemak. Nasi lemak resepi biasa je semua orang tau buat, cuma mungkin ada sikit perbezaan, mungkin ada yang suka pedas berapi n berasap telinga. Bagi akk n famili suka yang pedas2 manja je, lagi pun anak2 semua suka nasi lemak, jadi sambalnya tu akk kurangkan sikit kepedasannya.
Nasi lemak kali ini tak berkacang n berulamkan timun, cuma yang spesel sikit ada telur puyuh n drumet pedas ayamas je..sedap di gandingkan ngan nasi lemak ni. Jom sarapan :~
Tuesday, November 30, 2010
Monday, November 29, 2010
KUIH PUTERI AYU
Tapi hari ni akk nekad juga buat kuih ni setengah adunan, banyak juga dapatnya, cadangnya akk boleh makan sampai petang , maklum la makan berdua aje. Siap je akk kukus , terus akk hidangkan panas2.....aikkkkk tgk2 dah licin...sedapla mama masak kihkihkih. Tu la akk kata belum cuba belum tahu lagi..ni bila dah rasa sedap tu siap minta suruh buat lagi.
memang sedap, gebu je kuih puteri ayu ni. Sebelum ni akk dok tengok je kat myr , akk suka sangat kuih ni
Percubaan yang pertama..memang sedap n menjadi kalo betul2 ikut resepi
untuk resepinya...c n p dari Myresepi, resepi Mama kastam Tioman
- 4 cawan tepong gandum
- 1 1/2 cawan gula caster
- 3 biji telor
- 1 1/2 cawan santan ( di ambil dari 1 paket ( 50 gm )santan segera +1 1/2 cwn air )
- 1 sudu makan ovelette
- 1 sudu makan baking powder
- 1 sudu teh pewarna hijau
- Inti kelapa
- 1 biji kelapa parut putih sahaja
- 2 sudu teh garam
- 1 sudu makan tepong ubi
Cara-cara
- Ayak tepong bersama baking powder, ketepikan.
- Putar telor + gula sehingga betul2 kembang.
- Masukkan ovelette dan pewarna hijau, putar lagi sehingga sebati.
- Masukkan tepong sedikit demi sedikit berselangseli dengan santan sehingga habis.
- Inti kelapa- satukan semua bahan, gaul sehingga rata.
- Sapu acuan dengan minyak, ambil sedikit inti kelapa, tekan2 dalam acuan tadi, tuang adunan. Kukus selama 5 minit.
Gambar blur....snap pic masa panas2 lagi..wap tengah membebaskan diri
Sunday, November 28, 2010
KULAT PUSU @ CENDAWAN BUSUT
Salam dan selamat pagi buat semua. Subuh2 tadi akk dapat satu sms dari Hasue yang mengatakan dia selamat bersalin bby boy dalam kul 3.49 pagi tadi. Tahniah buat sue n famili atas kelahiran seorang lagi putera sebagai penyeri rumah tangga.
Berbalik pada tajuk n3 kali ini..iaitu kulat pusu, hari lepas balik dari beraya..terjumpanya kulat pusu ni tepi umah akk..cantik lagi sebab belum kembang sepenuhnya. Mcm tak percayakan kat Kuala Lumpur ni boleh dapat kulat gini, Selalunya kat kampung2 je dapat. Tapi kulat ni ada tepi umah akk hampir setiap tahun....iannya macam bermusim juga.
Cik abe akk suka sangat ngan kulat ni di masak sayur air bersama daun pucuk manis...best sangat. Tapi bagi orang yang lepas bersalin tidak digalakkan makan kulat ni, kerana kata orang tua2 boleh menyebabkan sakit urat saraf dan sakit badan...sejauh mana kebenarannya akk pun tak pasti.
Meh tengok kulat pusu ni pada sapa2 yang tak pernah tengok tu.......
Ginilah rupa kulat pusu tu
yang kecil2 gini best..sebab kalo yang dah kembang tu tak berapa selamat untuk dimakan..kerana ulat yang kecil2 tu suka ngan kulat ni.
