Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, April 30, 2023

SAMBAL BELACAN PALING PADU DAN BEST

 Assalamulaikum dan selamat hari raya ke 9 buat semua. Hari ini buat laksa sarawak, tp bukan dan cerita pasal resipi laksa sarawak tp nk cerita pasal sambal belacan paling sedap dan senang.




Resipi Sambal Belacan

Resipi : Hasue

Olahan : embunrosaliza

Bahan2

Belacan Basah( rajin bakar atas dapur gas kejap , mls x perlu bakar pun ok )

Cili Merah Besar

Cili Padi Merah dan Hijau 

Gula Perang

Garam

Secukup rasa

Air perahan Limau Kasturi 3 biji

CARA2

Cara menyediakan sambal belacan: Kisar(menggunakan pengisar bahan kering) 3-4 tangkai cili merah+10 tangkai cili api(ikut tahap kepedasan masing2) bersama 3 sudu belacan dan sedikit garam..rosaliza tambah gula,  jika ingin menghasilkan sambal belacan lebih banyak,boleh menggunakan pengisar bahan basah..campurkan sedikit sahaja air,sekadar untuk menggerakkan mesin . Lepas blend rosaliza perah jus limau kasturi . Rosaliza guna food prosseser utk blender sambal belacan.

Rasanya sangat padu dan memang ngam mkn dgn laksa sarawak.

Kami buat sambal belacan bila buat laksa sarawak jr. Selalu mkn sambal Jate je

Friday, April 28, 2023

RESIPI NASI ARAB PALING SENANG

 Assalamualikum, hari ni jumaat merupakan raya ke 7 tahun 2023. Lama dh tersimpan 3 ketul lamb shank ni, x tau nk buat apa. Pula tu saya ni x pernah pula buat nasi arab. Tiba2 rasa mcm nk buat nasi arab, tp pes nasi arab atau nasi mandy x ada. Bila di google keluar la resipi senang ni kat page Myresipi. Terima kasih empunya resipi. Gambar2 dia saya delete, saya guna gambar sendiri. Sekarang ni tengah masak kuah aatau sup guna lamb shank.

Ohw terlupa pula. Hari ni Along baru dpt bercuti dan dpt berkumpul 11 org, walaupun Abah dan Bby Adda kerja ( part time, sambil tunggu result spm dia).

Rasa resipi ni senang sangat jadi awal2 lgi snap gambar sup sahaja dulu yg tgh.buat, nnt yg lain akan di update selepas siap

Tak jadi bakar, jadi yg sup je lamb shank, sebab ada yg nk mkn dgn behun Sup


RESIPI NASI ARAB PALING SENANG

Resipi : rujukan myresipi  ( Nur Aisya )
Di cuba : Embunrosaliza

Bahagian paling penting untuk dapatkan rasa nasi arab, sup untuk nasi dan ayam. Bahan-bahannya:

  • Ayam saya guna 3 whole leg - Rosaliza Guna 3 ketul Lamb Shank
  • Bawang besar 1 biji (kalau besar guna separuh)
  • Tomato 1 biji
  • 1 sk jintan manis
  • 1 sk lada hitam
  • 1 sk biji ketumbar
  • Buah pelaga 3 biji
  • 1 kiub ayam
  • 1/2 sk serbuk kunyit
  • 1 sk rempah kurma - Rosaliza X letak, X ada stok kat rumah
  • 2 sudu minyak masak
  • Sedikit garam

Rebus sampai ayam masak. Air rebusan tadi digunakan untuk masak nasi. Dan selebihnya saya buat sup untuk makan dengan nasi. Sedap. Rasa sup berempah.

Semua ada kecuali rempah kurma, ehhh pandai2 pula pg letak daun Bay 3 helai😅


Angkat ayam dari air rebusan. Perap guna bahan ini:

  • Serbuk cili
  • Serbuk kari
  • Sos tiram
  • Garam
  • Perasa
  • Madu/gula 1 sudu
  • Minyak masak 2 sudu

Perap sekejap semua bahan bersama ayam sambil siapkan nasi.

Kemudian panggang atau bakar pada suhu 150 celcius. Bakar selama 15 minit, kemudian sapu lebihan bahan perap tadi dan sambung bakar lagi selama 15 minit. Ayam akan jadi cantik dan berkilat.

