Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, September 28, 2021

Behon Goreng Viral 12 sudu Gula

 Assalamualikum dan selamat pagi. Pagi ni buat sarapan behon goreng viral. Ikut reseipi betul2 TETAPI ada tambahan sikit isi ayam, sbb ank2 yg nk mkn, kesian pula kalau kosong betul2, x pasal2 nk kena goreng telor mata.

Saya copy dan Paste resipi di rumah Cikgu Amie nuuu di Sabah. Terima kasih Amie. Ank2 belum mkn lgi x dpt dgr komen lgi.

Behon Goreng Viral 12 sudu Gula



Behon Goreng Viral 12 Sudu Gula

Dicuba : embunrosaliza.blogspot.my syazaliza

CnP : http://salamisimon1.blogspot.com

Bahan-bahan:

  • 1 paket bihun - rendam dengan air biasa sehingga lembut - toskan
  • 1 paket kecil udang kering - bilas & toskan (Amie gunakan 2 sudu besar udang kering)
  • 4 sudu besar minyak
  • 2 sudu teh MSG - ajinomoto - ratakan
Bahan kisar:
  • 3 biji bawang merah Rose
  • 2 ulas bawang putih
  • 4 tangkai cili kering
  • 1/2 sudu kecil belacan bakar
  • asam jawa sebesar duit 20 sen - rosaliza campur 1/2 cawan air
  • 12 sudu teh gula - ratakan
  • 7 X 1/2 sudu teh garam - ratakan
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit - resipi asal letak, rosaliza letak juga
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak dan goreng udang kering  seketika.
  2. Tuangkan bahan kisar dan tumis sehingga terbit aroma. Masa ni rosaliza tambah isi ayam dan juga air asam jawa.
  3. Perlahankan api dapur. Taburkan MSG. Terus tumis sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan bihun.
  5. Gaul rata. Jika perlu tambahkan sedikit air. 
  6. Untuk mengetahui bihun goreng sudah masak, akan kelihatan asap di permukaan bihun.
  7. Gaul lagi beberapa kali dan padamkan api dapur.

Ingat zaman sekolah2 dulu, selalu behon kosong mcm ni je kat sekolah. Lps tu tambah la kuah gulai Ayam. Selalu mee goreng la lagi sinonim tambah kuah gulai ayam. Masa tu mana tau ada mee kari.

Sunday, September 26, 2021

LAKSA SARAWAK SEDAP

 Assalamuaalikum dan salam sejahtera buat semua yg sudi singgah ke blog EmbunKasehRosaliza, yg sekejap ada sekejap x ada n3. Kdg2 mls nk update, guna hp mcm susah sikit nk taip2 byk2, nk pilih2 gambar pun mcm susah. Nk guna pc pun susah juga nk kena tranfer gambar bagai, dah lupa mcm mana nk gunA nk buat dah.

Bila masak benda yg jarang2 buat ni sayang juga bila x letak resipi, walaupun resipi ulang2 . 

Laksa Sarawak menjadi kesukaan semua anak2 kat rumah ni. Memang berbaloi kalau buat, sebungkus behon tu cukup2 dgn pes haji manan 200gram tu.

Kat rumah ni asalkan ada ayam, tlor rebus, telur dadar udang dan sambal belacan kira dh lengkap. Sayur semua x kisah ada ke tidak.












RESIPI LAKSA SARAWAK


By: HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Kongsi bersama : embunrosaliza.blogspot.com
 
Bahan2 laksa(tidak terhad):

  • Bihun(yg sudah dicelur n ditoskan) rosaliza rendam dulu, kemudian rebus sekejap.
  • Isi ayam (yang digoreng lebih sedap) - embunrosaliza rebus lepas tu garam kunyit dan goreng .
  • Tauhu goreng - tak letak
  • Telur dadar rosaliza buat warna warni
  • Tauge(celur seketika) tak letak
  • Cendawan hitam(celur) - x letak
  • 300g udang(celur) rosaliza celur dan goreng
  • Telur rebus
  • Sambal belacan dan limau kasturi

Cara menyediakan sambal belacan: Kisar(menggunakan pengisar bahan kering) 3-4 tangkai cili merah+10 tangkai cili api(ikut tahap kepedasan masing2) bersama 3 sudu belacan dan sedikit garam..jika ingin menghasilkan sambal belacan lebih banyak,boleh menggunakan pengisar bahan basah..campurkan sedikit sahaja air,sekadar untuk menggerakkan mesin ye

Bahan2 kuah laksa:

  • 200g pes laksa sarawak hj manan
  • 2 liter air
  • 200g udang tanpa kulit-boleh juga dicincang
  • 2 batang serai-ketuk
  • 200ml santan pekat(hasue guna santan kotak)
  • Garam n gula/perasa secukupnya - embun  tambah 1 kiub ayam

Cara menyediakan kuah laksa:

  1. Masak 2 liter air sehingga mendidih dan celurkan udang (300g) seketika. Boleh juga rebus isi ayam tadi jika tidak suka digoreng. Toskan.
  2. Masukkan rempah laksa,serai yang diketuk dan masak sehingga mendidih. Masukkan udang(200g) untuk kuah,santan,garam,gula. Biarkan mendidih dan sebatikan rasa.
  3. Bila dh masak masukkan daun ketumbar.
  4.  Siap
Comel lesung, baru lepas tumbuk kunyit hidup.
Sedap sambal belacan ni simple2 je resipi

Thursday, September 23, 2021

PULUT KUNING

 Assalamualikum dan selamat pagi buat semua. Pada 21.9.21, besday en suami, lps tu amik kesempatan juga buat pulut kuning semperna kesyukuran buat Eqa yg dpt melanjutkan pelajran ke UPM. Buat sikit utk di agih2kan pada jiran2 dekat je. Saya dan mami June, Ummi dan Jiran sama2 msk. Antara menu kuah lodeh, pulut dan rendang daging. Terima kasih jiran2ku sayang.








PULUT KUNING

BY: ROSALIZA AKA SYAZALIZA

Bahan2:

1. 4kg Pulut di rendam semlman bersama 2 keping asam keping, 2 sudu serbuk kunyit dan sedikit warna Kuning telor( biasa guna kuning lemon tp habis pula).

2. 8 Cawan Arcopal Santan Pekat*

3. 4 genggam garam kasar Kelantan, sama 4 sudu besar rata.*

4. 4 Sudu Besar penuh Gula*

5. Daun pandan utk alas kukus

Cara2

1. Panaskan air hingga gelegak.

2. Lapis kukus kemudian letak daun pandan.

3. Masukkan pulut ke dlm kukus, kukus lah hingga masak beruap dan pulut jernih.

4. Panas kan santan, garam dan gula hingga beruap. Matikan api

5. Setelah pulut masak, angkat dan masukan ke dlm besen yg besar.

6. Tuangkan santan td rata2 hingga meresap ke pulut.

7. Kukus semula pulut hingga lembut dan masak.

8. Siap


Monday, September 20, 2021

Kuih Koleh Kacang Sedap

 Assalamuaikum dan selamat malam buat semua. Terlebih rajin dan semangat nk update blog mlm2 pun. Kisahnya, dua hari lepas ada testing buat kuih ni, sedap dan kena dgn citarasa, lemak berkrim.

Bermulaa projek dgn Mami June, pgi2 siap sediakan tahi minyak dulu. Susah juga nk dptkan tepung kacang hijau ni.Mami dptkan di Tmc kalau x silap.

Kali ni jumpa jenama Allagapas tepung kacang hijau goreng. Sedap harum wangi semua.










Proses kacau dr awal2 hingga siap. Kami guna sukatan besar ( guna gelas besar )  dpt byk, boleh la di agih2kan pada jiran2 sikit sorang bg merasa. Lps ni boleh buat lg.

Resepi Kuih Koleh Kacang Hijau Sukatan Cawan 

by Malina Lina Pg http://linapg.blogspot.com/
Di Cuba : rosaliza Syaza Liza http://embunrosaliza.blogspot.my
Bahan A (Tahi Minyak)
  • 2 cawan santan pekat
  • Sedikit garam
  • 1 helai daun pandan
Cara-Cara
  1. Satukan semua bahan dalam kuali dan kacau hingga tahi minyak terbentuk.Kacau lama sedikit untuk mendapat warna keperangan.
  2. Tutup api dan tapiskan tahi minyak dari minyak kelapa.
Bahan B (Air Gula)
  • 1 + 1/2 cawan gula merah Thai
  • 2 sudu besar gula pasir 
  • 1 cawan air
  • 1 helai daun pandan
  • Sedikit garam
Cara-Cara
  1. Satukan semua bahan dan masak hingga gula larut.Tak perlu mendidih.Tapiskan dan ketepikan sebentar.
Bahan C (Kuih Koleh)
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 cawan air
  • 1+1/2 cawan tepung kacang hijau (lina pg guna yang siap disangai)
  • Air gula merah (bahan B)
  • 2 sudu besar minyak kelapa (dari bahan A)
  • 1 helai daun pandan
Cara-Cara
  1. Dalam pengisar, satukan air, tepung kacang hijau dan santan.Kisar hingga sebati.
  2. Tapiskan ke dalam periuk dan masukkan air gula merah (bahan b) dan juga daun pandan.
  3. Jika adunan nampak berbuih, boleh ceduk keluar buih-buih tersebut.
  4. Guna api kecil sahaja dan kacau hingga nampak likat, kemudian masukkan minyak kelapa (tips supaya kuih nampak berkilat).
  5. Teruskan kacau hingga adunan kelihatan meletup-letup.Tutup api dan tuang ke dalam loyang yang dialas dengan plastik.
  6. Taburkan tahi minyak ke atas kuih semasa kuih masih panas.Biarkan kuih sejuk sepenuhnya sebelum dipotong.
  7. Selamat mencuba.Untuk video tutorial, sila klik butang PLAY paparan di bawah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...