Ini pulak siap di masak. masakan yang paling sinonim ngan kulat ni di panggil Sayur Air,
cara masak senang je, main lebur je . Akk guna 2 ulas bawang merah, 1 ulas bawang putih, sedikit lada hitam, ( di tumbuk ) secawan air, garam n serbuk perasa. pucuk manis kalo ada. pas tu masak jelah . Sedap rasanya manis2 cendawan ni
Saturday, November 27, 2010
DAGING MASAK HITAM - TMK
Salam ceria buat semua. daging hitam kesukaan akk. Masa raya hari tu LINA_PG dah masak daging hitam ni..tapi makan tak puas pulak..maklumlah makan ramai2 ngan adik beradik semua,lawan dengan nasi beriani tipahhhh tertipu kekekeke. Ceritanya gini, hari tu akk pegi beli beras basmathi kat pasar, yang timbang punya. Akk dah tanya penjual tu betul ke beras basmathi sebelum dia bagi kat akk, a,a mmg ya dia kata. Akk ni bab2 beras ni tak berapa nak kenal, rupa beras tu mmg dah panjang. Balik umah si tokeh nasi beriani pun mula lah tugasan masak memasak.......masa awal2 lagi dah terbongkar bahawa beras tu bukan beras basmathi..tapi diteruskan juga perjuagan mengacau nasi tu. Agak mengecewakan n sedih juga lah pembuatnya dik kerana beras yang salah maka hasil pun tidak memuaskan hatinya, tapi rasa tetap sedap. Tak apa lah Dik Na nanti lain kali kena beli beras kat penang n bawa balik umah. Nasi beriani mu itu memang sedap bangat, atau adik masak kat penang pas tu panggil akk n famili g makan2 hehehh bestnya.
Maka akk buat lagi daging hitam ni, tapi makan ngan nasi puti je. Daging akk tak berapa hitam kerana tak ada kicap pekat, tapi suka sangat tapi lagi sedap yang lina msk.
akk tepek resepi ya
Bahan-bahan:

- 1 labu bawang besar ( blend )
- Rempah 4 beradik
- 2-3 helai daun pandan ( simpul )
- 3-4 sudu makan cili boh ( boleh tambah/kurang )
- 2-3 sudu makan tomato puri ( boleh tambah/kurang )
- kicap pekat ( saya guna mahsuri )
- Kicap manis
- Sos tiram
- Minyak
- Air
- Tumis rempah 4 beradik bersama bawang hingga bawang garing
- Masukkan cili boh, tumis hingga pecah minyak. Kemudian masukkan tomato puri.
- Masukkan daging, kacau sebati.Masukkan daun pandan
- Masak hingga daging empuk ( masukkan air jika perlu )
- Bila daging empuk, masukkan kicap dan sos tiram. Sesuaikan rasa.
- Dah siap
Friday, November 26, 2010
SUP AYAM DENGAN LENGKUAS
Salam dan selamat petang buat semua. Pertama kali buat sup ayam gini...ingatkan tak berapa selera nak makan, rupa2nya semua suka...siap tanya mama buat macam mana sup ni bestnya.....seronok pulak tengok semua suka sup yang mudah untuk membuatnya. Akk ambil resepi ni dari Myresepi, resepi Yani..terima kasih ya. Izinkan akk c n p resepi ya,biasalah untuk rujukan masa depan bagi akk yang tak berapa pandai nak masak ni.
Minta izin ya
Minta izin ya
Bahan-bahan ( 3-4 orang )
- 1.5 liter air
- 1 kiup pati ayam knorr
- 4cm lengkuas, buang kulit dan hiris nipis-nipis
- 300g isii ayam, hiris nipis.
- 5-6 biji cili burung-titik
- 1/4 cawan santan
- 2 sudu besar sos kan
- 1 sudu besar gula
- 1 sudu besar jus limau nipis
- daun ketumbar utk hiasan- hat ni xde lam stok.. so main tabur je dgn daun bawang.
Cara-cara
- Masukkan air dan kiub ayam ke dlm periuk. Letak atas api sederhana sehingga mendidih. Tambah hirisan lengkuas. Biarkan selama 5 minit. Masukkan pula isi ayam. Masak 5 minit lagi.
- Tambahn cili burung, santan dan gula. Tunggu sehingga mendidih. Masukkan sos ikan dan jus limau nipis. Angkat. Hidang segera. Hias dgn daun ketumbar.
AWARD DARI ANNAQAWINA
Salam ceria di hari jumaat yang mulia ini buat teman2 dialam maya ini. Gumbira rasa hati bila nama akk tercalon cewahhh dalam senarai penerima award dari ANAQawina, terima kasih banyak2 kerana sudi bagi award pada akk ni. Semoga persahabatan kita berpanjangan dan dapat berkongsi segala ilmu dan resepi di alam maya ini.