Bahan-bahan untuk nasi:

  • Bawang besar sebiji
  • Halia 1 inci
  • 3 sekawan (kayu manis/bunga cengkih/bunga lawang)
  • Beras basmathi

Cara-cara:

1. Panaskan majerin/butter, kalau nak lagi sedap guna minyak sapi.

2. Masukkan bahan-bahan hiris dan 3 sekawan tadi. Tumis sampai garing.

3. Kemudian masukkan beras basmathi ke dalam beras. Gaul bersama bahan tumis, tumis sehingga garing baru nasi sedap. (Beras basmathi direndam dahulu selama 30 minit)


4. Masukkan beras ke dalam periuk nasi bersama air rebusan ayam tadi.

5. Beras sukat macam biasa. Kalau beras basmathi guna 1 cawan beras dan 2 cawan air.

6. Bila nasi dah kering, tuangkan pewarna. Tutup semula tudung periuk dalam 10 minit, kemudian kacau nasi. Taburkan juga daun ketumbar. Siap!


Pandai2 pula tambah cili hijau

Bahan-bahan membuat salsa/sambal arab:

  • Cili api
  • Cili besar
  • Tomato
  • Bawang putih
  • Daun ketumbar
  • Garam sedikit

Kisar semua bahan di atas dan perah sedikit jus lemon.


Senang rupanya nk buat ni, sedap pula tu

Bahan-bahan membuat salatoh:

  • Tomato (potong kiub)
  • Timun (potong kiub)
  • Bawang besar (potong kiub)
  • Pudina hiris (guna ketumbar jika tiada)

Gaul semua bahan dalam 1 bekas, letak sedikit gula dan garam. Perah juga sedikit jus lemon. Siap!


Ini pun sedap, 


Made by Kak Long dua2 ni

Bila dah siap, hidang mengikut citarasa masing-masing. Sup tersebut ambil dari air rebusan ayam tadi. Selamat mencuba!

Kredit: Nur Aisya

Saturday, April 15, 2023

PUDING KARAMEL SENANG

 Assalamualikum , hari ini ramadhan ke 24. Puding ini buat semlm. Buat guna loyang 6 inci je kali ini..saje buat puding utk di bawa ke kedai. Semlm kali berbuka kat kedai. Teringin nk mkn nasi kandaq.






PUDING KARAMEL
Loyang 6 inci

Resipi : embunrosaliza

Bahan-bahan diperlukan:

  • Bahan Untuk Puding:
  • 4 biji telur ayam AA- 
  • 1/2 Cawan  Susu Pekat manis
  • 1 Cawan Air ATAU 1 Cawan Susu Cair ( pilih salah satu ya, )
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla
  • Bahan Untuk Karamel:
  • 3 sudu besar gula pasir

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Sediakan Karamel terlebih dahulu.  Panaskan gula di dalam loyang sehingga jadi warna perang. Ketepikan ( angkat dr dapur, kalau x gula hangit nanti )
  2. Pecahkan telur kedalam mangkuk (cuci dulu telur tu). Masukkan susu/krimer pekat manis, Air dan esen vanilla bersama telur tadi.
  3. Kacau rata bahan bahan tadi. (Jangan dipukul nanti kembang pulak).
  4. Dah rata, Tapis dan tuang ke dalam bekas yang telah dituang karamel tadi. Kukus selama 30 minit.
  5. Dah masak sejukkan dan bolehlah diterbalikkan ke atas pinggan hidangan.Selamat mencuba.
Simple sangat resipinya. Kalau utk loyang 10 inci pun boleh juga, cuma tambah telor jd 10 biji dan setin susu pekat manis dan setin air.

Thursday, April 13, 2023

Kuih Pulut Seri Muka

Assalamualikum dan salam sejahtera buat semua,. Hari ini puasa yg ke 22, seminggu lgi nk raya. Buat Pulut Seri Muka ini untuk mkn2 berbuka puasa di Surau kediaman perumahan kami, kalau rajin buat juga la kuih seloyang buat buka puasa. Resipi ini buat dulu2 masa niaga kuih di pasar ramadah di Bangsar. Saya buat je kuih jual org lain. Penat tp seronok juga. Cuma dulu ikut versi tahun 2009 dan 2010. Utk tahun ini tukar sikit, guna santan kotak, dan sedikit olahan pd pulut

Masa ni baru je tutup api. Permukaan x kering sangat lg.