Akk gantung ya
tq ana
Akk gantung ya
tq ana
Thursday, November 25, 2010
KERUTUK DAGING
Salam buat semua rakan - rakan dialam maya ini..tentu sibuk di dapur bagi surirumah ya...lebih2 lagi musim cuti sekolah gini...tentu meriah je rumah. Dan sudah semestinya memenuhi permintaan anak2 dengan juadah kesukaan masing2. Hari ini akk nak kongsikan resepi yang akk ambil dari Myresepi - kalo myresepi tak boleh nak buka bagai nak meroyan akk dibuatnya..alhamdulillah myresepi ok n laju je sekarang ni, terima kasih buat Yani taukeh besar MYR. Resepi ni kepunyaan Makyong.
Dulu2 akk tak kisah mana pun ngan resepi kerukuk ni, tapi akhir2 ni MIL akk selalu masak kerutuk gini,best sangat rasanya. Akk pun cari lah rempah kerutuk timbang kat pasar Tanah Merah, bermulalah projek kerutuk ni...mmg sedap rasanya manis2 sikit.
Selalunya kenduri di kelantan orang selalu masak gini selain dari kari biasa. Jom tengok daging kerutuk akk :~
Minta izin ya Makyong akk tepek resepi ni kat sini..untuk rujukan masa hadapan
Inilah rupa rempah kerutuk yang akk guna..beli masa balik Klate hari tu. Kat pasar2 dikelantan ada banyak jual rempah2 gini dan dijual secara timbang..akk beli rm2.00 je banyak juga dapatnya. Kalo sapa2 yang pergi ke klate cubalah beli rempah timbang gini..tapi kalo di klate tak panggil rempah , tapi dipanggil AWAH ya
Dan yang ni pulak Puteri Amani kesayangan n pojaaann keluarga akk..gambar hari ni
Buat Auntie Hasue,Amani dah makin bam2 ni. amani harap auntie sihat2 ya..tak sabar amani nak tengok baby baru ni..miss u auntie

- 500g daging
- 4 sudu besar rempah kerutuk
- 2 sudu cili giling
- 1/2 biji bawang besar
- 3 cawan santan pekat
- 2 sudu besar kicap pekat
- 1/2 keping gula melaka/manisan
- 2 sudu besar kerisik
- [bahan tumis]
- 1/2 bawang besar
- 1/2 inci halia
- 2 ulas bawang putih
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 3 kuntum bunga cengkih
- 3 biji buah pelaga
- 3 sudu besar minyak
Cara-cara
- Potong daging kecik-kecik. Bersih dan toskan.
- Kisar 1/2 biji bawang besar, halia dan bawang putih. Kemudian campurkan dengan rempah kerutuk
- Panaskan minyak
- Tumis semua bahan tumis sehingga naik wangi
- Kemudian masukkan campuran rempah tadi
- Masak sehingga pecah minyak
- Masukkan daging dan santan. Masak sehingga daging empuk dan kuahnya betul-betul pekat.
- Akhir sekali masukkan kicap, garam, gula melaka dan juga kerisik. Biarkan sehingga 5-10 minit sebelum padamkan api.
- Siap untuk dihidang.
Inilah rupa rempah kerutuk yang akk guna..beli masa balik Klate hari tu. Kat pasar2 dikelantan ada banyak jual rempah2 gini dan dijual secara timbang..akk beli rm2.00 je banyak juga dapatnya. Kalo sapa2 yang pergi ke klate cubalah beli rempah timbang gini..tapi kalo di klate tak panggil rempah , tapi dipanggil AWAH ya
Dan yang ni pulak Puteri Amani kesayangan n pojaaann keluarga akk..gambar hari ni
Buat Auntie Hasue,Amani dah makin bam2 ni. amani harap auntie sihat2 ya..tak sabar amani nak tengok baby baru ni..miss u auntie
Wednesday, November 24, 2010
AWARD DARI LOVE
Gembira rasa hati..dapat award lagi dari Love yang suka masak2 tu. Akk gantung kat umah akk ya Love...semoga persahabatan berpanjangan walaupun berlainan agama dan bangsa.....terima kasih ya Love.
SIRA PISANG
Salam buat semua...hari tu masa balik dari kampung bonda akk ada bagi pisang, tak tahu nak masa apa akk cuba2 lah resepi Citarasawan ni.Akk guna pisang kelat lega ( nama klate ) memandangkan pisang ni je ada kat umah. Hari ada nampak kat umah Hasue sira pisang gini, tapi akk tak pernah cuba lagi, rasanya boleh tahan..dan resepi yang simple. Apa salahnya mencuba pelbagai pesen sira kan. Jom mari kita tengok.
Akk copy n paste dari Myresepi dan terima kasih buat Citarawan. Minta izin ya.....
Akk buat 5 biji pisang je ,anak2 mmg tak suka ngan bau kayu manis tu.....
Ini lah rupa pise kelat lega ore klate panggil..kalo tempat lain akk tak tau nama apa pisang ni.... kalo pisang abu rasanya kecil2 je
Akk copy n paste dari Myresepi dan terima kasih buat Citarawan. Minta izin ya.....
Bahan-bahan ( 5 orang )
- 10 biji pisang nangka
- 100gm gula
- 2 kuntum bunga cengkih
- 2 kuntum bunga lawang
- 1 batang kulit kayu manis
- 250ml air
- daun pandan
Cara-cara
Masak air dan gula hingga mendidih, masukkan bahan rempah dan pisang. Tutup periuk dan masak dengan api yang sederhana.Akk buat 5 biji pisang je ,anak2 mmg tak suka ngan bau kayu manis tu.....
Ini lah rupa pise kelat lega ore klate panggil..kalo tempat lain akk tak tau nama apa pisang ni.... kalo pisang abu rasanya kecil2 je
Tuesday, November 23, 2010
APAM BERAS
Salam ceria buat semua semoga sihat2 sentiasa...apam ni akk buat semalam tapi tak sempat n3kan coz buat pagi kena perap dulu 3 jam..dpt mkn dalam kul 1pm gitu....Resepi ni akk ambil dari Myresepi, resepi kepunyaan Cha, terima kasih buat mereka yang berkongsi resepi ni.
Buat dalam bekas kecil gini anak2 makan..lagi pun kena paksa habiskan ekeke, anak2 akk ni mcm2 ada yang suka dan sebaliknya..mcm Baby Adawiyah ni suka yang kaler pink je..kaler lain tak best katanya..ada ka
Selebihnya akk kukus dalam loyang.....akk buat setengah adunan je dapat banyak juga lah....best lembut n gebu je...lagi pun bahan2 semua ada kat umah ni. Semalam kelapa tak ada ...makan gitu pun sedap
APAM BERAS ~ RESEPI CHA COPY N PASTE DARI MYRESEPI

- 2 cwn nasi
- 2 cwn tepung gandum
- 2 cwn tepung beras
- 1 cwn brown sugar
- 3/4 cwn gula
- 2 1/2 cwn air
- 1 sudu kecil yis (mauripan)
- kelapa parut dgn sedikit garam
Cara-cara
- blend nasi dan air sehingga hancur.
- setelah hancur,campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
- dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
- selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
- perap selama 3 jam.
- masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
- hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..siap!
Sunday, November 14, 2010
SELAMAT ULANG TAHUN PERTAMA - EMBUN KASEH TERCINTA
Salam buat semua hari ini 14.11.2010,genaplah setahun usia blog akk ni...baru nak bertatih je ni. Terima kasih buat semua pengujung blog Embun Kaseh Tercinta. Terima kasih pada follower yang sudi follow blog akk, terima kasih sokongan andar membakar semangat akk. Sekiranya akk belum folo kembali sila beritahu akk, dan tinggalkan link, kekadang tu bila akk klik2 tempat follower tu, masih tiada link disitu. Begitu juga dengan silent reader walaupun tiada jejak, terima kasih kerana sudi ke blog akk. Terima kasih yang tidak terhingga buat insan yang banyak membantu akk dalam membina blog ini iaitu Hasue, Linapg, Dayang Jack, Cikmin dan juga Myresepi serta Rakan2 Blogger yang lain yang banyak berkongsi resepi untuk akk mencuba. serta keluarga akk yang banyak memberi sokongan terutama suami dan anak2 akk, serta adik beradik akk yang juga mempunyai blog masing iaitu Adry ( Dedaun alam ) Egie Azzira, Ayunalisa dan Alla...Terima kasih buat semua
Walaupunberkenalan dialam maya sahaya tapi keakraban tetap terasa sepeti dialam nyata...semoga perhubugan dialam maya ini berterusan sampai bila2....terimalah sekuntum mawar merah yang di basahi Embun Kaseh Tercinta Dari Akk Embunrosaliza
ehhh embun ke air hujan ni heheheh...apa2 pun terima kasih banyak

Thursday, November 11, 2010
CUCUR NASI IKAN BILIS
Salam bersiaran kembali..dah lama tak mengn3 pasal masak2, bukan akk tak masak tapi selalunya resepi yang paling simple je untuk santapan anak2, kalo tak beli je lauk. Menu akk pula selalunya ikan selar bakar je, cuma masa awal2 pantang je akk makan sup ikan haruan.