 KUIH SERI MUKA SENANG

RESIPI : Olahan Rosaliza 

Bahan2

A.
2 cawan beras pulut
11/2 cawan santan cair ( santan Kotak )
Sedikit garam
1 sudu besar Gula
2 sudu besar minyak

Didihkan air didalam pengukus....satukan bahan2 A, alaskan loyang menggunakan plastik. Rata kan pulut...kemudian kukus selama 10 minit atau sehingga pulut masak, kemudia tekan2kan pulut agar mampat dan padat. Rosaliza guna air panas coway dan Santan

B.
1 cawan santan ( lebihan santan untuk pulut )
1 cawan air pandan ( 3 helai blend )
3/4 cawan gula 
1 biji telur
1 sudu besar tepung jangung
1 cawan tepung gandum
1 sudu tepung Beras
sedikit garam
pewarna hijau
1 sudu besar air kapur
2 sudu besar myk msk ( terlupa nk letak td)

Satukan kesemua bahan2 di atas...kemudian di blendkan. kemudian di curahkan keatas pulut yang sudah masak itu. Kukus selama 20 minit.....atau sehingga masak.
Apabila kuih masak, lap2kan air dipermukaan kuih td, kemudian biarkan tutup terbuka dN api terpasang lebih kurang 5 minit. Tujuan utk cantik permukaan kuih.

Resipi ini adunan tidak perlu di panas kan.
Selamat mencuba

Monday, April 10, 2023

KUIH PULUT SERIKAYA

 Salam Ramadhan yg ke 19 buat semua. Pulut seri kaya ni buat minggu lepas lg untuk di bawa ke surau, ada majlis berbuka puasa. Ada k3lainan sikit resipi kali ini. Selalu buat pun memang letak gula sikit dlm adunan pulut tu, baru la x rasa lemak saje, terasa sikit lemak manis sedap. Kalau x bahagian pulut selalu mkn x habis😅😅. Ini boleh la mkn sekali atas dan bawah😅



PULUT SERI KAYA

Resipi: YatieMemori
kongsi bersama : embunrosaliza.blogspot.com


Bahan-bahan

* Bahan lapisan bawah
* 2 cawan beras pulut
* 1 1/2 cawan santan cair( biasanya santan ikut paras pulut dan lebihkan santan sikit je)
* 1/2 sk garam
* 1 sb minyak 

* 2 Sudu Besar Gula ( untuk lagi sedap pulut )

Cara Untuk Lapisan Bawah

  1. Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
  2. Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min.
  3. Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2 sekejap je pon boleh. Alas loyang dngn plastik.
  4. Satukan semua bahan2 didlm loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
  5. Kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min.
  6. Keluarkan loyang dari kukusan, ratakan permukaan pulut tadi dan tekan2 pulut biar padat. Siap untuk dilapis dgn lapisan atas.
  7. Sementara menunggu lapisan bawah masak, bolehlah siapkan bahan2 utk lapisan atas.

* Bahan lapisan atas
* 1 cawan tepung gandum
* 1 sudu besar tepung jagung
* 1 sudu besar tepung beras
* 3/4 cwn gula merah/brown sugar/gula melaka
* 1/2 cwn gula pasir
* 2 biji telur
* 2 cwn santan pekat
* 1 cwn air (utk di masak bersama gula merah dan gula pasir) 2 helai daun Pandan
* 1/2 sk garam


Cara Untuk Lapisan Atas

  1. Masak gula merah dan gula pasir bersama 1 cwn air , daun panda,dan tapiskan....sejukkan sebentar.
  2. Satukan tpng gandum, tpng beras dan tepung jagung ke dlm mangkuk besar.
  3. Masukkan santan yg telah dilarutkan bersama garam.
  4. Di ikuti dgn air gula yg telah sejuk.
  5. Masukkan telur dan gaul sebati...nak mudah blend semua bahan.
  6. Masak di atas api sederhana sebentar dan sentiasa di gaul.( biar berwap saja)Sekali lagi dgn kukus yg sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje...letakkan loyang yg berisi pulut tadi tu....kedlm kukusan dan dgn perlahan tuangkan lapisan atas. Kukus la selama 20 minit saja.
  7. PERINGATAN...kuih ini hendaklah betul2 sejuk barulah mudah dipotong dan cantik dihidangkan...jadi SELAMAT MENCUBA!!
  8. Potong menggunakan pisau plastik/pisau kek supaya kuih cantik dn licin

Tuesday, April 4, 2023

BISKUT NESTUM

 Assalamualikum dan selamat pagi buat semua, pgi ni buat biskut kedua. Rasanya x tau la mcm mana. Tgk byk sangat stok nestum, dr rosak mcm tu saje, saje ngetes resipi. 