Dah lama nak cuba buat cucur nasi ikan bilis ni..asyik tertangguh je..hari ini akk mencuba resepi dari YATIE dan akk C n P dari umah LINAPG. Nak selongkar umah yatie tak larat lak nak kemaskan balik hehheh kalo umah Lina tu akk biar berselerak gitu je, dia balik keja nnt dia kemaskan balik, maklumlah kakaknya dalam pantang lagi . Apa2 pun terima kasih buat Yatie n lina
Jomlah sapa2 nak rasa jemput nasi ni :~
Bahan-Bahan
memang sedap sangat cucur ni..anak2 akk minta lagi tak cukup, tambahan sini ujan renyai2 lagi best sambil mkn layan teh 0 panas.

- 2 cwn air
- 1 biji bwg besar
- 2 biji bwg putih
- 1/2 cwn ikan bilis
- 2 1/2 cwn tepung gandum ( sy gn 3cawan)
- 1 biji lada besar dihiris nipis (xboh tadak stok)
- Daun sup/bawang (xboh tadak stok)
- sedikit garam ( sy gn 1 kiub ikan bilis )
- Minyak untuk mengoreng
- sedikit serbuk kunyit ( sy tambah ) akk lupa nk boh
- akk tambah sikit baking powder
- Blend nasi bersama air, masukkan sekali ikan bilis, bwg putih dan bwg besar...kisar sebati.
- Masukkan tepung gandum ke dlm bekas dan tuangkan bahan2 kisar tadi...gaul sebati.
- Campurkan semua bahan2 hirisan, garam dan gaul sebati.
- Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak.
- Saya gunakan tangan saja utk men=jemput cucur ini....pastikan jari di basahkan sedikit dngn air supaya mudah. Selamat Mencuba...
memang sedap sangat cucur ni..anak2 akk minta lagi tak cukup, tambahan sini ujan renyai2 lagi best sambil mkn layan teh 0 panas.
Wednesday, November 10, 2010
ANUGERAH BENGKUNG SENI SILAT GAYONG - GELANGGANG SINGA MALAYSIA
Salam buat semua...pada hari sabtu lepas anak2 akk ada menerima anugerah bengkung. Jom la layan gambar2 yang tak seberapa ini. Cerita bergambar je.....layannn.....
Along n Iqa..sebelum majlis bermula
Iqa menerima bengkung awan putih cula merah..suka sangat ngan silat ni ..baru darjah 3
Along dengan bengkung merah..huhuuh bangga tu..
Persembahan dari anak2 gayong yang menerima bengkung merah
Persembahan dari along..melompat 4 orang, sibb baik lepas kalo tak malu je
Berjaya melepasi gelung api....
Bergambar kenang2an..anak gayong singa malaysia
emmmmmm bila saya besar saya pun nak masuk silat jugak lah..mcm best je tgk along n kakak bersilat..tak cukup padang dia silat kat umah..sian kat mama...sibb baikkk mama tak ada darah tinggi

Saturday, November 6, 2010
AL KISAHNYA...........MELAHIRKAN PUTERI AMANI
Salam ceria di pagi Sabtu bersamaan 6.11.2010. Hari ini genaplah usia Puteri Syaza Amani sebulan. Hari ini akk nak kongsikan pengalaman akk melahirkan Amani. Lama duk peram kisah ni heheh. Sebenarnya tak ada apa yang menarik pun..sama ngan orang lain juga pengalaman akk.
Al kisahnya pada subuh hari 5.10.2010 keluarlah tanda2 seperti biasa yang akk alami masa nak bersalinkan anak2 yang lain juga..iaitu mcm darah coklat2 gitu..tapi sikit sangat..bermakna sampailah masa untuk akk bersalin..lega rasanya bila tgk dah ada tanda2 tu keluar. Sebenarnya akk agak risau takut baby ni over due mcm sikakaknya Adawiyah lebih seminggu.