BISKUT NESTUM
Resipi :  embunrosaliza.blogspot.com
Bahan-Bahan 

  • 450 gm majerin pelangi.
  • 11/4  cawan gula aising
  • 2 sudu kecil esen vanilla
  • 2 biji kuning telur
  • 3 Cawan Nestum 
  • 4 cwn tepung naik sendiri
  • Mangkuk kertas
  • Choklat Cip atau ceri utk hiasan

Cara-Cara 

  1. Pukul Magerin dan gula aising hingga sebati.
  2. Setelah sebati, masukkan telur dan pukul lagi...setelah itu masukkan esen vanilla.
  3. Masukkan tepung naik sendiri dan nestum gaul sebati guna senduk kayu je.
  4. Masukkan dlm mangkuk kertas dan hiaskan dngn coklat cip
  5. Bakar dalam oven yg telah di panaskan pada suhu 150 selama 10 minit  
  6. Biarkan sejuk di redai biskut.

Monday, April 3, 2023

Biskut Coklat Chip.Sedap

 Assalamualikum dan selamat mlm, hari ni puasa ke 12 , Si angah dh sibuk tanya2 bila nk buat biskut raya, mamanya mood x dtg lg nk buat biskut raya.

Hari ini Isnin, ada pula majlis buka puasa kat surau, blk dr surau dekat2 pukul 8.20pm dh, kelam kabut nk pg solat teraweh pula. Si angah angin rajin dh sampai. Sukat2 bahan2, dia aduk2kan semua. Mama blk dr terawih dah siap separuh dh dia bakar sorang2 je. Mama blk tolong sikit2 je la. Buat atas permintaan dia nk kekacang dlm biskut, dulu2 rasanya bising je bila buat letak kacang, selalu letak serbuk badam je dlm adunan. Kali ni letak kacang Gajus , tumbuk manja2 je.


Kena dgn taste Angah, sedap katanya


BISKUT COKLAT CHIPS
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Di Cuba : embunrosaliza
Rosaliza guna Sukatan Cawan Matrik

Bahan-Bahan
  • 2 cawan tepung gandum (225g)
  • 1/2 cawan tepung jagung (50g)
  • 1 sb tepung beras (7g)
  • 250g coklat chips
  • 1/3 cawan gula perang (45g)
  • 1/3 cawan gula kastor (69g)
  • 200g mentega (lembut)
  • 1sk serbuk koko (boleh lebihkan jika suka lebih gelap) rosaliza letak 2 SB
  • Rosaliza tambah kacang Gajus  ( tumbuk kasar)
  • 1/2 sk baking powder
  • 1/2 sk baking soda
  • 1/2 sk esen vanila
  • 1 kuning telur (gred A)
Cara-Cara
  1. Kesemua tepung diayak terlebih dahulu.Ketepikan sebentar.
  2. Gaul mentega bersama gula perang dan gula kastor.Gaul sebati sahaja tak perlu hingga kembang
  3. Masukkan telur dan esen vanila.Gaul rata.
  4. Masukkan tepung dan serbuk koko, gaul rata kemudian uli menggunakan tangan hingga menjadi doh.
  5. Akhir sekali masukkan coklat chips dan gaul rata.
  6. Bulatkan doh anggaran sebesar ibu jari kemudian tekan dengan garfu. Rosaliza sudu guna sudu kecil.
  7. Bakar biskut selama 25-30min (hingga masak) suhu 150'c (bergantung suhu oven masing-masing) rosaliza bakar 15 minit suhu 150°c
  8. Setelah biskut masak, biarkan dalam dulang pembakar terlebih dahulu hingga biskut sejuk sedikit kemudian alihkan ke redai penyejuk.
  9. Simpan biskut dalam balang kedap udara setelah biskut benar2 sejuk.
  10. Selamat mencuba.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...