Pagi tu akk ada check up kat klinik, bila akk bagitau anda2 dah keluar, cik misi tu suruh akk segera ke HKL, masa ni pun darah tu dah tak keluar pun.... perut akk tak sakit pun lagi. Tapi takut juga lah manalah tau baby ni keluar senang pulak.nnt bersalin kat umah pulak lagi susah...mcm anak akk yang no 3 ti bersalin kat umah,tapi masa tu kat kampung, misi sampai je terus keluar. Jadi untuk keselamatan lepas balik dari klinik akk pun terus ke HKL.
Dalam kul 12.00pm akk sampai di HKL..selesai segala urusan akk pun masuklah kat wad..boringnya sebab perut ni tak sakit2 pun lagi..pada awal2 akk sampai tu Dokter kata dah 2cm..eh ya ke dokter..saaya tak sakit perut pun lagi. Pukul 5 lebih2 sikit barulah perut akk ni rasa sakit sikit..tapi sekejap je pas tu okey je, ye ke aku ni nak bersalin. Selalunya akk lepas keluar tanda setengah jam lepas tu terus sakit perut...n sakit2 terus bersalin.
Petang tu sempat lagi akk mkn kue teow goreng yang di beli oleh adik ipar akk..jadi adalah tenaga nnt. Dlm kul 8 lebih akk tido dulu kejap, manalah tau kut2 pagi nnt nak bersalin n tak boleh tido. Cik misi yang bertugas selalu dok tanya sakit dah kuat ke puan...belum kuat mana pun misi heheh..boleh gelak lagi. Dalam kul 12.00 am perut akk dah terasa sakit kuat sikit n dokter check baru 2cm..eh pelik la pulak dari tengah hari dok 2cm je, risau gak akk ni..kenapa lah pulak tak terbuka2 pun lagi,,,segala doa2 dah akk baca.
Pada pukul 3.00am sekali lagi akk suruh dokter check...baru 3 cm..masa ni sakit dah berpeluh2 dah rasanya, tapi bila misi check dia kata 4cm....ni dah boleh ke bilik bersalin dah..akk pun ambil apa yang patut n call abe suruh datang. Bila sampai kat labour room,doktor situ kata 3cm...pulak dah,bila sampai labour room,sakit pun kurang lah pulak pada awal2 tu..emmm pas tu akk tak tgk jam dah perut akk dah makin sakit, pas tukan misi tu bagi gas kat akk...kalo sakit puan sedut ya...sedut punya sedut nak tido pun ada..tapi best gak sedut gas ni hehehh...paler otak akk dok fikir dadah ke apa kat dlm gas ni..kejap je berpinar mata akk..mmg tak sakit. Misi tu kata gas tu boleh mempercepatkan proses pembukaan.
Jeng..jeng...jeng..dalam kul 4.45am macam tu misi pergi panggil abe yang dok kat luar sana tuuu. Abe awal2 lagi dah bagi tau tak nak tengok akk bersalin..takut pengsan dia huhuhuhu....kelakarkan, dia takut darah..akk kata apa lak kena mengena bgab darahnya..dok tepi akk je bukannya kena sambut baby..baru lah okey dia hehehe kelakar lak. Bila nampak abe tu lebih lah sikit semangatnya nasib baik tak ngada2 nak nangis ke apa.
Dan ketika azan subuh berkumandang di masjid HKL..lahirlah Puteri akk ni pada pukul 5.57am seberat 3.33kg..alhamdulillah baby akk sihat2 aje...selesai qamat baby abe pun keluar dari bilik bersalin maka tinggaklah akk...dan doktor siswazah. Baby dah selamat, kini uri lah pulak....payah lah pulak uri ni nak keluar, mengikut pengalaman akk lah..kalo doktor yang keluarkan uri mmemang payah lah nak keluar..tapi kalo misi yang berpengalaman kejap je tarik terus keluar uri....dalam masa 45 minit baru dapat keluarkan uri..itu pun kak misi yang tu yang keluarkan,,,alhamdulillah..kalo tak, tak pasal2 kena seluk keluar uri..eeee takut bila dengar. Alhamdulillah..terima kasih buat doktor siswazah tu Dr Rozita n kak Misi yang baik hati.
Panjang cerita hari ini..itu pun tak habis lagi....hari ini baby akk dah besar...dah sebulan pun..terima kasih buat semua yang mengujungi Blog akk, semoga persahabatan kita berkekalan....walaupun di alam maya.

Subscribe to:
Posts (Atom)